Lynna
Bella - Hello semua! Selamat kembali ke rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Bella, gadis super awesome!
Faye - Saya Faye, gadis super stylist
Lily - Dan saya pula LILY! Gadis paling comel dihati BBB-CHAN.. hehehe
Fang - Paling annoying adalah
Bella - Pertama sekali, kami di sini ingin minta maaf sebab lambat sangat nak update. Bukannya apa, tetamu kita ni.. susah sangat nak cari
Lily - Sebab kapten itik hot suka sangat bawa dia lari daripada kami bertiga
Faye - Tetapi akhirnya! KITA BERJAYA DAPATKAN KAK LYNNA!
Bella - Dengan bantuan daripada landak potato.. terima kasih Fang!
Fang - Hmm... sama-sama. Jangan lupa sedozen donut lobak merah
Lily - Jangan risau, LILY AKAN BUAT-BUAT LUPA!
Fang - Ada juga nak kena belasah ni
Bella - Selamat datang ke rancangan TRIO HURU-HURA, kak Lynna. Terima kasih kerana sudi datang ke sini tanpa gangguan daripada kapten Kaizo
Lynna - Hehehe.. sama-sama. Maaflah sebab Kaizo suka sangat halang akak ke sini. Entah kenapa dengan dia tu
Lily - Hmmm.. dia cemburu kot
Faye - Dia cemburu? Kenapa dia perlu cemburu?
Lily - Sebab takut ramai jejaka yang lebih tampan akan menonton rancangan ini, dan mereka akan jatuh hati dekat kak Lynna! Hehehehe... nanti dia orang nak berkenalan dengan kak Lynna
Lynna - Berani ke dia orang nak berkenalan dengan akak? Yelah, Kaizo tu kan garang orangnya. Garang macam harimau. Sampai adik dia pun takut
Fang - Siapa cakap adik takut? Adik mana pernah takut dengan si sengal tu
Lily - Wuuuuuuu... landak panggil abang sendiri, sengal. Tahukah landak, bahawa kapten itik hot akan menonton episode ini
Fang - Biarlah dia tengok episode ni... dia pun tahu, aku selalu panggil dia sengal
Bella - Hmm.. patutlah selalu kena hukuman latihan tempur
Faye - Kak Lynna selalu pening kepala tak tengok dia orang bergaduh, boleh dikatakan hampir setiap hari. Yelah, Faye sendiri tinggal dekat rumah tu, boleh pening kepala ni
Lynna - Peninglah juga. Akak cuba nak leraikan dia orang tapi lepas tu, masing-masing bermasam muka.. tapi kan.. dia orang kalau tak bergaduh, mesti sweet aje adik beradik ni.. hehehe
Faye - Betul tu kak Lynna! Sweet sangat sampai saya pun teruja tengok dia orang
Bella - Bila bergaduh, bergaduh sampai berperang lagi. Bila berbaik, memang terlampau manis sangat.. hahahahahaha! Fang, kau takde benda nak cakap ke?
Fang - Takde sebab apa yang korang cakap tu, memang betul lah
Lily - Bagus landak bagus.. kak Lynna, kami ada soalan untuk kak Lynna tapi soalan ini datang dari para penonton kami! Soalan ini datang dari princess kim hyuri. Soalan dia, apakah yang menariknya tentang kapten itik hot dimata kak Lynna sendiri.. wuuuuu.. soalan best ni
Lynna - Hehehe.. sebab dia baik
Bella - Tak kan itu aje, kak Lynna. Mesti ada lagi kan kan kan
Lynna - Ada.. antaranya, akak dapat berkongsi dunia akak dengan dia. Pertama kali dia tegur akak dekat kedai Tok Aba, akak rasa kelakar. Hati akak tergelak tapi akak tenang, dan dengar setiap ceritanya. Masa tu, rasa seronok dapat berkenalan dengan dia. Makin lama, makin rasa suka pula dengan Kaizo. Paling best sekali, akak dapat pergi mengembara dengan dia. Kita sama-sama berjuang seperti satu pasukan. Dia pula, jenis tak pernah patah semangat dan sentiasa naikkan semangat akak. Mungkin orang lain tak nampak, tapi ada kalanya, dia nampak comel dihati akak
Lily - Wuuuuu.. kapten Kaizo comel dimata kak Lynna
Fang - Abang comel? MIAHAHAHAHAHAHA!
Faye - Aloloo... sweetnya
Lily - Kita ada lagi soalan dari princess ni, soalan yang seterusnya dari dia.. apakah warna kegemaran kak Lynna? Kak Lynna ada berapa adik-beradik? dan kuasa apa paling best yang akak miliki dan soalan yang terakhir dari dia, siapa lagi popular, landak atau BBB-CHAN? Mestilah BBB-CHAN PALING POPULAR!
Lynna - Warna kegemaran akak mestilah purple dan biru!
Bella - Hehehe.. patutlah kak Lynna ada hati dekat abang Kaizo dan juga landak potato. Sebab si Fang warna ungu, abang Kaizo pula, biru
Lynna - Err... itu kebetulan aje kot.. hehehe... akak ada 4 adik beradik, seorang kakak dan dua adik. Kuasa yang paling best akak miliki adalah kuasa terbang sebab akak boleh terbang ke mana-mana sahaja
Faye - Tapi kuasa teleportasi akak pun best juga
Lynna - best memang best tapi kalau terbang, kita akan rasa bebas
Fang - Betul tu! Bila adik guna helang bayang.. memang seronok terbang dekat langit
Bella - Eh eh.. tiba-tiba dia menyibuk pula
Fang - Suka hati aku lerr
Lily - Soalan terakhir tadi, siapa lagi popular? Mesti BBB-CHAN KAN KAN KAN
Lynna - Bagi akak, dua-dua popular
Lily - Alaa.. tapi bolehlah jawapan tu. Baiklah, soalan yang seterusnya dari syikin 2984! ni nombor rahsia ke? hehehehe... soalan dia, haiwan apa kak Lynna paling tak suka? Kalau itik jawapan dia, mesti hati kapten itik hot akan hancur berderai! Hehehehe
Lynna - Takdelah, akak suka itik.. tapi haiwan yang paling suka ialah kucing dan haiwan akak tak suka... ialah... cicak.. hehehe..
Bella - Bella pun takut dengan cicak tapi dengan lipas, saya ok aje
Faye - Saya dua-dua tak suka.. lebih-lebih lagi bila lipas terbang
Lynna - Lipas akak ok aje... cuma cicak aje, akan buat akak lari
Lily - Saya pula takut dengan landak alien tu.. MIAHAHAHAHA! Tapi suka usik dia, nak bagi dia mengamuk.. miahahahaha!
Fang - Sabar ajelah
Lily - Ada lagi satu soalan dari syikin ni tapi ini adalah soalan terakhir! Siapakah orang yang kak Lynna betul-betul sayang
Fang - MESTILAH AKU!
Bella - Eh eh.. tiba-tiba pulak si pretty boy ni menyibuk pulak
Lynna - Apa salahnya kalau dia nak menyibuk.. hehehehe
Fang - Terima kasih kak Lynna! SAYANG KAK LYNNA!
Lynna - Sama-sama.. lagipun akak memang sayang Fang. Bukan setakat Fang aje, semua yang akak rapat, semuanya akak sayang macam korang semua
Lily - Tapi.. dengan kapten itik hot mesti sayang plus cinta kan kan kan
Lynna - Err.. hehehehe
Bella - So, abang Kaizo sudah ke ucapkan 3 perkataan itu kepada kak Lynna.. hehehe.. kami semua nak tahu ni
Faye - Semua tak sabar nak dengar ni
Lynna - Errr... ALAMAK! Akak kena pergi sekarang.. ada.. ada musuh datang menyerang
Lily - Lily tak dengar pun orang jahat datang menyerang. Kak Lynna nak mengelak yea
Bella - Ada apa-apa ke ni.. hehehe
Lynna - Mana ada apa-apa.. akak tak benda nak sembunyikan dari kamu semua
Faye - Boleh percaya ke ni?
Lynna - Yelah, akak bagitahulah.. dia belum ucapkan lagi 3 perkataan itu tapi akak percaya, suatu hari nanti dia akan ucapkan juga.. hehehehe.. akak tak kisah pun sebenarnya, asalkan akak tahu hati dan perasaan dia terhadap akak
Lily - Lembab betul lah kapten itik hot ni.. isk isk isk..
Bella - Takpelah, kita semua tunggu dan lihat sahaja nanti. Baiklah semua, sampai di sini sahaja episode kali ini. Oh yea, selepas ini tiada episode baru sebab kami semua ada hal masing-masing yang tak dapat dielakkan. Nanti kami akan kembali lagi dengan tetamu-tetamu yang baru ataupun lama. Terima kasih semua kerana sudi menonton rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Bella, gadis paling awesome!
Faye - Saya Faye, gadis paling stylish!
Lily - DAN SAYA LILY! GADIS PALING COMEL!
Fang - Dan saya pula, Fang.. jejaka paling popular, hebat dan bergaya
Bella, Faye & Lily - PERASAN!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro