Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: Special Episode :::


-Boyfriend // To my best friend

-----

"Aigoo.. Chamna!"

Mereka semua duduk berbaris menghadap Cheonsa Hong. Masakan tidak? Habis mereka bermain kejar-kejar di Zion. Hitam habis cyborg-cyborg Cheonsa Hong yang lain.

"Mianhae.. Hong-yah.."

"Mwosun Hong-yah? Hwak.. Jinjja!"

Wonwoo menunduk. Seram juga bila si Hong ni mengamuk. Terbalik satu Zion di buatnya. Yang lain membatu. Pandai mula, pandai selesaikanlah. Augh.. Jinjja..

"Tapi Hong, ada orang ceroboh Zion ke?"

Tak semena soalan yang keluar dari mulut Wonwoo membuatkan keadaan kembali seperti asal. Betul juga, asalnya dia datang untuk bertanyakan mengenai hal ini.

"Kejap, aku pergi tengok data dekat Zion:B. Kau semua jangan bergerak seinci pun! Kalau tak..."

Mereka semua menunduk. Sejurus kelibat Hong lesap, Wonwoo mengetuk kepala mereka. Buat kerja gila betul!

"Kenapa tak balik Seonshin lagi? Kau orang tahukan tempat ni hanya untuk para Cheonsa? Larangan bagi manusia.."

Mereka mengangguk. Masuk akal ke mereka lepas masuk ke dalam tempat Sky-paradise sedangkan mereka manusia?

Kebiasaannya manusia akan di halau keluar pergi semula ke Seonshin iaitu tempat asal mereka.

Pelik benar, tiada sesiapa marah mereka ke sini. Hong, Cheonsa Yun, mereka pun melihat mereka seakan-akan mereka berempat itu Cheonsa.

"Tapi Wonwoo.. Kami nak bagitahu sesuatu.."

"Apa dia?"

Mingyu yang ingin menyatakan segalanya terhenti dek jeritan kuat milik Cheonsa Hong di belakang sana.

"Ada penceroboh!"

Segera mereka berlima berlari dan diketuai oleh Wonwoo. Memandangkan dia Cheonsa, dia tahu segala selok-belok di dalam Sky-paradise ini.

"Eodi? eodi?"

Wonwoo bertanya cemas. Dia dapat melihat satu makhluk yang pelik sedang memakan wayar-wayar yang ada di pusat kawalan Zion:B .

"Neon.. Nugu?"

Soalan Wonwoo membuatkan makhluk itu mengangkat mukanya. Makhkuk itu tersengih. Menyeramkan sebenarnya.

Half panda - half cyborg.

Mereka yang lain sudah mengalihkan pandangan ke tempat yang lain. Mahluk ini betul menakutkan dalam cara yang tersendiri.

"Piego?"

Soalan Wonwoo kepada makhluk itu membuatkan semua bertumpu ke arahnya. Jamkanman.. Wonwoo, dia kenal akan makhluk ini?

"Wonwoo-gie!"

Makhluk itu berjalan perlahan dan memeluk Wonwoo. Tidak tahu bagaimana dia ingin menggambarkan perasaannya ketika ini.

Piego kembali!

-----

"Macam mana kau boleh sampai sini?"

Piego tersengih. Mereka yang lain menantikan jawapan makhluk yang di panggil Piego ini.

"Molla Wonwoo-gie."

Jihoon mengeluh kuat. Sebenarnya, siapa Piego ini? Siapa makhluk separuh panda separuh cyborg ini? Isanghae..

"Piego-yah, boleh Piego terangkan Piego ni siapa?"

Soalan Chan membuatkan Piego tersengih makin lebar. Dia datang dengan satu perintah. Untuk membetulkan segalanya pada keadaan asal.

"Wonwoo-gie chingu."

Wonwoo memeluk bahu Piego. Eum, chingu majeo. Piego adalah patung pandanya semasa dia masih kecil. Dia terlalu sayang akan Piego.

Sampailah satu hari Piego rosak dan eomma Wonwoo membuang Piego. Piego terpahat elok pada ingatan Wonwoo. Selamanya, Piego akan menjadi rakannya.

"Piego-yah, waeyo? Aku tahu kau hanya akan muncul bila ada benda yang tak kena. Malhae.."

Piego bermain jari-jemarinya. Semuanya makin pelik. Semuanya makin tak kena. Piego tak pernah keluar daripada ingatannya dan membentuk tubuh sempurna.

"Daa.. Kotjimal."

Mereka semua terpaku. Bagaikan ada yang menyekat nafas mereka. Masih-masing kelu. Igeon mwoya...

"Kau cakap apa ni Piego?"

Wonwoo cuba menafikan perkataan yang keluar dari mulut Piego. Masakan ini semua tipu? Dia sudah mati dua kali! Dua kali! Takkanlah ini semua khayalan.

"Kau percaya semua ni Wonwoo-gie? Kau sendiri tahu aku takkan pernah muncul dalam dunia nyata. Aku tak berbentuk dalam sesuatu yang sempurna.

Dan kau percaya kau Cheonsa? Wonwoo-gie, Cheonsa dan manusia itu berbeza hakikatnya. Masakan kau berupa cheonsa?"

Mereka semua kaku. Apa ni? Takkanlah ini pun tipu?

"Piego, kau cakap apa ni?! Janganlah cakap mengarut! Tolonglah!"

Wonwoo membentak marah. Yang lain membatu. Hanya Wonwoo yang tidak tahu. Hakikat itu, hanya dia yang hilang dalam dirinya.

"Hahaha. Mereka mati? Bila? Kau bunuh? Ini cuma mainan fikiran kau Wonwoo! Mereka tak pernah mati Wonwoo! Bangun dan cari jalan pulang!"

"Shikkeureo, Piego!"

"Aku datang untuk membetulkan segalanya. Kau dah tidur terlalu lama Wonwoo! Bangun dan berdepan dengan dunia! Ini cuma imaginasi kau Wonwoo."

"Diam! Aku tak nak dengar!"

Wonwoo menekup telinganya. Dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata gila Piego. Piego tak wujud!

"Ireona! Jeon Wonwoo!"

Dunia yang Wonwoo duduki pecah menjadi kepingan-kepingan kaca yang berderai. Wonwoo melihat dengan air mata. Apa semua ni?

Bukan sahaja dunianya di Sky-paradise, 'imaginasinya' dari saat Jihoon cuba bunuh diri di tingkat 17 bangunan itu hingga dia memasuki tubuh Soonyoung dan bunuh mereka.

Itu cumalah memori palsu.

"Mwoya.. Apa semua ni.."

Satu demi satu kepingan imaginasinya yang dia cipta berderai satu persatu. Dia sendiri terkedu bahawa selama ini segala memori hitam, kelam dan membunuh itu hanyalah imaginasi yang dia sendiri cipta.

"Gila.."

Satu demi satu berderai dan jatuh ke tanah. Semua imaginasinya berputar elok di dalam mindanya. Memori seakan bergerak ke belakang.

Perangkap imaginasi.

Dia melihat segalanya. Rupanya dia yang mencipta imaginasi gila itu. Dia terperangkap. Dia lemas. Dalam dunia yang dia reka.

"Micheosseo.."

Air matanya perlahan jatuh berderaian. Dia baru tersedar dalam dunia yang dia cipta. Dia hanyalah mencipta memori yang tak pernah wujud.

Dia sunyi, dia terperangkap dalam dunia yang dia tak boleh lepasi. Sekarang anda faham? Kenapa memori dia gila?

Memori gila itu tak pernah wujud. Malah, itu cumalah rekaan. Manakan Wonwoo sanggup membunuh? Manakan wujud orang menjadi cheonsa? Manakan wujud pertukaran tubuh?

Kita bercerita tentang kisah hidup, bukan drama. Drama? Itu adalah perkara yang diidam. Kisah hidup? Haha, rekaan. Rekaan yang membunuh.

Wonwoo kembali ke titik memorinya. Pasti anda semua tertanya. Apa sebenar-benarnya yang terjadi? Apa yang membuatkan si Wonwoo mencipta dunia yang tak masuk akal?

Titik di mana dia mula mencipta kisah mengarut yang tak masuk dek akal. Titik di mana dia mencipta perjalanan hidup bagi Jihoon, Mingyu, Chan dan Jungin. Titik di mana dia mengolah semula hidupnya.

"Memori tu.."

Wonwoo tersengih. Dia tersenyum. Air mula bertakung di bibir matanya. Dia mengaku, dia tipu. Dia cuma tak ingin bangun dari dunia ciptaannya. Lebih selesa hidup di dalam mindanya.

"Pengakhiran? Episod akhir? Kelakar. Aku rasa inilah pengakhiran sebenar. Di mana aku bangun dari tidur aku."

Bibirnya diketap kuat. Tangannya digenggam sekuat mungkin. Cuba menerima fakta.

"Dah dua tahun aku hidup dalam imaginasi aku. Kenapa aku perlu bangun sekarang? Saat aku kecap bahagia dalam dunia imaginasi aku?"

Satu demi satu mula terpadam. Kisahnya yang tipu. Haha. Kenapa dia mulakan semuanya jika dia tahu akhirnya dia akan sakit sendiri?

"Reset dalam kepala kau, semua yang kau ciptakan selama ni cuma tipu. Chan? Jujurlah, kau tak pernah punyai dongsaeng. Mingyu?

Dia cumalah rakan sekelas kau yang mengharapkan kau untuk mati. Jihoon? Dia cumalah manusia yang tolak kau jatuh dari bangunan.

Jungin? Dia hanyalah gadis yang melengkapkan dunia ciptaan kau. Eomma? Appa? Kau tak pernah kenal mereka.

Seungkwan? Seunghwa? Mereka cumalah salah satu dari memori palsu kau. Kau tak pernah kenal mereka. Mereka cumalah palsu.

Hidup kau? Kau cuma seorang anak yatim yang berduit banyak. Sejak bila kau lahir dalam keluarga miskin?

Dan nyatanya? Kau terbaring dekat katil tu untuk dua tahun. Dengan jururawat persendirian yang diuruskan oleh saudara kau.

Sedih? Aku rela mati dua kali dalam dunia imaginasi aku berbanding hidup selamanya dalam dunia nyata aku."

Wonwoo tersenyum dan jatuh terduduk. Nafas dihela dalam. Ah, sampai bila-bila dia rela hidup dalam dunia rekaan yang bunuh dia beratus kali berbanding hidup yang sendiri.

"Wonwoo-yah.."

Mingyu, Jihoon, Chan dan Jungin datang buat kali terakhir. Dunia imaginasi Wonwoo makin goyah. Ini pengakhiran bagi imaginasi Wonwoo.

"Yeldera.."

Pantas Wonwoo memeluk mereka. Mereka berlinang air mata.

"Tuan, jaga diri baik-baik. Kami dapat berkhidmat untuk tuan sehingga di sini sahaja. Tuan, jaga diri."

Chan mula bertukar kepada butiran pasir. Begitu juga dengan Jihoon, Mingyu dan Jungin.

"Andwae.. Yeldera.. Andwae.."

Wonwoo menggenggam tangan Jihoon kuat sebelum dia berterbangan di bawa angin. Wonwoo membaca mulut Jihoon.

"Gumawoyo.."

Wonwoo melihat mereka tersenyum dan pergi. Butiran pasir berterbangan meninggalkan dia sendiri.

"Ah wae?! Kenapa dalam dunia ni aku? Kenapa aku ?! Wae?!"

Wonwoo membenamkan mukanya pada tangannya. Hidup dalam penipuan dan akhirnya dia sendiri percaya akan pembohongan itu.

"Keurae.. Sara.. Keurae.. Aku bangun. Itu apa yang tubuh ni nak kan? Aku bangun. Tapi tengok, apa akan jadi."

Wonwoo bangun dan bergerak ke arah satu pintu di mana dia akan kembali hidup dan teruskan dunianya yang realiti.

"Nak aku bangun? Keurae! Aku bangun!"

--

Tubuh yang kaku selama dua tahun itu mula bergerak. Jururawat yang menjaganya itu terkejut dengan keadaan itu.

Wonwoo cuba membuka matanya perlahan tapi silau cahaya membuatkan dia mengundur setapak langkahnya untuk kembali hidup di dalam badan kakunya.

Dia cuba dan dia dapat lihat jururawat, para doktor serta tukang cuci berkerumun di katilnya.

"Aigoo.. Uri saekki.."

Seorang lelaki tua yang berupa Mingyu serta seorang perempuan tua berupa Jungin mengusap-usap tangannya. Menangis mereka berdua.

Doktor yang berupa Jihoon mencatat bacaan nadinya serta memeriksa keadaan Wonwoo.

Jururawat yang menjaganya selama dua tahun ini serupa dengan Chan. Perlahan dia tersenyum.

"Wonwoo-sshi, boleh awak dengar saya? Wonwoo-sshi?"

Wonwoo mengangguk perlahan.

"Baguslah. Eomonim, abeonim, dia dah sedar. Keadaan dia normal. Chukahae, penantian abeonim dengan eomonim dua tahun ni tak sia-sia."

"Kamsahabnida."

Satu tundukkan 90 darjah di berikan kepada doktor itu.

"Aniya, anak angkat abeonim dengan eomonim punya semangat yang kuat. Saya pergi dulu ya?"

"Doktor Jihoon, Gumawoyo. Chan-nie, gumawo sebab jagakan Wonwoo."

Jururawat yang bernama Chan itu tersenyum.

Wonwoo tersenyum perlahan. Aturan takdir itu ajaib. Tak pernah dia sangka hidup dia berbeza di dunia realiti. Dua tahun membuatkan segalanya berbeza.

"Aku akan bahagia bukan?"

Gumawo.
-----

"Piego-yah!"

Mereka berempat tidak hilang ke mana. Cuma berselindung dari Wonwoo, itu sahaja.

"Macam mana kau tahu hidup Wonwoo berubah?"

Soal Mingyu naif.

"Adalah. Aku takkan benarkan tuan aku hidup dalam dunia yang seksa lagi. Arrachi?"

Berterima kasihlah kepada Piego. Wonwoo akan menempuhi hari-hari yang sangat indah.

"ASSEO!"

Jihoon berkata kuat. Dia menang! Mereka berlima bermain Go-stop.

"Yah! Tak adil!"

"Adil lah! Turn aku!"

"Yah!.. Neo nawa!.."

"YAH!"

Mereka berlima mrmpunyai kehidupan sendiri di dunia imaginasi Wonwoo. Wonwoo pula mempunyai kehidupan yang lebih baik di dunia realiti.

T A M A T

--

"Cut!"

"Kerja yang bagus semua!"

Nayeul-PD bangun dari tempat duduknya dan mengucapkan tahniah kepada para pelakonya.

"Gumawo atas kerja keras kamu semua! Malam ni kita ada party para staff! Kogi!"

Para staff sudah bersorak gembira. Drama yang mengambil masa 7 bulan ini akhirnya menemui penghujungnya.

"Sajin Time!"

Jung PD memanggil pada staff bagi sesi bergambar.

"Hana, Dull, Set, Manse!"

Gambar bersama para staff di bingkaikan elok.

"Lagi sekali, hana, dull, set, cheeze!"

Mereka bergelak ketawa. Habislah sudah pengambaran mereka bagi special episode drama bersiri 'Treasure'.

--

"Yeoreobun! Kamsahabnida!" Mereka berlima menunduk hormat.

"Terima kasih atas segala sokongan dan galakan para penonton sehingga drama 'Treasure' ini sampai ke penghujung. Jinjja kamsahabnida, yerobun!"

Jihoon tersenyum manis.

"Apeureodo, yeolshimi halkeyo. Mani saranghae juseyo!"

Wonwoo melambai gembira.

"Treasure! Di mana harta yang paling berharga ditemui! Kamsahabnida!" Mereka berkata serentak.

"Saranghae-yong." Mingyu membuat bentuk love pada jarinya.

"Jalanlah, hyung.. Aich.." Chan memukul lengan Mingyu.

"Appeo!" mereka ketawa.

Kamsababnida.
---
[Author]

Akhirnya, Treasure betul-betul sampai ke penghujung. Gumawoyo atas segala sokongan yang diberikan.

Kamsahabnida.

Mani saranghae juseyongg xD.

Treasure? Kisah, cerita, memori, persahabatan, kepercayaan dan usaha itu sendiri harta. Harta yang paling bermakna. Jangan putus asa dan hidup dengan baik!

Arrasseo? Authornim pergi dulu.

Annyeong!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro