Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Jaemin memandang sekilas Haneul di sisinya. Ya, tubuh mereka berdua betul-betul sangat rapat sekarang memandangkan mereka berdua sedang berusaha melindungi tubuh mereka dari terkena hujan.

Dan dia perasan yang bahu Haneul masih terkena titisan hujan memandangkan bahunya terkeluar sedikit dari payung yang melindungi mereka.

Dengan selamba, dia memeluk bahu Haneul dan menarik gadis itu lebih rapat dengannya. Automatik gadis itu mendongak dan memandangnya.

"Bahu kau basah," ujarnya.

"Oh," Haneul kembali memandang ke hadapan.

Dan-

"Yaa, bas dah pergi," ujarnya.

Jaemin ikut memandang dan memang benar. Bas yang sepatutnya mereka naiki sudah meninggalkan perhentian bas tersebut.

Mereka berdua berjalan juga sehinggalah sampai ke perhentian bas di hadapan sekolah.

"Renjun-,"

Haneul memandang kereta milik keluarga Renjun yang sudah begerak keluar dari kawasan sekolah.

"Kita tunggu teksi lah," ujar Jaemin.

"Kalau ada," balas Haneul perlahan.

Jaemin kemudiannya mengambil tempat di sisi gadis itu. Dilihatnya Haneul sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

Jaemin ikut mengeluarkan alat nipis itu dari poket blazernya. Dan perasaan menyesal timbul bila mengenangkan yang dia sudah menghabiskan bateri alat itu untuk bermain game bersama Jeno tadi.

Matanya kembali beralih pada Haneul yang sedang memeluk tubuh akibat kesejukan itu.

Baru sahaja dia ingin mengeluarkan baju panas yang berada di dalam beg sekolahnya, bunyi kereta berhenti menghentikan niatnya. Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas tersebut.

Seorang lelaki berpayung keluar dari kereta dan menghampiri mereka.

"Haneul," lelaki itu mendapatkan Haneul yang sudah berdiri di hadapannya.

"Dah lama ke tunggu?" soalnya sambil menyentuh bahu Haneul.

"Dalam sepuluh minit yang lepas," ujar Haneul.

Dia mengalihkan pandangannya bila melihat kedua mereka berbual dan Haneul yang tidak lekang dengan senyuman itu.

Entah kenapa ada rasa hampa dalam dirinya saat itu. Mungkin inilah teman lelaki Haneul, bukannya Junkyu yang dilihatnya tempoh hari.

"Jaemin!" Haneul berjalan ke arahnya.

"Jom balik," ajak gadis itu.

"Balik?" soal Jaemin.

Haneul mengangguk.

"Younghoon Oppa boleh hantarkan kau,"

'Oppa?'

Sah lelaki itu memang teman lelaki Haneul.

"Ah, nama Hyung Younghoon. Teman lelaki Haneul," ujar lelaki tinggi itu.

"Oppa!" Haneul menampar bahu lelaki itu.

"Okay, sorry. Hyung bergurau je. Hyung abang budak pendek ni," kata Younghoon sambil memeluk bahu Haneul.

"Oh. Saya Jaemin," Jaemin menunduk hormat pada lelaki itu.

"Jom lah, nanti makin lebat pula hujan," ajak Younghoon.

Jaemin mengikut langkah dua beradik itu ke kereta. Dan entah kenapa ada perasaan lega bila mengetahui hubungan sebenar dua insan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro