43
"Saengil chukahae Haechan," Haneul menghulurkan beg kertas yang dibawanya bersama kepada Haechan.
"Ini hadiah dari aku dan Junkyu," ujarnya lagi.
"Saengil chukahae bro," Junkyu memeluk Haechan dan menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu.
"Thank you twins," ujarnya.
"Pergilah duduk dulu. Aku tunggu Renjun ni haa, lambat pula dia," Haechan menunjuk ke arah tepi kolam.
Di sana ada dua buah meja yang dipenuhi dengan makanan yang sempat ditempah orang tuanya sebelum mereka berangkat ke luar negeri atas urusan kerja.
Majlis hari jadi itu pun sangat ringkas dan hanya dihadiri oleh rakan-rakan rapatnya dan rakan dari batch mereka sahaja.
Haneul dan Junkyu berjalan ke arah meja di mana Jeno, Jaemin dan Herin berada.
"Junkyu, hai! Lama tak jumpa!" Herin bersuara penuh teruja.
"Hai, Junkyu!" tegur Jeno dengan senyuman.
Mereka memang mengenali Junkyu memandangkan mereka pernah satu sekolah sewaktu menengah rendah dahulu.
"Hai Herin, Jeno," dia membalas teguran dua rakan lamanya itu.
Dan matanya kemudian jatuh kepada Jaemin yang berada di sisi Jeno.
"Eh, kau ni yang dekat 7E haritu kan?" soalnya.
Jaemin tersenyum kekok.
"Na Jaemin," dia menghulurkan tangannya.
"Kim Junkyu," Junkyu menyambutnya dengan teruja.
"Renjun punya lambat macam kita nak celebrate birthday dia," kata Jeno sambil memandang Haechan dan Renjun yang sedang menghampiri mereka.
"Sorry geng, lambat. Hai Junkyu, lama tak jumpa," sempat Renjun berbalas higj five dengan Junkyu sebelum duduk.
Haechan yang merupakan tuan rumah mula menepuk tangan bagi menarik perhatian tetamunya.
"Thank you semua sebab datang. Yang bawa hadiah terima kasih. Yang datang tangan kosong pun terima kasih. Enjoy lah birthday party aku yang simple ni. Kalau ada yang kurang, kita settle belakang eh,"
Mereka yang hadir hanya ketawa mendengar ayat terakhir dari Haechan itu.
"Jemput makan semua!" pelawa Haechan.
"Korang pergi ambil makanan dulu," arah Herin sambil memandang Jaemin, Jeno dan Renjun.
Tiga lelaki itu kemudiannya bangun dan menuju ke arah meja berisi makanan.
"Yaa, kau tahu tak yang perempuan tu ada sekali?" Herin berbisik di telinga Haneul.
"Jina?" soal Haneul ikut berbisik.
Herin mengangguk.
"Haneul, awak pun datang?" automatik Haneul yang sedang berbual dengan Herin itu menoleh.
Kelihatan Jina yang baru muncul dan gadis itu mengambil tempat di kerusi sebelah tempat Jaemin tadi.
"Tch, soalan apa tu? Obviously Haneul akan datang. Ni kan majlis kawan baik kitorang," Herin menjawab penuh sinis menyebabkan Jina sedikit berubah air mukanya.
"Oh. Awak ni mesti kembar Haneul kan?" Jina beralih memandang Junkyu.
Junkyu hanya mengangguk.
"Neul, jomlah. Aku dah lapar," rengek Junkyu.
"Pergilah Haneul. Aku jagakan meja. Kau pun Jina, pergilah" ujar Herin.
"Kajja," Haneul bangun diikuti Junkyu.
Dan pada masa yang sama Jeno, Renjun dan Jaemin muncul dengan dulang berisi makanan.
"Haneul,"
Mereka semua memandang Renjun dan Jaemin yang keduanya sedang menghulurkan gelas berisi jus oren kepada Haneul.
Herin sudah tersenyum suka, dan Jeno sedang menaikkan keningnya melihat perilaku dua kawan baiknya itu.
Haneul mengetap bibirnya bila dirinya menjadi tumpuan. Gelas di tangan Renjun diambil.
"Gomawo," ujarnya.
Lengan Junkyu terus ditarik untuk ke tempat makanan. Jina yang melihat itu segera mengikut pasangan kembar itu.
Laluan di tepi kolam untuk ke meja berisi makanan agak sesak dengan tetamu-tetamu lain.
"Junkyu?" Haneul menoleh mencari Junkyu yang tadinya berdiri di sisinya.
Dushhh!!!
"Ada orang jatuh!" jeritan seseorang membuatkan Haneul segera memandang ke dalam kolam.
Jantungnya hampir gugur bila melihat Junkyu yang berada di dalam sana.
"Yaa, Kim Junkyu!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro