Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕺𝕹𝕰 : 𝕸𝖄 𝕱𝕽𝕴𝕰𝕹𝕯

Yoora's

Hi guys. Nama aku Yoora. Aku budak biasa je. Tak cantik sangat macam orang kat luar sana. Aku ada seorang----

"HAN YOORA!!!!!!!"

Sorry. Nanti aku sambung.

"Yah. Kau ni cepat sikit. Nanti lambat gi sekolah"

Orang yang tengah membebel sekarang abang aku. Han Jisung. Orang panggil dia tupai jadian.

"Sabarlah. Yoora baru siap. Nak breakfast lagi"

"Takde-takde. Breakfast harini takde. Kau dah lambat ni"

"Sekarang kul bape?"

"Dah kul 8 pagi"

"WHAT?! Omma, Yoora pergi sekolah dulu, ANNYEONG!!!" kataku sambil berlari keluar dari rumah.

"Eh. Mana Yoora?" soal Puan Han kepada satu-satunya anak lelaki dia.

"Pergi sekolah" "Awal betul dia pergi" "Biarlah dia"

Yoora's situation

"Aduhai. Ini semua punca Minseolah ni. Habis aku dah lambat"kataku sambil menunggu di perhentian bas.

"TOLONG!!!!!!"

Jeritan seorang perempuan mengejutkan aku yang sedang mendengar lagu.

"Asal dia minta tolong?"

Tanpa mengambil masa yang lama, aku terus berlari ke arah suara tersebut.

"Encik tolong jangan kacau saya"

Suara tangisan yang semakin dekat menandakan bahawa aku semakin dekat dengan perempuan tersebut.

"WOI!!!!"

Lelaki yang sedang menggangu perempuan itu menoleh ke arahku yang sedang berdiri sambil memegang bet. (Jangan tanya mana dia dapat)

"Halamak budak ni. Nerd giler. Nak lawan aku? Mehlah!"

Kata-kata lelaki itu membuatkan aku berlari ke arahnya dan--

BUK!

"Laki tapi lembik. Nasib aku buat slow je. Kalau kuat, masuk hospital jawabnya"

Kataku sambil melihat lelaki itu terbaring di atas lantai akibat pukulan tadi.

"Terima kasih"

Kini perhatianku teralih ke arah seorang perempuan yang sedang cuba untuk berdiri itu.

"Takde apalah. Nak pergi mana ni?"

Soalku kepada perempuan tersebut setelah dia berjaya berdiri.

"Nak pergi HYBE Music School"

"Lah. Satu sekolah je. Nape saya tak pernah nampak awak? Pelajar baru ke?"

"Ye. Saya pelajar baru"

"Kalau macam tu, kita pergi sekolah sesama jom"

Tanpa menunggu balasan perempuan tersebut, aku terus menarik tangannya menuju ke sekolah kami.

End Yoora's

Minseo's

"LEE MINSEO!!!!!!!!!!!!!"

Jeritan seseorang mematikan langkahku yang sedang jalan menuju ke pintu rumah.

"KAU NAK PERGI MANA?!!!!!!"

'Matilah aku T_T'

"Nak gi sekolahlah"

"Nak gi sekolah.... Alahai... Bagus cousin aku sorang ni"

Lain macam dia ni. Main usap-usap kepala aku----

"ARKKKK!!!!!" 

'Kepala aku T_T'

"KENAPA KAU LETAK AKU PUNYA KASUT KAT ATAS BUMBUNG!!!!!"

High note yang tak berapa nak high note diberikan daripada Lee Minho aka abang sedara aku aka abang Felix.

"Padan muka. Sape suruh kau kotorkan kasut aku?"

Kepada yang tertanya-tanya kepada dia marah. 
Al-kisahnya begini,

Aku yang sedang menuju ke pintu rumah terkejut apabila melihat kasutku kotor seperti terkena cat. Bukan seperti. Memang dah kena pun. 

"HUARGHHH!! KASUT AKU!!!!!"

"Kasut kau ke?"

Suara seseorang membuatkan aku menoleh kebelakang.

"YAH, LEE MINHO! KAU YANG BUAT KAN?!"

Lee Minho. Cousin aku yang paling tua. Dia ni cousin paling syaiton perangai.

"Sorrylah. Tak sengaja. Eh-- memang sengaja. Hahahahahaha"

Kau gelak. Takpe. Kita tunggu.

3 days later

Suara Minho yang sedang mandi itu membuatkan kerja aku makin senang. Dengan langkah perlahan, aku menuju ke rak kasut dan mengambil kasut Minho.

"Woi. Kau buat apa tu?"

Suara seseorang mengejutkan aku yang sedang berjalan menuju ke tingkat paling atas rumah familyku.

"Shhh--- Diam. Nanti kantoi plan aku"

"Kau nak letak kasut dia kat atas ke?"

"Ya. Diam tau Felix. Jangan bagitau dia. Nanti aku cakap yang kau punya brownies sedap"

"Ok. Aku janji. Tapi, betul kau nak cakap yang brownies aku sedap?"

"Ye.... Dahlah gi sana"

"OK!"

Apabila dia makin menjauh, aku terus naik ke atas dan meletakkan kasut dia di situ.

"Padan muka kau. Kotorkan kasut aku lagi kan"

Setelah selesai, aku turun ke bawah dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"YAH! KASUT AKU NI MAHAL TAU!"

"Yeke? Tak tanya pun" kataku sambil berlari keluar rumah kerana sebentar lagi akan ada gunung berapi meletus. >_<

"LEE MINSEO!!!! BALIK NANTI AKU LETAK KAU DALAM AIR FRYER 30 MINIT 180 C. KAU TUNGGU NANTI!!!!!"

Aku harap cermin kat rumah tak pecah sebab jeritan dia. T_T

End Minseo's

Haraa's

"Gyu. Nanti amik Haraa awal sikit" soalku kepada abangku yang sedang menikmati sarapannya sambil chat dengan awek dia tanpa menghiraukan aku yang sedang bercakap dengannya.

(Asal macam pelik je ayat aku. T_T)

"Gyu" panggilku. "Gyu~~" panggilku lagi. Kalau aku panggil lagi dia tak nyahut, tunggu kau. "KIM MINGYU!"

Jeritku apabila dia hanya menghiraukan aku. Dan dengannya bahagianya, aku gelakkan dia. Sebab apa? Sebab phone dia jatuh dalam nasi goreng. Hahahahahahahahahaaha.

"Siot betul anak Kim ini. Habis phone aku. OMMA!!!!!"

"Kata orang anak Kim. Dia pun sama" balasku sambil makan.

"Apa yang bising-bising ni? Omma ngan appa turun je, tetiba Mingyu panggil omma"

Tudia. Puam Kim sudah mula bersuara.

"Omma tengok Haraa tu. Dia jatuhkan phone Gyu. T_T"

Malu aku ada abang macam ni.

"Mana ada Haraa tak jatuhkan pun. Dia yang tak dengar orang panggil" balasku sambil menatap tajam mata abangku yang tidak ku sayangi.

"Dah3. Haraa dah nak pergi sekolah kan? Mingyu, hantar adik kamu ni" balas Appa yang membuatkan Mingyu mengeluh. 

"Tapi--" "Takde tapi-tapi. Hantar sekarang or appa potong elaun kamu bulan ni"

"Yelah. Cepat sikit. Terkedek-kedek"

Takpe Haraa. Jangan marah.

"Omma, Appa. Haraa pergi dulu" aku bersalaman dengan kedua ibu-bapaku dan mengejar Mingyu yang sudah meninggalkanku.

End Haraa's

Daehyun's

Kini aku bersama seorang perempuan sedang berjalan untuk ke HYBE Music School. Tengok gaya dia macam lagi tua dari aku.

"Jeogiyo. Kalau awak tak kisah, boleh saya tau umur awak berapa?"

"Umur saya 19 tahun. Nama awak siapa? Nama saya Han Yoora. Boleh panggil Yoora je"

"Annyeonghaseyo sunbae-nim. Saya So Daehyun. Boleh panggil Hyun je"

Aku yang sedang menunduk hormat itu diberhentikan oleh Yoora.

"Tak perlu nak hormat sangat. Anggap je saya ni kawan awak. Lagi satu, tak perlu panggil sunbae. Panggil Yoora je"

"Baiklah sun-- Yoora. Awak tak menyesal ke nak kawan ngan saya?"

"Kenapa saya nak menyesal pulak?"

"Sebab saya ni tomboy orangnya" kataku sambil tersengih malu.

"Ouh. Takpe saya tak kisah pun sebab-----"

SPLASH!!

Percikan air yang merecik di sebelahku membuatku menoleh dan terkejut saat melihat Yoora unnie basah.

"Yoora. Awak ok tak ni?"

"KAU TAK PAYAH TANYA DIA OK KE TAK? NAK ATTENTION JE TU!!"

Jeritan daripada tingkat atas membuatku menoleh dan terkejut saat ku melihat ada anak babi-- eh. salah. Saatku melihat seorang perempuan and the geng melihat Yoora yang kebasahan itu.

"YAH! KORANG NI KENAPA?!" jeritku sambil kaki menuju ke tingkat atas.

"Kau kenal ke budak nerd tu?" soal perempuan di hadapan ku ini. Aku nak cekik---

"Saya tak kenal dia tapi dia baru lepas tolong saya dibuli tadi, Karina-ssi" kataku kepada Karina.

"Ouh. Kat lorong depan sekolah tu ke? Memang patut kau kena macam tu sebab apa? Sebab kau, HODOH" bisiknya di telingaku. Halamak minah ni. Main bisik-bisik pulak.

Tanpa menunggu masa yang lama, aku terus melayangkan buku lima ke muka dia.

"Uish. Sakit tangan aku. Dah lama tak kena muka orang"

"So Daehyun"

Panggil seseorang membuatkan aku menoleh kebelakang dan terkejut kerana Yoora berada di belakangku dengan muka yang seperti menahan marah.

"Ikut unnie pergi tandas sekarang"

Kata-kata Yoora membuat aku terus bergerak mengikuti langkahnya ke tandas. Sambil tu, sempat aku menoleh kebelakang dan melihat kawan² Karina sedang menolong dia untuk bangun. Pandangan kau-tunggu-nanti aku berikan kepada Karina.

Kimji's

"Mommy, Daddy. Harini Kimji balik lewat sikit tau"

Once again, disisihkan oleh family sendiri sudah sebati dengan diriku. Sejak aku berumur 13 tahun lagi sudah disisihkan oleh keluarga sendiri. Alasannya apa.

'Sebab kau hodoh'

'Macam mana aku boleh dapat anak yang hodoh macam kau?'

Klise kan alasan dia. Hanya disebabkan aku hodoh, family start sisihkan. Yang paling sedih apabila report card aku ditandatangani oleh maid ataupun bodyguard aku yang sign.

"Kau balik kol bape Ji?" soal adikku yang bernama Kim Sunoo.

"Kol 3 lebih kot. Kau balik kol bape?"

"Aku balik dah nak dekat kol 3. Nak aku tunggu ke?"

Antara orang yang peduli tentang aku hanyalah Sunoo, maid and bodyguard aku.

"Takyahlah. Sebab balik nanti aku nak gi kedai buku"

"Pergi kedai buku beli buku yang berfaedah. Bukan beli komik je"

Tengok tu. Bila cakap pasal kedai buku baru nak hidup orang tua tu.

"Memang Kimji pergi kedai buku nak beli buku yang berfaedah. Oklah. Kimji pergi sekolah dulu. Annyeong, Mommy and Daddy"

"Pergi jelah. Takde sape kesah"

Aku hanya tersenyum dan berjalan ke kereta.

"Jom ahjussi Min. Sunoo mana?"

"Dia kata nak pergi ngan kawan dia"

"Annyeong Kimji"

Aku terkejut saat melihat pintu di sebelahku terbuka.

"Kamchagiya. Yah, Lee Heeseung. Kau ni. Suka buat aku terkejut"

Lee Heeseung. Cousin aku belah Mommy. Dia antara cousin yang aku paling rapat kalau belah Mommy. Dia jiran aku and yang paling stress ialah dia sekelas ngan aku.

"Mom kata start harini aku kena ikut kau pergi mana²"

"What?! Diaorang memang tak percayakan aku ke apa" balasku dan membiarkan Heeseung duduk di sebelahku. Kereta pun menyusur di jalan raya yang sedikit lengang.

(Amende seh ayat aku. T_T)

"Lepasni kau nak gi bookstore ke?"

"Mana kau tau?"

"Sunoo"

"Ouh. Kau nak ikut aku ke gi bookstore nanti?"

"Boleh je"

"Jiyoon, Heeseung. Dah sampai sekolah ni"

"Ok. Ahjussi harini Jiyoon balik lambat tau. Nanti Jiyoon call kalau Jiyoon dah nak balik. Bye, ahjussi. Heesung, jom. Kau takyah tengok lelama anak orang tu" kataku sambil menarik tangan Heeseung agar kami boleh tiba di kelas secepat mungkin.

End Kimji's

Sei's

"Selamat pagi kelas" ujar Cikgu Nayeon selaku guru kelasku.

"Selamat pagi cikgu!!" Bersemangat betul classmate aku ni. Biasa waktu first yang diorang malas.

"Harini kita ada pelajar baru. Silakan masuk" ujar cikgu kepada seorang murid diluar. Murid tersebut masuk ke dalam kelas dan mmbuat semua classmateku terkaku melihat dia kecuali aku.

"Annyeonghaseyo. Nama saya Song Hyeongjun. Boleh panggil saya Hyeongjun" ujar murid tersebut aka Hyeongjun sambil tersenyum yang membuatkan classmate aku meroyan tahap ghaban.

"WEHHHH!!! KIYOTNYE!!!!!!"

"SENYUMAN DIA!!!!!!!!"

"MELTING WEH NGAN SENYUMAN DIA!!!!!!"

Bukan perempuan je. Lelaki pun sama.

"Sudah ye awak semua. Hyeongjun, awak boleh duduk dekat sebelah tingkap tu?" ujar Cikgu Nayeon yang memberhentikan mereka dari meroyan dengan lebih teruk.

"Tapi, saya tak boleh duduk tepi tingkap. Kulit saya sensitif" ujar Hyeongjun menandakan dia tidak bersetuju untuk duduk di tepi tingkap.

"Kalau macam tu, awak duduk dekat ngan pintu boleh?" "Omma saya tak bagi saya duduk dekat ngan pintu sebab nanti saya terhantuk dekat pintu" "Dekat depan boleh?" "Tak boleh. Nanti habuk kapur masuk mata saya"

Bapak dia lah. Cerewet gila laki ni. Selepas beberapa cadangan yang cikgu berikan, akhirnya dia memilih untuk duduk di sebelah aku. 

"Annyeong. Nama saya Hyeongjun" sapa Hyeongjun kepadaku. "Hola. My name is Jung Sera. Hajimemashite" ujarku dengan sedikit bangga. 

"Hi Sera. Saya nak panggil apa ni?" soalnya. "Panggil Sei je"

"Jung Sera. Fokus please" ujar cikgu Nayeon.

"Baik, cikgu" ujarku dan terus fokus dengan kelas.

End Sei's

Hyejin

KRINGG!!!!!

Loceng yang menandakan sudah waktu rehat membuatkan semua pelajar di kelasku menjerit riang.

"Rehat rehat jugak. Homeworks yang saya bagi jangan lupa siapkan" ujar Mrs Jane sambil memberi peringatan agar kami menyiapkan kerja yang diberi olehnya.

"OK MISS!!!"

"Woi Hyejin. Belikan aku tteokbokki. Tak nak yang pedas tapi aku tak nak yang tak pedas. Kau fahamlah sendiri macam mana" ujar Lee Heeji aka Hee minah yang paling suka buli aku. Sikit2 Hyejin beli ni, Hyejin beli tu. Dia pikir aku ni kuli dia ke apa?

"Ok" "Cepat sikit. Aku dah lapar ni" katanya sambil campak duit ke mukaku dan berlari ke arah Wonwoo.

"Oppa. Balik nanti kita balik sesama jom" katanya sambil memegang lengan Wonwoo. Seriously, minah ni hilang otak ke apa? Si Wonwoo tu sekelas ngan kaulah pompuan. Panggil oppa bagai. Tapi, marah aku tu sekejap je bila Wonwoo tarik tangan dia untuk menjauhi Hee.

"Takpelah. Aku lebih rela jalan ngan member aku yang tak berapa straight tu dari jalan ngan kau" kata Wonwoo. Hee yang mendengar itu terus menghentak kaki dan berjalan keluar dari kelas.

Tiba-tiba, Wonwoo membuat eye contact dengan aku. Tanpa menunggu masa yang lama, dia terus berjalan ke arahku sambil memegang sesuatu.

"Nah chocolate milk. Aku beli lebih tadi" katanya dan meletakkan susu tersebut di atas mejaku.

"Thanks" kataku dan berlari keluar kelas sebab malu.

Sape je yang tak malu kalau crush dia bagi something. 

End Hyejin's

Ryn's

"Uit. Ryn. Wat ape tu?" ujar Ni-ki aka playboy yang tak berapa nak berjaya.

Ni dah masuk kali ke 40 dia try aku.

"Tengah pancing ikan ni. Tak nampak ke?" ujarku dengan perasaan yang malas.

"Uishhh.... Banyak betul ikan kau pancing" katanya dan duduk disebelahku bersama Yeonjun.

"Gila betul mamat ni. Kau nak apa kat sini?" ujarku dengan sedikit marah.

"Aku nak makan ngan kesayangan aku pun tam boleh ke?" ujarnya sambil tangan cuba untuk diletakkan di bahuku.

"Siapa kesayangan kau? Ramai lagi kat luar sana. Lagi cantik dari aku" ujarku dan sambung makan.

"Dahlah korang ni. Asal jumpa je gaduh. Pergi makan cepat" ujar Yeonjun. "Yelah" Ni-ki pun makan.

"Ryn. Balik nanti Chanhee amik kau" ujar Yeonjun sambil menatapku.

"Ok. Aku masuk kelas dulu" ujarku dan berlalu ke kelas.

Sepanjang perjalananku ke kelas. Dapatku dengari beberapa bisikan yang sepertinya sedang mengata aku. Jangan pikir aku princess of this school tak ramai yang jealous. Sebenarnya, hampir semua murid kat sekolah aku tak suka aku. Aku hanya mengabaikan bisikan tersebut dan terus berjalan menuju ke kelas.

End Ryn's

Sorry lambat post chap 1. Sebenarnya, aku takde idea.

-LUVYCHIM_
-SASSYXFABULOUS
-MingyuIra
-sbh_ksj_csb

-erynxiao
-sunwxnira
-SACCHARINE-
-enhagurl_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #af#multi