12
"Omma kau busy kerja ke?" soal Jaemin.
Haneul mengangguk. Dan lima saat kemudian dia menggeleng.
"Dia pergi hospital. Bawa kembar aku check up," kata Haneul.
"Kembar?"
"Yang kau jumpa dekat 7E haritu," balas Haneul.
Nasi disuap ke mulutnya.
"Aku ingatkan dia boyfriend kau,"
Uhuk!!!
"Yaa!" Jaemin terkejut melihat Haneul yang tersedak itu.
Haneul mengangkat sebelah tangannya tanda dia tidak apa-apa.
"Mianhei," ujarnya bila Haneul sudah tidak batuk lagi.
"Gwaenchanha. Muka kitorang memang tak seiras pun. Kalau aku tak cakap kitorang kembar, orang memang akan salah faham," beritahunya.
"Dia sakit ke?" soal Jaemin.
Haneul mengangguk.
"Komplikasi jantung. Dari kecil lagi. Dia tak boleh lasak, tak boleh makan sebarangan, banyak bendalah yang dia tak boleh buat. Setiap bulan dia akan ada check up dengan doktor. And kebetulan pula bulan ni punya tarikh sama dengan hari ambil report card kita," ujar Haneul sambil cuba tersenyum.
'Walaupun sebenarnya Omma boleh je tunda ke tarikh lain,' sambungnya di dalam hati.
Mereka kemudiannya kembali menikmati makanan tengahari mereka.
"Haneul ah, boleh aku tanya sesuatu?" soal Jaemin.
Haneul mengangguk.
"Kenapa kau tak suka aku?"
Kunyahan Haneul makin lama makin perlahan bila mendengar soalan itu. Riak wajahnya cuba dikawal.
"Ma–mana ada. Mana ada aku tak suka kau," nafinya laju.
Cawan kertas miliknya dicapai dan minuman itu diteguknya.
"Habis tu, kau suka aku?"
Uhukkk!
Buat kali keduanya, dia tersedak. Dan kali ini lebih teruk sedikit berbanding tadi.
"Yaa, mianhei,"
Jaemin yang merasa serba salah itu bangun dan mengusap belakang badan gadis itu.
Haneul menolak tangan Jaemin perlahan bila batuknya reda.
"Aku main-main je tadi," kata Jaemin.
"Gwaenchanha," Haneul melarikan padangannya dari bertentangan dengan Jaemin.
Entah kenapa wajahnya membahang sekarang.
"Oh ya, aku rasa lepas ni aku akan selalu naik bas juga lah," beritahu Jaemin secara tiba-tiba.
"Jangan lupa bawa transportation card sudah," ujar Haneul.
Jaemin ketawa perlahan.
"Tak. Kali ni aku tak lupa,"
Dan tanpa mereka berdua sedari, ada seseorang sedang berdiri diluar pintu kelas kosong tersebut.
"Hmm, aku baru je nak ajak kau join makan sekali dengan family aku Haneul,"
Orang itu kemudiannya berlalu pergi dengan wajah hampa.
Siapakah itu?👀
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro