Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❥ ⊱ 17

ilobeyou bebeh ❣

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"Mama, maaf sebab dah lama Joon tak jenguk mama kat sini."

Ku capai tangan wanita yang menjaga ku dari kecil sehingga ke besar itu lalu ku kucup dengan penuh rasa hormat.

"Kenapa Joon datang sini bawa perempuan ni sekali?"

Dingin saja suara mama apabila melihat kau berada di belakangku.

"Mama, dia isteri Joon. Menantu mama juga. Salah ke kalau Joon bawa dia jumpa mama?"

Aku terkedu saat mata mama mencerlung tajam memandang aku dan kau silih berganti.

"Kenapa Joon nak simpan betina sundal ni ya? Tak serik lagi apa yang dia dah buat kat Joon sebelum ni?"

Aku seakan tidak percaya. Dulunya, mama amat menyayangi kau. Kini, pandang wajah kau pun dia tak mahu.

"Mama...Iris minta maaf. Iris tahu, besar sangat dosa Iris pada Namjoon, pada mama."

Aku lega saat perkataan maaf keluar dari mulut kau.

"Sedar pun banyak dosa. Bila kau dah buta macam ni, baru nak insaf. Kalau kau tak buta, agaknya kau dah lari tinggalkan anak aku kat sini kan?"

Mama ingin menolak kau namun aku pantas menghalangnya. Dalam mata mama, api kebenciannya pada kau semakin marak menjulang.

"Benda dah lepas, ma. Dia dah insaf. Apa salahnya kalau mama maafkan Iris?"

Mama tidak mengendahkan kataku. Sebaliknya dia masuk lalu terus menutup pintu membiarkan aku dan kau di sini.

━━━━━ • TBC • ━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro