35
"Haneul! Tunggulah!"
Jaemin cuba mengejar langkah gadis itu. Dan Haneul, dia makin melajukan langkahnya.
"Kim Haneul!" Jaemin masih belum mengalah dan cuba melajukan langkahnya juga.
Mujur sahaja masih awal pagi dan tidak ramai pelajar di sekolah. Jika tidak pasti dia menjadi tumpuan pelajar lain. Ya lah, selama ini dia dikenali sebagai anti perempuan tiba-tiba sahaja dia mengejar Haneul pagi itu.
"Haneul!"
Dia berjaya mencapai lengan gadis itu bila mereka tiba di tangga.
"Hish, apa? Aku mengantuk ni! Nak tidur kat kelas!" rungut Haneul.
"Kau marah?" soal Jaemin.
"Marah sebab apa pula?" soal Haneul kembali.
"Sebab aku tak teman kau balik kerja semalam?"
"Tch, aku bukannya tak pernah balik seorang. Lagipun, kau kan busy dengan Jina kau,"
Jaemin menahan senyumnya melihat wajah Haneul saat itu.
"Kan aku dah cakap. Jina nampak tak si-,"
"Hish, tak payah sebut nama dia lah!" Haneul bersuara kuat sedikit dari tadi.
"Jadi betul lah kau marah?" soal Jaemin kembali.
"Mana ada lah,"
"Habis tu kenapa naik bas awal tak bagitahu aku?"
Haneul mengetap bibirnya. Memang dia sengaja naik bas yang awal 30 minit dari bas yang biasa mereka naiki. Tak sangka pula Jaemin pagi itu datang awal dihantar bapanya. Semuanya kerana dia mematikan telefon bimbitnya sejak semalam.
"Geunyang. Nak tukar angin,"
Jaemin ketawa perlahan.
"Kau marah kan?"
"Ikut suka kau lah nak fikir apa!" Haneul kembali melangkah.
Namun entah mana silapnya, dia terpijak tali kasut sendiri dan hampir terjatuh. Dan seperti drama-drama yang cliche, Jaemin sempat memaut pinggang gadis itu.
Haneul terkedu bila keadaan mereka sangat dekat seperti itu. Jantungnya berdegup begitu laju sekarang.
"Gwaenchanha?" soal Jaemin.
Haneul tersentak sebelum menjarakkan dirinya.
"O-okay. Gomawo," balasnya sedikit gugup.
"Haish, tengok. Memang suka eh tak ikat tali kasut?" Jaemin melutut dan mengikat kemas tali kasut gadis itu.
"Kajja!" dia berdiri kembali dengan senyuman.
Haneul menaikkan sebelah keningnya.
"Jom, masuk kelas. Tadi kata nak tidur. Sempat lagi ni,"
"Okay," Haneul memusingkan badannya dan kembali mendaki anak tangga untuk ke kelas.
Jaemin hanya berjalan di belakang gadis itu. Dan tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman nipis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro