31
Jina mengeluarkan barang-barang dari dalam mejanya. Dia memeriksa setiap barang di situ.
"Takkanlah hilang," bibirnya diketap.
Dia berlari pula ke arah lockernya. Dia melakukan hal yang sama. Mencari sesuatu di dalam ruang yang menempatkan buku-bukunya itu.
"Arghh, macam mana ni?" dia sudah tidak senang duduk.
Mujur sahaja sekarang sudah tamat waktu sekolah, jadi cuma dia seorang sahaja yang tinggal di kelas. Beberapa lagi rakan sekelasnya yang belum pulang kini sedang berada di perpustakaan dan bilik ulang kaji.
Bunyi suara orang berbual di luar menyebabkan Jina cepat-cepat menutup lockernya. Dia cuba mengawal perasaannya. Kakinya kembali melangkah ke meja miliknya dan dia kembali duduk dengan tenang.
"Aku melihat kau dari jauh. Hanya mampu melihat, tetapi tidak ada kekuatan dalam diri untuk menyapamu. Diri ini terlalu kerdil jika ingin dibandingkan dengan dirimu yang disanjungi ramai. Siapalah aku?Hanya insan biasa yang kewujudannya seolah tidak diketahui orang lain. Mungkin, namaku juga tidak pernah ada di fikirannya atau mungkin memorinya,"
Suara Yiren kedengaran dari pintu belakang kelas menyebabkan Jina terkedu.
"Oh Tuhan, jika dia ditakdirkan untukku, jagalah dia. Berilah kesedaran padanya tentang kewujudanku. Aku juga ingin menjadi insan bertuah yang namanya bisa meniti di bibir indah dia. Hanya sekali, aku ingin suara indahnya menyebut namaku,"
Kali ini Mia pula muncul di pintu hadapan.
"Eh, Jina belum balik lah. Kau ni Yiren, kau cakap semua orang dah balik. Malu aku," ujar Mia sambil memandang Jina.
"Korang-," Jina mengenggam tangannya.
"Oh,sorry Jina. Kitorang buat kau terkejut ke? Sebenarnya kitorang tengah practice untuk pertandingan sajak bulan depan. Tak tahu pula yang kau still ada dalam kelas," kata Yiren dengan riak wajah serba salah yang jelas hanya dibuat-buat.
Dia memandang Mia kemudian mereka ketawa perlahan.
"Kau nak dengar tak sajak kitorang yang lagi satu?" soal Yiren.
"Angin sejuk menampar tubuhku saat aku berdiri di sisi padang luas ini. Melihat dia dari jauh yang mungkin kesejukan juga," Mia mula bersuara dengan intonasi membaca sajak.
"Oh angin, bawalah dia ke pelukanku. Ku ingin berada dalam dakapannya. Ku ingin rasa hangatnya tubuh itu," Yiren pula menyambung.
Seperti tadi, kedua mereka ketawa setelah menghabiskan bacaan sajak mereka itu.
"Korang tak balik lagi?"
Mereka berdua yang rancak ketawa automatik terdiam dan memandang ke pintu.
"Jeno, belum balik?"
"Tertinggal buku," lelaki itu kemudiannya ke locker.
"Jaemin, korang dah habis study group kan? Haneul dah balik?" soal Mia.
"Dia kat bawah dengan Herin," balas Jaemin tanpa senyuman.
"Nice! Kajja Yiren, kita boleh ajak diorang join sekali," Mia mencapai beg sekolahnya.
"Kajja!" Yiren memeluk bahu Mia dan mereka terus keluar dari kelas.
Jaemin memandang pula ke arah meja Jina. Gadis itu sedang meletakkan kepalanya di atas meja dan melihat bahu gadis itu yang terhincut, dia dapat mengagak yang Jina sedang menangis.
"Apa lagi lah yang diorang buat?" rungutnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro