02
"Diamlah sengal," Haneul menutup mulut Herin yang sedang ketawa itu.
Sementara Renjun hanya menggelengkan kepalanya.
"Kelakarnya. Dia ajak kau pergi sini macam tu? Macam penculik nak larikan tebusan je," Herin mengelap sisa air matanya yang terkeluar akibat banyak ketawa itu.
Baginya cerita yang disampaikan oleh Haneul itu sangat kelakar.
"Dah tu korang tak reti nak call aku kenapa? Baik aku turun sendiri je tadi," kata Haneul geram.
"Excuse me sister, aku dah call kau okay. Sekarang bagitahu aku siapa yang salah? Huh?"
Haneul mengeluarkan telefon bimbitnya dan memeriksa log panggilan. Memang ada panggilan masuk dari Herin dan Renjun dua puluh minit lalu.
"Seronok sangat kau ketawa Herin. Dah kenapa?"
Haechan yang baru muncul meletakkan bungkusan sandwich di hadapan mereka bertiga. Kemudian Jaemin dan Jeno juga muncul dan mengambil tempat.
"Haneul baru cerita yang Jae-,"
"Kau nak sandwich tuna ke telur?" Haneul memotong percakapan Herin.
Bungkusan sandwich di tangannya dibelek-belek.
"Haish, aku allergic telur kan?" Herin mengambil sandwich tuna di tangan Haneul.
Dia tahu Haneul sengaja menyoal untuk menghentikannya dari terus menyebut nama Jaemin.
Kim Haneul. Rakannya itu ada satu penyakit. Penyakit anti dengan Na Jaemin. Katanya Jaemin itu lelaki dingin yang tidak berperasaan. Sanggup menolak semua gadis yang meluahkan perasaan padanya di hadapan orang ramai.
"Ehem, aku ada satu pengumuman nak buat," Haechan menarik perhatian mereka semua.
Kini semua orang tertumpu padanya.
"Aku rasa kita patut mulakan aktiviti study group lah. Kita kan dah tahun akhir," ujar lelaki itu.
"Bila nak mula?"
"Nak start bila?"
Automatik Jaemin dan Haneul berpandangan bila mereka bersuara serentak. Haneul terus melarikan pandangannya bila matanya bertentangan dengan Jaemin.
"Minggu depan lah. Okay?" soal Renjun.
"Okay juga," sokong Jeno.
"Aku ikut je," ujar Herin.
"Aku pun,"
"Aku okay je,"
Lagi sekali Haneul dan Jaemin bersuara serentak.
"Okay, nice! Next week dekat revision room tingkat 2. Okay?" putus Haechan.
Yang lain mengangguk dan kembali menikmati sarapan mereka.
Sementara Haneul, dia merungut di dalam hatinya.
'Maksudnya aku akan hadap si dingin tu lah setiap hari lepas ni?'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro