27
"Lepas ni boleh tak kau bagitahu aku kalau benda macam tu jadi lagi?" Renjun memandang Haneul.
Mahu gugur jantungnya bila Jaemin menceritakan apa yang terjadi pada gadis itu. Kawannya itu hampir diculik. Siapa je yang tak risau?
"Yaa, aku bukan tak nak bagi tahu. Tapi, benda dah jadi. Lagipun—,"
"Tak kisah lah dah jadi atau tak. Kau buat aku risau tahu tak?" laju Renjun memotong percakapan gadis itu.
"Arraseo," Haneul mengalah.
"Sekarang ni kita makan," dia tersengih dan membuka bekas yang berisi kek beras pedas yang dibawa Renjun itu.
Jaemin sudah meminta diri setelah dia menceritakan perkara itu kepada Renjun. Haneul yang berasa serba salah mengajak Renjun untuk makan bersama di meja yang berada di luar kediamannya. Walaupun hakikatnya dia sudah puas menikmati makanan itu bersama Jaemin tadi.
"Aku tengok kau macam makin rapat je dengan Jaemin sekarang. Bukan kau tak suka dia ke haritu?" Renjun kembali bersuara.
"Lepas kita mula study group sama-sama, aku rasa dia tak lah teruk sangat. Maybe dia memang dingin dengan orang lain selain kawan-kawan dia," jawab Haneul.
Tanpa sedar ada senyuman terukir di bibirnya bila bercakap tentang lelaki itu. Dan Renjun dapat melihatnya kerana sejak tadi dia memerhatikan gadis itu.
"Lepas ni, aku temankan kau balik kerja. Aku risau kalau penculik tu ada lagi,"
Automatik kunyahan Haneul terhenti.
"Yaa, tak perlulah. Jaemin dah janji yang dia akan temankan aku,"
"Jaemin? Jadi kau lagi selesa balik dengan Jaemin yang kau baru rapat tu berbanding aku?" soal Renjun.
"Aniya. Tapi, rumah kau kan jauh dari sini. Aku balik kerja pukul 9, takkan kau nak tunggu aku. Nanti kau tak sempat nak ulang kaji pula," ujar Haneul serba salah.
"Aku boleh ulang kaji dekat kafe tu sementara tunggu kau," Renjun masih belum mahu mengalah.
"Atau kau tak suka aku ganggu kau dengan Jaemin? Kau nak berdua dengan dia je ke? Kau suka dia eh?" soal Renjun.
"Mana ada," Haneul menafikannya.
Gelas yang berisi air di hadapannya diambil dan segera diteguk.
"Neul," Renjun menyentuh tangan gadis itu yang berada di atas meja.
"Wae?" soal Haneul.
"Comot," tangan Renjun menyapu tepi bibir gadis itu yang terdapat sos kek beras pedas.
Haneul terkedu dengan perbuatan lelaki itu.
"Renjun ah," dia menjarakkan wajahnya dari tangan Renjun yang masih belum menjauh dari wajahnya itu.
"Dah lewat ni. Parents kau tak kisah ke kau balik lambat?" Haneul cuba membuang rasa kekok yang tiba-tiba muncul itu.
"Driver aku on the way," ujarnya.
"Oh," balas Haneul pendek.
Mereka berdua kemudiannya mula mengemas meja sementara menunggu pemandu keluarga Renjun sampai.
"Gomawo sebab belanja aku," ujar Haneul bila mereka sudah berdiri di luar pagar rumahnya.
Pemandu keluarga Huang sudahpun tiba.
"Small matter," balas Renjun sambil tersenyum.
"Jumpa esok," Haneul membalas senyuman itu.
Renjun mengangguk. Dia berjalan ke arah kereta yang sedang menunggunya. Namun, dia tiba-tiba berhenti dan kembali ke arah Haneul.
"Wae?" soal Haneul hairan.
"Pejam mata sekejap boleh?" soal Renjun.
Haneul mengerutkan dahinya, namun dia menurut juga.
"Good night,"
Haneul membuka matanya kembali dan dilihatnya Renjun sudah masuk ke keretanya. Lelaki itu melambai sebelum kereta itu meninggalkan kawasan rumahnya.
"Huang Renjun,"
Haneul menyentuh dahinya yang dikucup lelaki itu tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro