Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24

"Auchh,"

"Oopss, mianhei," Jaemin menjauhkan kapas itu dari kawasan siku Haneul yang luka itu.

"Slow-slow okay. Kalau tak cuci nanti kuman merebak," kata Jaemin lagi.

"Sakit," ujar Haneul perlahan.

Siku dan lututnya bergesel dan terluka saat dia terjatuh tadi. Dan Jaemin memutuskan supaya mereka berhenti di 7 Eleven perumahan mereka supaya dia dapat merawat luka gadis itu.

"Sikit je," kata Jaemin lagi.

Haneul menggeleng perlahan. Jaemin memandang wajah gadis itu. Tangan Haneul kemudiannya digenggam erat.

"Kalau sakit sangat, balas je genggaman aku," ujarnya.

Haneul mengangguk dan membiarkan Jaemin mencuci lukanya. Sesekali dia akan mengenggam erat tangan lelaki itu bila lukanya yang diubati Jaemin itu berasa pedih.

"Okay dah,"

Haneul melepaskan keluhan lega bila Jaemin sudah siap menampalkan plaster berubat di lutut kirinya.

"Gomawo," ujarnya.

Jaemin hanya tersenyum. Matanya kemudian terpandang tangan mereka yang masih bersatu itu.

"Tak nak lepas?" soalnya.

"Ah, mianhei," Haneul segera menarik tangannya.

"Macam mana kau boleh ada kat situ tadi? Tu bukan laluan untuk ke rumah kau pun," soal Haneul.

Selepas hampir sepuluh minit dia menangis dalam pelukan Jaemin tadi, baru dia terfkir soal itu.

"Aku cari kau. Ya lah, kau dah lah tak datang study group tadi. Dekat chatroom pun senyap je. Nasib baik Herin bagitahu aku kau kerja dekat mana," terang Jaemin.

"Tch, kau expect aku akan pergi study group lepas apa yang jadi tadi?" soal Haneul perlahan.

Jaemin mengetap bibirnya.

"Tentang tadi tu, aku minta maaf sebab ragu-ragu dengan kau. Jina tu-,"

"Dah lah, tak payah sebut nama dia," laju Haneul memotong.

"Aku nak balik," dia bangun.

"Aku temankan," ujar Jaemin laju.

"Aku nak temankan kau malam ni and malam-malam lepas ni juga bila kau habis kerja," sambung lelaki itu lagi.

"Kenapa pula?" soal Haneul.

"Untuk keselamatan kau. Walaupun penculik tadi dah kena tangkap, tapi kita tak tahu kalau dia ada rakan subahat lain ke, apa ke,"

"Ya lah, tapi kenapa? Kenapa kau nak temankan aku? Kita bukannya ada hubungan-,"

"Hubungan kawan ni tak cukup ke? Atau kau nak kita ada hubungan yang lebih serius? Hmm?" Jaemin menundukkan wajahnya dekat dengan Haneul yang lebih rendah darinya itu.

"Aniya," Haneul melangkah setapak ke belakang.

Jaemin ketawa perlahan. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Nah," tangan Haneul dicapai dan rantai kunci di tangannya diletakkan di situ.

"Jaga elok-elok. Aku bagi ni pada kau jadi kau tak boleh suka-suka hati nak bagi orang lain," kata Jaemin.

"Tak nak. Bagilah Jina, dia yang nak sangat kan?" dia cuba menolak kembali rantai kunci itu kepada Jaemin.

"Degil sangat kenapa?" Jaemin menjentik dahi gadis itu perlahan.

Rantai kunci itu kemudiannya digantungkan di beg sekolah Haneul.

"Dah lewat! Jom cepat," tubuh Haneul yang jelas sedang marah dengannya itu ditolak perlahan.

Haneul tiada pilihan selain memulakan langkahnya. Dan jujur, jauh di sudut hatinya, dia merasa sangat bahagia pada malam itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro