Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

"Jina,"

Haneul dan Herin melangkah masuk ke dalam kelas sebelah dan menghampiri Oh Jina. Hanya tinggal gadis itu seorang sahaja di dalam kelas.

"Eh, Haneul, Herin. Kenapa?" soal Jina yang sudah berdiri dan mengemas barangnya itu.

"Minggu lepas, kau ingatkan keychain yang ada kat pencil case aku tu?" soal Haneul.

Jina mengangguk.

"Yang Jaemin bagi tu kan? Kenapa?"

"Hmm, keychain tu hilang. Aku tanya kau sebab manalah tahu kau ada ternampak. Sebab haritu last aku tengok keychain tu sebelum aku perasan ianya hilang,"

Puas sudah dia mencari rantai kunci pemberian Jaemin di merata tempat. Namun, dia tidak menjumpainya. Dan tadi, Herin mencadangkan dia untuk berjumpa Jina sebelum ke ruang ulang kaji mereka.

"Kenapa tanya saya? Awak nak tuduh saya ambil ke?" soal Jina sambil memasukkan buku ke dalam beg sekolahnya dengan laju.

"Haneul tanya je kan? Mana ada dia tuduh kau? Manalah tahu kau nampak," Herin menyampuk.

"Takde. Saya tak nampak," ujar Jina sambil menggeleng.

"Lagipun, tu keychain je Haneul. Kalau ada orang jumpa, awak patut biarkan je. Sebab awak yang cuai dan hilangkannya," tambah Jina lagi.

"Mwo?"

"Kenapa Haneul nak kena buat macam tu? Tu dah memang hak dia. And lagi satu, kenapa bunyi macam kau je yang ambil," Herin memandang gadis itu penuh curiga.

"Aniya. Dah lah, kalau takde benda yang awak berdua nak cakap lagi, saya nak balik," Jina mengangkat beg miliknya dan disangkut ke bahu.

"Yaa, chamkaman," Herin menahan gadis itu.

Dia kemudiannya memegang beg milik Jina. Sebuah senyuman sinis tiba-tiba terukir di bibirnya.

"Macam kenal," dia menyentuh sesuatu yang terkeluar sedikit dari poket hadapan beg sekolah milik Jina.

"Yaa, ni aku punya-," Haneul terus menarik hujung rantai kunci yang terkeluar dari beg milik Jina itu.

"Yaa, apa ni?" Haneul menunjukkan rantau kunci itu betul-betul di hadapan wajah Jina.

Jina diam dan menunduk.

"Yaah, Oh Jina! Aku tanya kau ni! Macam mana keychain ni boleh ada kat sini?" suara Haneul sedikit meninggi.

"Kenapa ni?"

"Jaemin,"

Haneul dan Herin segera memandang ke arah pintu kelas. Jaemin dan Jeno sedang berjalan masuk.

"Apa yang jadi?" soal Jeno

"Bukan korang dah pergi ke tadi?" soal Haneul.

"Aku tertinggal barang. Korang berdua kenapa?" soal Jaemin.

Haneul mengetap bibirnya. Buntu bagaimana dia harus memulakan cerita. Dia memandang Herin dan Herin memberi isyarat supaya dia menceritakan sahaja.

"Haneul, dia-," Jina tiba-tiba bersuara dengan nada yang seakan menahan tangis.

Haneul berdecit kecil. Rasanya dia tahu apa yang akan jadi.

"Kau buat apa Haneul?" soal Jaemin.

Haneul memejam matanya sekejap. Dia cukup benci jika soalan seperti itu keluar dari mulut Jaemin. Ianya seolah Jaemin sedang mempersoalkan kesalahannya.

"Haneul tuduh saya curi keychain dia,"

"Keychain?" soal Jaemin dan Jeno serentak.

"Keychain tu," Jina menunjukkan rantai kunci di tangan Haneul tadi ke arah mereka.

"Haneul tertinggal dekat atas meja waktu saya join study group korang minggu lepas. Saya ambil sebab nak pulangkan, tapi asyik terlupa je. Tapi, bila saya dah nak pulangkan, Haneul kata saya memang sengaja curi," sambung Jina.

"Yaah!" Haneul sudah hilang sabar dengan cerita yang direka Jina.

"Kim Haneul!"

Haneul tergamam bila Jaemin menjerit.
Terasa seperti ada beban yang menghempap kepalanya saat itu.

"Kenapa kau tuduh Jina macam tu?" soal Jaemin.

"Kau percaya cakap dia?" soal Hanul pula.

"Takkan Jina nak menipu,"

"Tch," Haneul ketawa perlahan.

"Habis tu, aku yang menipu?" soal Haneul lagi.

"Bukan macam tu maksud aku,"

"Gomawo, Oh Jina. Kau buat aku makin tak nak ada kaitan dengan kau. Kau nak sangat kan keychain ni? Ambil!" Haneul berkata sinis sebelum dia meletakkan rantai kunci itu ke atas meja Jina dan berjalan keluar dari kelas itu.

Herin mengetap bibirnya sambil menahan geram melihat Jina yang sudah mengeluarkan air matanya.

"Aku tak join study group harini," dia kemudian terus berjalan keluar dari kelas tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro