42
"Na, awal balik malam ni?"
Jaemin yang baru masuk ke dalam rumah itu ditegur oleh ibunya, Puan Na yang sedang menonton televisyen.
"Ah, kawan Na balik sendiri malam ni," ujarnya sambil tersenyum nipis.
"Oh, macam tu pula? Sebelum ni bukan kamu kata kamu risau ke kalau dia balik seorang?" soal Puan Na pelik.
Jaemin mengetap bibirnya mencari alasan. Dulu dia yang bersungguh meminta izin dari ibunya untuk pulang lambat setiap malam kerana ingin menemani Haneul.
"Na temankan dia separuh jalan. Lepas tu dia nak balik sendiri," dia terpaksa berbohong.
"Oh. Omma ingat kamu betul-betul biarkan dia sorang-sorang,"
"Na naik dulu ya Omma. Nak siapkan kerja rumah," Jaemin meminta diri.
"Okay sayang. Pergilah naik, Omma nak sambung layan drama ni," Puan Na tersenyum kepada anaknya itu.
Jaemin kemudiannya mendaki anak tangga ke tingkat atas. Masuk sahaja ke bilik, beg sekolahnya diletakkan di meja belajar lalu tubuhnya direbahkan di atas katil.
Tangannya direhatkan di atas dahi dan matanya dipejam.
"Betul ke Haneul ambil diari kau?"
"Takkan saya nak menipu Jaemin. Diari tu memang saya letak dalam beg sekolah saya. Saya tak pernah simpan kat tempat lain," suara Jina bergetar menahan tangis.
"Awak rasa saya buat cerita ke?"
Dia menggeleng.
"Aku percayakan kau," ujarnya.
Jaemin membuka matanya. Bayangan perbualannya dan Jina tadi kembali menghilang. Kini muncul pula bayangan lain dalam fikirannya.
"Diorang ambil diari Sungkyung. Diorang baca apa yang Sungkyung tulis depan kelas. Satu kelas gelakkan Sungkyung Oppa,"
"Sungkyung tak nak pergi sekolah. Sungkyung malu,"
Air mata yang berada di tubir matanya segera diseka. Jaemin kembali duduk. Wajahnya diraup.
"Mianhei Sungkyung ah. Semuanya salah Oppa,"
New character yang ada kaitan dengan Jaemin.
Ada yang kenal tak? Kim Sungkyung a.k.a Lami🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro