22
"Seronok eh korang? Kitorang study, korang main game?"
Jeno mencampakkan beg sekolah miliknya ke atas sofa kosong di ruang tamu rumah milik Haechan itu.
"Tengah stress, takkan nak buat revision pula," Haneul bersuara tanpa memandang Jeno.
Dia masih fokus dengan permainan di televisyen milik keluarga Haechan itu.
"Ah, pasal tadi tu. Sorry lah Neul, aku tak tahu nak cakap apa? Jaemin-,"
"Jangan sebut nama dia kalau tak nak tengok Haneul meletup," Herin menyumbat mulut Jeno dengan keropok.
"Okay, sorry," Jeno mengunyah keropok di dalam mulutnya.
"Renjun mana?" Haechan yang baru keluar dari bilik tidurnya mengambil tempat di sisi Jeno.
Tadi, sewaktu Herin mengejar Haneul, dia terserempak dengan Haechan yang dalam perjalanan ke ruang ulang kaji mereka. Dan hasilnya, Haechan mengikut dia untuk mendapatkan Haneul sehingga mereka bertiga akhirnya berada di rumah Haechan.
"Dia tak nak ikut. Sakit kepala katanya," Jeno menyandarkan kepalanya ke sofa.
Rumah Haechan dan Jeno bersebelahan sahaja. Manakala Herin dan Renjun tinggal di perumahan bersebelahan dengan perumahan mereka.
"Yes, aku menang lagi!" Herin menjerit suka bila permainannya dan Haneul tamat.
"Haish, nasib je tu," Haneul meletakkan joy stick ke atas lantai.
Badannya diregangkan sedikit.
"Yaa, aku nak tanya. Tapi kau jangan marah pula tau Neul," Jeno memandang gadis itu.
"Tanya je lah," balas Haneul sambil meneguk minuman sejuk yang dihidangkan pembantu rumah Haechan tadi.
"Betul ke Jina ambil keychain tu?" soal Jeno.
"Kau pun macam Jaemin ke? Dah percaya cakap dia tu?"
Haechan menahan tawanya bila melihat wajah Jeno saat itu.
"Aniya, aku cuma-,"
"Hish, dah lah. Tak payah lah sebut pasal tu lagi. Buat sakit hati je," potong Haneul.
"Tapi kan Neul, aku ada satu lagi soalan," kali ini giliran Haechan pula.
"Apa dia?"
Semua mata kini memandang ke arah Haechan.
"Kau suka Jaemin kan?"
Haneul terkedu. Dia suka Jaemin ke?
"Diam tu tandanya betul," Herin sudah tersenyum lebar.
"Ma-mana ada lah," nafi Haneul.
"Tak payah nak tipu. Tu lah kau, aku dah cakap. Jangan benci sangat, nanti jatuh hati. Haa, tengok sekarang. Kan dah betul-betul jatuh hati," ujar Haechan pula.
"Yaa, kau mesti rasa berdebar bila dia dekat dengan kau kan? Betul tak?" soal Jeno.
"Lepas tu, bila teringat dia je, kau mesti senyum sorang-sorang," usik Herin.
"Macam mana korang-,"
"Sah! Memang kau sukakan dia!" kata Haechan kuat.
"Mengaku je lah Neul," Jeno sudah tersenyum.
"Neul, kita je ada sekarang. Mengaku je lah," Herin ikut tersenyum mengusik.
"Hmm, aku pun rasa aku dah sukakan dia," Haneul akhirnya bersuara dan menyandarkan tubuhnya pada sofa.
"Wuuuu!" Jeno dan Herin sudah berhighfive.
"Wah, tahniah. Setelah bertahun akhirnya hati kau dah tak keras macam batu," Haechan menepuk tangan penuh teruja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro