Makan
Lily - YAHOOO! Kita bersama lagi di rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Lily. Peminat setia BBB-CHAN!
Bella - Saya Bella. Peminat sukan bola tampar!
Faye - Dan saya pula Faye, peminat fashion dan juga makan!
Lily - Hari ini kita ada tetamu yang rasanya, takdelah istimewa sebab tetamu kita bukan BBB-CHAN! Bila boleh nak jemput dia?
Faye - Boleh aje nak jemput Boboiboy tapi takut Lily hilang fokus pula
Bella - Hehehe.. maaf yea Lily
Lily - Nak sedihlah macam ni tapi tak boleh nak sedih lagi sebab kita nak kenalkan tetamu kita pada hari ini iaitu GOPAL!
Faye - YEAH! My food partner! Selamat datang ke rancangan Trio Huru-Hara
Gopal - Terima kasih sebab sudi jemput aku ke sini. Aku dengar hari ini topik dia pasal makanan
Bella - Betul tu! Lagipun topik ni sesuai untuk kau sebab kau kan jenis kuat makan
Gopal - Hahaha... aku memang kuat makan tapi jangan pandang rendah dengan aku. Walaupun aku kuat makan tapi badan aku sihat dan kuat. Idola aku sudah tentu ejen Bakar. Dia pun badan macam aku juga. Aku sangat kagum dengan dia
Faye - Bagus bagus.. jadi ejen Bakar ada ajar Gopal cara berlawan ke?
Gopal - Errr.. dia ajar pasal makanan sahaja.. hehehe
Bella - Lerrr.. ingatkan ajar tumbuk orang atau tendang orang. Rupanya lain
Lily - Apa boleh buat. Dua-dua pun suka makan. Jadi Gopal, suka makan apa?
Gopal - Aku suka makan kari ikan, kari ayam, kari daging, kari udang, kari ketam dan macam-macam jenis kari! terutama sekali masakan amma aku! Dia masak kari, memang sangat sedap. Sampai tekak aku sekarang ni boleh rasa macam mana kari dia. Adeh, laparlah pulak
Faye - Aku nak join makan kari mak kau masak boleh?
Gopal - Dey! Mestilah boleh. Aku jemput korang bertiga ke rumah aku. Amma aku mesti suka tengok kawan-kawan aku datang
Lily - Psttt.. jangan lupa ajak BBB-CHAN sekali
Gopal - No problem! Aku akan ajak Boboiboy sekali
Bella - Si landak goreng tu tak perlu ajak
Fang - APA KAU CAKAP?
Bella - Lupa pulak si kentang ni ada dekat sini. Tiba-tiba pula terbayangkan landak goreng tepung.. hehehehe
Lily - Landak goreng tepung?! Macam tak sedap aje.. lagi sedap kalau makan pisang goreng! Nyum nyum
Gopal - Adeh.. terliur pula pisang goreng dengan ice cream. Sungguh menyelerakan!
Faye - Ada satu kedai dekat bandar, dia jual pisang goreng dengan ice cream, PALING SEDAP! Lepas tu, dia letak chocolate syrup dekat atas ice cream tu. Dia ada bubuh buah blueberry, cherry, mango dan juga lychee!
Lily - Errr.. Faye.. Gopal dah lari keluar pula
Bella - Haih, tak sabar nak pergi makanlah tu. Kau ni Faye, pergi buat dia terliur
Faye - Hehehe... maaf tapi topik kita hari ini memang pasal makanan pun kan! Lepas ni kita pergi makan dekat kedai tu nak tak? Aku belanja!
Gopal - AKU OK AJE!
Bella - Aik, datang balik
Gopal - Dah kata Faye nak belanja, aku datanglah balik.. hehehehe
Lily - Hehehe.. Gopal ni lawaklah. Dekat Pulau Rintis ni, ada satu kedai makan kegemaran abang Kaizo dan kak Lynna
Gopal - AKU TAHU! Kedai pancake yang dekat tepi pantai tu. Aku selalu nampak dia orang breakfast dekat situ. Nak kacau tapi tahu-tahulah abang Kaizo, suka menghukum orang tak tentu pasal
Bella - Aww.. sweetnya dia orang berdua. Ada tempat wajib berdating di pagi hari
Lily - Bila lah BBB-CHAN nak ajak Lily pergi berdating..
Faye - Jangan risaulah Lily. Kau dating dengan kita orang. LEPAS NI KITA MAKAN PISANG GORENG!
Gopal - YEAH! Lepas tu kita makan cendol dekat satu gerai ni. Cendol dia memang betul marvelous! Tak sabarnya aku nak makan!
Faye - Aku pun tak sabar juga ni. Kaki aku dah gatal nak lari dari sini
Bella - Korang berdua ni, memang lawak. Kalau macam tu, kita akhiri episode kali ini di sini sahaja
Gopal - Aik, takde soalan untu aku ke? Aku tak sepopular macam Rizu?! atau Boboiboy?! TIDAKKKKKKKK!
Lily - Maaf Gopal, nampaknya Gopal tidak begitu popular kerana tiada siapa nak berikan soalan.. hehehe
Fang - HAHAHAHAHAHA! Ternyata aku lebih popular dari si Gopal tu!
Bella - Abaikan si landak goreng tu. Baiklah semua, kita akan berjumpa lagi di episode seterusnya. Saya Bella
Lily - Saya Lily
Faye - Dan saya Faye! Jumpa lagi semua!
Lily - Tetamu kita untuk episode seterusnya adalah PICU!
Bella - Lily.. Picu mana boleh bercakap
Lily - Oh yea.. hehehee.. baiklah, kita akan jemput COMOT pula! YEAHHH!
Bella dan Faye, tepuk dahi mereka
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro