Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25

Jina melangkah masuk ke dalam kelasnya seperti biasa. Dia perasan Mia, Yiren dan Herin yang sedang berbual seakan terhenti aktiviti mereka bila dia muncul.

"Ah, bahaya betul kan zaman sekarang. Keychain pun ada orang nak curi," Yiren tiba-tiba bersuara.

Walaupun tidak kuat, Jina dapat mendengarnya memandangkan pada masa itu, hanya mereka berempat yang berada di dalam kelas.

"Itulah. Haish, lepas ni dah tak boleh gantung keychain lah dekat beg sekolah kita. Takut nanti tiba-tiba lesap," ujar Mia pula.

"Kesian Haneul, mesti dia trauma nak gantung or guna aksesori lain lepas ni,"

Mereka bertiga kemudiannya ketawa bila Yiren menghabiskan ayatnya.

"Hmm, untung betul kan Haneul tu. Tak payah beria pun, Jaemin yang datang pada dia and layan dia special. Bagi keychain, belanja coffee hari-hari. Lepas tu, kau ingat tak Mia yang Haneul tidur kat bahu Jaemin dalam bas haritu. Sweet nya," Yiren menunjukkan wajah terujanya.

"Betul, bukan macam orang tu. Play victim sebab nak attention dari Jaemin je. So boring," seperti biasa Mia akan menyambung apa yang dikatakan Yiren.

"Yaa!" Jina bangun dan kerusinya menghasilkan bunyi geseran yang kuat pada lantai.

"Waeyo Oh Jina?Wae? Kau terasa ke? Rasanya kitorang takde mention nama sesiapa," Yiren memandang gadis itu sinis.

"Awak cerita apa pada diorang Herin?" Jina memandang Herin.

"Aku? Hmm, aku just cerita apa yang jadi pada best friend aku semalam. Salah ke?" soal Herin.

Yiren dan Mia sudah menahan tawa mereka.

"Jina ah, aku tak sangka kau serendah tu. Keychain pun kau nak curi? Low class nya," kutuk Yiren lagi.

"Aigoo, dia genggam tangan dia lah. Marah sangat ke tu?" Mia tersenyum mengejek.

"Jina ah, pandai betul kau tipu semua orang dengan wajah innocent kau tu kan," ujar Yiren penuh sinis.

"Lepas ni nak buat apa pula untuk dapat attention dari Jaemin?" soal Herin.

"Korang jealous kan sebab Jaemjn layan saya baik-baik. Tak macam dia layan korang,"

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri sebelum mereka ketawa.

"Yaah, kitorang takdelah minat sangat pada Jaemin tu. Kau je bodoh terhegeh-hegeh nak perhatian,"

"Mana ada saya terhegeh-hegeh nak perhatian. Jaemin yang approach saya dulu," ujar Jina.

Dan itu membuatkan tiga orang lagi manusia dalam kelas itu ikut ketawa lagi.

"Yaah, kau nak cakap yang Jaemin suka kau?" soal Yiren dengan sisa tawanya.

"Tak kisahlah apa korang nak cakap. Tapi, saya yakin yang Jaemin memang kisah pasal saya. Korang tunggu, selalunya dia akan datang waktu macam ni. Tunggu apa yang dia akan buat,"

"Aniya, aku tak rasa macam tu," Herin tiba-tiba bersuara.

"Yaah, kau tak nampak beg dia tu? Dia dah lama sampai. Sekarang ni rasanya dia tengah breakfast dengan Haneul. Berdua," Herin menekankan perkataan berdua itu.

Jina memandang meja Jaemin. Memang beg lelaki itu sudah berada di tempatnya.

"Jangan nak tipu. Jaemin baru je marah Haneul semalam, takkan harini diorang dah berbaik," suara Jina seakan bergetar.

"Oh Jina, aku tak nak cakap ni tau. Tapi rasanya kau kena tahu. Malam semalam, Jaemin teman Haneul balik dari tempat kerja dia. And guess what, Jaemin offer diri dia untuk temankan Haneul setiap malam mulai semalam. Sweet kan?"

Yiren dan Mia kemudiannya bangun dan menghampiri Jina.

"Kesiannya Jina kita ni," Yiren meletakkan tangannya ke bahu Jina

Jina menepis tangan Yiren lalu dia kembali ke mejanya. Barang-barangnya dimasukkan ke bawah meja lalu dia berlari keluar dari kelas.

"Kelakar lah dia tu," kata Mia.

"Yaah, apa ni?" Yiren menunduk lalu mencapai satu buku hitam yang berada di lantai.

"Diari? Siapa punya?" Herin mengambil buku itu dari tangan Jiyu lalu membukanya.

Mereka bertiga tersenyum saat melihat nama yang ditulis di penjuru atas muka surat pertama buku itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro