38
"Yaa, Oh Jina! Apa ni?" telefon milik Yiren tadi diletakkan di atas meja Jina.
Herin, Yiren, Mia, Haechan, Jeno dan Renjun hanya berdiri memandangkan Haneul memang nampak sangat marah saat itu.
"Haneul, kenapa ni?" soal Jina perlahan.
Haneul tergelak sinis. Dia sudah tidak mempedulikan pandangan pelajar lain terhadapnya.
"Kenapa kau suruh Minji rekod semua ni lepas tu sebarkan?" soal Haneul.
Lee Minji, rakan sekelas Jina. Dia lah yang menghantar video itu ke dalam group batch mereka.
"Mana saya tahu. Bukan saya yang suruh dia," nafi Jina.
"Yaa, tangga hujung tu bukan laluan budak kelas aku dengan kau pun. Kalau ada orang lain dekat situ, maksudnya memang kau yang panggil," ujar Haneul geram.
"Geurae, Jina yang ajak aku. Dia cakap dia takut kau apa-apakan dia. Aku ikut je lah. Tak tahu pula ada sesuatu yang jadi. Dapat juga share content baru dengan batch mates kita " Minji yang tiba-tiba muncul itu bersuara.
"Kau ni memang tak guna kan Minji? Kau fikir pasal content bodoh tu je kan?" Yiren memandang Minji tajam.
"Yaa, Kim Haneul. Aku tak sangka pula kau boleh mencuri. Curi diari orang pula tu. Tak rasa serba salah ke nak ceroboh privasi orang?" Minji menolak bahu Haneul.
Haneul mengetap bibirnya bila dia mula mendengar bisikan-bisikan di sekelilingnya. Mujur sahaja sekarang masih awal dan masih belum ramai pelajar yang datang.
"Teruknya curi diari orang,"
"Tch, ingatkan Haneul memang sejenis tak suka campur dengan orang. Rupanya, rahsia peribadi orang pun dia nak korek,"
"Ah, kenapalah aku pernah rasa Haneul tu cool?"
"Tapi kenapa Jina? Ke dia pilih randomly? Hish, takutlah pula kalau dia target aku lepas ni,"
"Yaa, kau memang tak nak bagitahu aku kenapa kau buat semua ni?" Haneul memandang Jina yang diam sejak tadi.
"Haneul, apa maksud awak? Saya buat apa? Saya dah cuba berbaik dengan awak. Tapi, sampai sekarang saya tak tahu kenapa awak benci saya?" Jina bersuara penuh sayu.
"Yaa!" Haneul mengeluh sambil meraup wajahnya.
"Tch, kenapalah dia benci Jina?"
"Jina tu bukan loner ke? Dengan orang macam tu pun Haneul boleh cari pasal?"
Haneul makin tertekan dengan bisikan-bisikan itu.
"Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak Haneul," Jina bersuara lagi.
"Oh Jina," Haneul memandang gadis itu tajam dengan tangan yang digenggam erat.
"Aku harap lepas ni kau takkan muncul depan aku lagi. Sebab aku memang dah benci kau,"
Tanpa menghiraukan pandangan orang lain sekali lagi, Haneul berjalan pergi dari kelas itu.
Dan langkahnya terhenti di koridor bila melihat Jaemin di situ. Lelaki itu sedang berdiri dengan kedua belah tangannya di dalam poket seluar.
Dia dapat rasakan yang Jaemin sudah lama di situ dan menyaksikan semua yang terjadi dan juga mungkin sudah menonton video yang tersebar tersebut. Jaemin memandangnya sekilas lalu terus berjalan melepasinya dan masuk ke kelas.
Haneul memejam matanya sebelum dia membukanya dan terus berjalan pergi dari situ. Hatinya sakit, benar-benar sakit saat itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro