06
"Finally, dah pukul lima," Haechan bersuara sambil meletakkan pen miliknya ke atas meja.
Dia meregangkan sedikit badannya yang mula terasa lenguh akibat terlalu lama duduk.
"Dah pukul lima?" Haneul melihat skrin telefon bimbitnya.
"Wah, tak sangka kita berjaya ulang kaji tanpa berbual langsung," kata Herin pula.
"Baguslah macam ni. Hari pertama berjalan dengan jayanya," ujar Renjun.
Jaemin seperti biasa hanya menjadi pemerhati dan pendengar sahaja.
"Jom lah balik. Aku ada shift malam ni," Haneul mula mengemas barang-barangnya.
"Kau tak berhenti lagi?" soal Haechan.
"Taeil Oppa belum jumpa pengganti aku. Nanti dah ada orang baru, aku berhentilah," kata Haneul.
Dia bekerja sambila di sebuah kafe berdekatan rumahnya sejak tahun lepas.
Tujuannya untuk menambah duit poket.
"Yaah, kau balik naik bas kan?" soal Haechan.
Haneul mengangguk.
"Ni ajaklah Jaemin sekali. Bas korang sama," beritahu Haechan lagi.
Haneul memandang Jaemin yang sudah selesai mengemas barangnya.
"Kenapa aku tak tahu pun yang kau tinggal dekat kawasan sama dengan aku?"soalnya.
"Kau tak pernah tanya," balas Jaemin.
Herin dan Jeno menahan tawa mereka dengan jawapan selamba Jaemin itu. Sementara Haneul, dia seakan tergamam dengan jawapan itu.
Renjun yang risau situasi menjadi tegang ketawa perlahan.
"Yaah, Jaemin selalu datang dengan Appa dia. Sebab tu kau tak pernah jumpa or terserempak dengan dia kat bus stop,"
"Oh. Jom lah kalau macam tu," Haneul menyarung beg sekolahnya ke bahu.
"Jumpa esok," tangan dilambai ke arah mereka yang lain.
Herin, Haechan, Renjun dan Jeno tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Sepanjang perjalanan Haneul dan Jaemin ke perhentian bas hadapan sekolah, seorang pun dari mereka tidak bersuara.
"Kau pernah naik bas sebelum ni?" soal Haneul.
Jaemin menggeleng.
"Anak orang kaya," kata Haneul perlahan.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Tertera ada pesanan ringkas dari ibunya bila dia menyalakan skrin alat komunikasi tersebut.
Omma
Omma dengan Junkyu balik lambat.
Junkyu teringin nak makan pizza.
Omma dah pesankan makan malam
untuk kamu. Nanti turun ambil dan makan.
Tanpa membalas pesanan ibunya itu dia menyimpan telefon bimbitnya kembali bila bas sudah sampai.
"Kajja!" Haneul berjalan ke arah pintu masuk bas.
Baru sahaja dia ingin memanjat tangga bas, beg sekolahnya ditarik perlahan dari belakang.
"Wae?" wajah Jaemin dipandang.
"Aku–aku takde transportation card sekarang,"
Haneul mengetap bibirnya sebelum kembali masuk ke dalam bas.
"Ahjushi, saya bayar untuk dua orang ya,"
Kad miliknya dikeluarkan lalu diimbas pada mesin pembayaran.
Haneul mencari tempat duduk kosong. Cuma tinggal dua tempat duduk di bahagian belakang.
Jaemin mengikut langkah gadis itu tetapi dia hanya berdiri walaupun tempat duduk sebelah Haneul kosong.
"Kau tak nak duduk ke?" soal Haneul.
"Aku takut kau tak selesa,"
Haneul ketawa perlahan.
"Yaah, kau sanggup berdiri dalam bas macam ni? Kau tahu tak nanti bas ni kadang-kadang berhenti mengejut bila-bila masa je—,"
Srttttt!!!
Bunyi tayar bas bergesel kuat dan bas automatik berhenti mengejut.
"Tak guna punya budak-budak! Melintas jalan tu elok-elok lah sikit!" suara pemandu bas kedengaran kuat sehingga ke belakang.
"Kau okay?" Haneul menyoal Jaemin yang sedang memaut kerusi kosong sebelahnya itu.
Lelaki itu hampir jatuh ketika bas berhenti tadi.
"Aku okay," balas Jaemin dengan nada perlahan.
"Kan aku dah cakap. Duduk je lah," Haneul memberi isyarat mata supaya lelaki itu duduk di sebelahnya.
Jaemin akur dan akhirnya duduk.
Haneul kembali dengan telefon bimbitnya. Sibuk melayari aplikasi instagram.
Hampir 25 minit di dalam bas, mereka akhirnya sampai ke perhentian mereka.
Haneul dan Jaemin akhirnya turun dari bas tersebut.
"Rumah kau kat mana?" soal Jaemin.
"Kenapa nak tahu?" soal Haneul pula.
"Geunyang," belakang lehernya diusap kekok.
Haneul menahan tawa dengan tingkah lelaki itu. Tak sanga si dingin Jaemin boleh tanya soalan peramah macam tu.
"Aku tinggal dekat perumahan belakang sana," jarinya ditunjuk ke arah belakang sebuah kedai serbaneka 24 jam yang tidak jauh dari mereka.
"Oh, kita tak sehaluan,"
Haneul mengangkat kedua bahunya.
"Aku balik dulu," dia memusingkan badannya.
Jaemin ikut memusingkan badannya lalu berjalan pergi. Baru beberapa langkah, dia berhenti dan memandang ke arah belakang.
Kelihatan Haneul sedang melintasi jalan untuk ke kedai serbaneka yang ditunjuknya tadi. Jaemin kemudian kembali meneruskan langkahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro