41
"Jaemin,"
Haneul akhirnya bersuara memanggil lelaki itu setelah hampir sepuluh minit keduanya hanya berdiam diri sejak mereka berjalan dari kafe tempat Haneul bekerja tadi.
Jaemin berhenti melangkah. Mereka berdua kini berada di perhentian bas tempat mereka biasa menunggu.
"Kau tengok video tu?" soal Haneul berani.
Walaupun dia yakin Jaemin sudah melihatnya, dia tetap ingin bertanya.
"Wae? Wae kau curi diari Jina?" soal Jaemin sambil memandangnya.
Haneul mengetap bibirnya.
"Kau percayakan Jina?"
Masih lagi soalan dibalas dengan soalan.
"Dah terang dalam video tu kau pulangkan diari dia. Kalau dia simpan diari tu dalam beg sekolah dia, macam mana boleh ada pada kau?"
"Diari tu-,"
Haneul tiba-tiba teringatkan Yiren, Mia dan Herin. Tidak. Dia sudah berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan menyalahkan mereka bertiga.
"Kau cakap yang kau tak pernah bencikan Jina. Tapi kenapa kau buat macam tu?"
"Aku boleh jelaskan,"
"Jelaskan atau reka alasan? Aku tak sangka kau sanggup buat macam tu," ada nada kecewa dalam suara Jaemin.
"Jaemin ah, aku-,"
Lelaki itu dilihatnya seperti sedang memikirkan sesuatu sebelum sebuah keluhan terlepas darinya.
"Mianhei Haneul ah. Tapi malam ni boleh tak kau balik seorang?"
Haneul hampir menangis mendengar itu namun dia mengangguk juga.
"Arraseo. Aku boleh balik sendiri. Gomawo sebab teman aku dari tempat kerja," ujar Haneul.
"Lagi satu. Aku rasa dua tiga hari ni aku tak boleh nak teman kan kau macam biasa. Sekolah pun, mungkin aku akan datang dengan Appa aku,"
"Okay. Dah lewat, aku balik dulu," tanpa menunggu balasan dari Jaemin, dia terus melangkah pergi dari situ.
Jaemin memerhatikan gadis itu yang berjalan laju. Bukan niatnya mahu membiarkan Haneul pulang sendiri malam itu, namun dia terpaksa gara-gara satu perasaan yang kini muncul dalam dirinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro