Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAP 13 ALWAYS BY YOUR SIDE

"Awak ni.. Siapa? "

"Kenapa.. Kenapa awak buat macam tu!"

"Hentikannya.. Tolong jangan seksa diri awak lagi.."

"ADRIAN!!! "

Sayu Rian melihat sekujur tubuh milik Skyler yang merancau diatas katil bilik rawatan. Rian membawa sedulang makanan lalu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Skyler. Peluh mula turun diwajah gadis itu. Kerutan didahi juga kelihatan jelas pada pandangan mata. Tangan mengenggam cadar katil.

"Ash.. " Tangan Rian naik mengusap pipi gadis itu. Tindakan itu seperti memberi ketenagan kepada Skyler. Buktinya kerutan didahi hilang, begitu juga tangan yang tidak lagi mencengkam cadar katil. Rian senyum kelat.

"Kenapalah kau suka meracau nama aku? Dari dulu lagi.. " bisik Rian seraya menghadiahkan satu kucupan hangat didahi gadis itu. Lama dia melekatkan bibirnya. Penuh kerinduan dan kasih sayang. Setelah beberapa saat, Rian mengangkat muka.

"Aku bukan lagi api kau, Ash... Jadi tolong.. " Tangan Skyler digenggam erat.

"Kenapa perlu lakukannya sendiri? "

Soalan yang tiba-tiba keluar daripada bibir Skyler menyentakkan Rian. Mata naik memandang wajah sungul Skyler. Matanya redup bercampur kelam. Skyler menarik tanganya daripada genggaman Rian.

"Ad.. "

"Jangan panggil aku tu. "

Ujar Rian seraya bangun daripada duduknya. Penuh kedingian. Badan ditoleh kebelakang tetapi hujung bajunya dicengkam Skyler.

"Kenapa perlu berahsia? Kenapa perlu palsukan kematian awak? Kenapa… "

Cengkaman semakin erat. Rian mengepal penumbuk. Soalan Skyler kali ini, pasti soalan maut baginya.

".. Kenapa awak bunuh semua penduduk kampung..? " soal Skyler penuh kepiluan. Mata yang berair naik memandang Rian yang masih memalingkan wajahnya daripada menatap dirinya.

"Sebab aku nak. Aku dahagakan darah. " balas Rian dan memandang wajah Skyler. Mata Skyler membulat apabila menatap sepasang mata hijau yang jelas penuh dengan kegelapan, dendam dan.. Penyesalan . Tangan Skyler ditepis daripada terus mengenggam hujung bajunya. Dia berpaling lalu mengayun kaki keluar daripada bilik rawatan itu. Di pintu dia berhenti seketika.

"Adrian yang kau gelarkan Ad dah lama mati Sky. Mati dalam kebakaran. Baik jasad dan jiwanya. Yang kau nampak sekarang hanya Hadrian Irwin. Lelaki yang penuh dendam dan nafsu terhadap darah. Jadi.. "

Rian menoleh kebelakang. Senyuman tipis terukir dibibirnya.

".. Lupakan api yang dah lama terpadam ini. Dia tak akan terbakar lagi dihadapan punca kekuatanya. "

Rian menundukkan badan 90° sebelum keluar daripada klinik itu. Skyler jelas tergamam. Badan disandarkan dikepala katil dan fikirannya jauh merenung 13 tahun yang lalu.

"Ash! "

Panggil seorang kanak-kanak lelaki dengan senyuman melebar. Skyler yang berusia lima tahun menoleh kebelakang. Terkebil-kebil dia memandang kanak-kanak lelaki berambut hitam itu.

"Kenapa Ad? "

"Tengok ni! "

Api biru ditangan Ad, dipandang kagum. Kecil aje apinya. Macam bebola, lagi-lagi diaterapung diatas tangan kecil Ad.

"Wow. "

"Hebat kan? Sini tangan awak.. "

Tangan Skyler ditarik lalu telapak tangan gadis itu diletakan dibawah tanganya. Diatas telapak tangan Ad pula elok bercahaya si api kecil.

"Keluarkan kuasa angin awak. " arah Ad ceria. Skyler mengangguk walupun tidak mengerti tindakan lelaki itu.

"Uwahhh!! "

Rian tersenyum teruja manakala Skyler jelas kagum. Api yang kecil tadi berubah besar. Yang paling mengagumkan apabila api itu membentuk puting beliung. Cantik!

"Hebatnya!! "

Rian ketawa kecil melihat telatah Skyler yang melompat teruja. Api birunya dipadamkan lalu telapak tangan Skyler dijauhkan. Skyler mengembung pipi tak puas hati.

"Ala.. Kenapa padamkan? "

"Mana boleh lama-lama. Nanti terbakar hutan macam mana? "

"Fine.. "

Rian sengih nakal. Merajuk eh..

CUP!

Merah muka Skyler apabila Ad tetiba mengucup pipinya. Ad tayang muka selamba aje.

"Merajuk dengan orang lagi, orang cium bibir pulak. " ugut Rian dengan gaya nak cium. Skyler yang gelabah menampar-nampar muka Rian.

"Eyy..! Tak nak lah! "

"Haha. Nak jugak! Meh sini kita nak gigit awak!"

"Huwarh!! " 

Berguling-guling mereka berdua sambil bergelak tawa. Rian dan Skyler tersengih antara satu sama lain.

"Ash.. "

"Hurmm..? " Pipi Rian dipegang. Rian tersenyum lalu menggenggam erat tangan Skyler.

"Kuasa awak angin. Dan angin sumber kekuatan kuasa api . Tapi awak sumber kekuatan dan Semangat saya. Jadi, selagi awak ada, selagi tulah api dalam ni akan terus terbakar dan sentiasa... " ujar Rian lalu memeluk tubuh Skyler.

".. melindungi punca kekuatannya. "

Itulah kata-kata yang sentiasa membuatkan Skyler berharap dan terus berharap..

Supaya apinya akan terus hidup dan terbakar.

Skyler melihat telapak tangannya seketika lalu mengenggamnya erat.

"Kalau api awak terpadam, saya akan bakarnya kembali. Just you wait Ad.. "

***

"Tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. "

Suara yang menyapa diatas pokok membuatkan langkah Rian terbantut. Kepala naik memandang kearah susuk tubuh lelaki yang berpeluk tubuh diatas dahan pokok itu.

"Silver.. "

Silver menghela nafas berat. Dia melompat kebawah lalu bersandar pada pokok itu. Matanya tajam menatap sepasang anak mata Rian yang redup.

"Mind to tell me? "

"Not your business. "

Silver berdecih tak puas hati. Rian yang melangkah pergi ditarik kasar olehnya sehingga menghempas batang pokok. Berkerut muka Rian apabila badanya terasa agak sengal dek sakit. Ingin sahaja dia membuka mulut tetapi terkunci serta merta apabila anak mata Silver bercahaya penuh kegelapan. Sebelah tangan Silver dihempaskan disisi kepalanya membuatkan dia lebih gerun.

"Not my business? Then tell me, why are you crying now? "

Soalan itu menyentakkan Rian. Tangan yang mengeletar naik menyentuh pipi. Cecair. Ada cecair jernih turun. Silver menghela nafas berat. Badan Rian dibawa dalam dakapan. Kepala adiknya diusap sayang.

"Geez, such a cry baby. "

Semakin galak Rian menghaburkan tangis. Silver pula hanya melayankan aje. Dia kenal Rian macam mana. Depan nampak aje kuat, ceria eje. Tapi hakikatnya..

Dia yang paling banyak menangis dalam diam.

Ezra yang berada tidak jauh daripada mereka tersenyum kelat. Kaki diayun keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia menghampiri Rian dan Silver. Ezra melutut sebelah kaki di sisi Rian. Kepala Rian diusap sebelah tangan.

"Stop crying alone you idiot. You have me and Silver by your side. We never leave you..."

Rian mengangkat mukanya lalu memandang Ezra yang tersenyum lebar. Matanya membulat apabila Ezra mengusap pipinya lalu mengelap air matanya.

"Gosh, i really want to punch your face right now! It's annoying! Hahaha..! "

"Ezra right. Mata kau dah bengkak. Macam alien. "

"Kan? "

Silver dan Ezra ketawa kecil. Rian yang mendengar juga turut ketawa walaupun air matanya semakin lebat keluar. Perasaan ini tak pernah hilang setiap kali bersama mereka berdua. Tenang dan bahagia.

"Rian.. "

Serentak Ezra dan Silver mengucup Rian. Ezra di ubun-ubunnya manakala Silver di dahi. Rian jelas terkejut. Ezra dan Silver tersengih melihat wajah Rian. Kepala mereka didekatkan dan membentuk bulatan kecil dengan tangan dibahu satu sama lain.

"Even our flesh and blood was different, we always be brother. We share our joy, our sadness.."

".. And our pain. Together . "

Ezra dan Silver tersenyum lebar.

"Jadi jangan simpan kesakitan kau tu sorang-sorang . Kitorang lagi pedih tau tengok adik bongsu kitorang ni sakit. Betul tak Silver? "

Silver menganggukan kepala tanda setuju. Rian terdiam. Tak lama kemudian, dia tersenyum kecil. Kepala diangguk beberapa kali. Ezra dan Silver tersenyum senang apabila melihat bibir Rian yang mula melebar dengan sengihan.

"Ya, Kita bersaudara. Selamanya. Aku faham.. Sangat faham. "

Tanpa amaran, Rian menolak Silver dan Ezra sehingga terjatuh kebelakang. Membulat mata Silver dan Ezra ketika itu. Rian pula dah mengekek ketawa.

"Kau lupa satu lagi ayat Ezra. Kita juga akan selalu buat hana* pada satu sama lain! Hahahahah..! " Berdesup Rian melarikan diri apabila melihat aura gelap dibelakang Ezra dan Silver.

"Dasar anak tak kenang budi..! "

"Kau sini Rian! Aku tak ajar kau buat macam tu!! "

"Blekk!! Anak tak menyesal!! Hahaha...! "

Bingit hutan itu hanya dengan suara mereka bertiga aje. Penuh kebahagian dan keriangan.

***

Ezriell berjalan menyusuri semak samun. Wajahnya serius. Berpakaian pemburu bersama pedang besar dibelakang badanya.  Tak lama kemudian, dia sampai disebuah gua. Nafas dihela sebelum kaki melangkah masuk beberapa tapak.

"Nampak macam kau dah sampai.. "

Sapa satu suara didalam fikiranya. Seekor Serigala Bersayap berwarna putih muncul disebalik kegalapan gua. Mata hijaunya menyala dikala dia berada dihadapan Ezriell. Dia berbunyi garang tetapi tidak mengerunkan Ezriell. Jauh sekali menakutkannya. Malahan, Ezriell membalas dengan menyalakan mata kelabunya.

"Hentikannya. "

Sapaan satu lagi suara membuatkan Heart dan Ezriell berhenti merenung satu sama lain. Gua yang tadinya gelap, bercahaya kebiruan. Seekor burung berapi biru elok bertenggek diatas sebuah batu besar didalam gua itu. Matanya berwarna hijau cair.

"Boleh tak jangan nak bergaduh? Yang sakitnya kau jugak Heart. "

"Grr.. Whatever. Mana Ace?"

"Sini.. "

Kini ketiga-tiga mereka menoleh kebelakang. Satu kepala naga keluar disebalik kegelapan. Mata hijaunya bercahaya terang berbanding Heart dan Phoenix biru itu. Hela nafasnya jelas terasa. Sejuk. Hampir separuh gua beku dek kemunculannya.

"Kau lambat El.. " ujar sang naga bersisik kelabu itu. Ezriell menarik nafas dalam sebelum dilepaskan.

"Sorry. Ada masalah sikit. Apa-apapun ada benda penting yang korang patut tahu. " ujarnya dengan nada serius. Heart dan Flame berpandangan.

"Benda buruk betul tak? " soal Flame.

"Lebih daripada tu.. "

Ezriell menatap wajah sang naga.

"Ianya bencana. Dia dah balik. "

__________________________________________________________________________________________

Beautiful friendship 😢*nangis bawah meja*

Enjoy ❤️😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro