S2 ::: Prologue :::
Jururawat dan para doktor berlari dengan cemas ke arah bilik persendirian bernombor 17. Vital drop. Kali yang 3 untuk hari ini. Para doktor dan doktor pelatih berhempas pulas mengembalikan nadi yang terhenti untuk sesaat tadi.
Bag of luck, Jeon Wonwoo.
Dia mati hidup semula untuk kali yang ketiga. Hasil daripada hentakan kepala yang kuat, pendarahan pada sel otak menyebabkan gumpalan yang menyekat laluan darah ke otak.
Tapi, ketulan darah beku itu dapat dibuang sepenuhnya dua tahun lepas. Ada sebab lain yang membuatkan Wonwoo kembali tidur selepas sedar sepenuhnya.
Saat-saat kritikal, seorang manusia bersandar dengan hati yang penuh dendam. Mengapa perlu dibantu manusia pembunuh itu?
Selayaknya, dia mati.
Jeon Wonwoo menarik nafas sedalam-dalamnya. Dua tangan mencengkam kolar baju hospitalnya. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu tetapi suaranya seakan tidak dapat menembusi kerongkong.
Wonwoo cuba mencapai dua tangan yang beralih ke arah tengkuknya. Nekad untuk menamatkan riwayat si tak guna, Jeon Wonwoo. Kenapa dia masih lagi hidup? Sedangkan dia pembunuh? Pembunuh layak untuk mati.
Rontaan demi rontaan seakan halwa telinga buat yang menyimpan dendam. Selagi hutang belum terlangsai, dia akan tuntut. Sama seperti mimpinya, tetapi hutang yang berbeza.
Muka Wonwoo mula bertukar kebiruan. Mungkin sudah tiba masa yang sebenar untuk dia pergi selamanya. Biar dia mati dalam keadan yang hina. Jika itu yang 'dia' mahu.
Lee Jihoon menekan kerongkong yang menjadi salur pernafasan Wonwoo sekuat mungkin. Biar dia mati. Biar! Manusia jijik seperti Wonwoo harus mati. Pembunuh tu kena mati.
Melihat sahaja wajah jijik Wonwoo mampu membuatkan Jihoon naik angin dan membunuh siapa sahaja. Manusia yang telah menghancurkan kebahagiaan dia, sepenuhnya.
Tangan di angkat seketika. Membiarkan Wonwoo bernafas. Takkan semudah itu aku tamatkan riwayat dia? Takkan. Dia perlu mati dengan keadaan paling menyeksakan. Dia seksa aku dulu.
Larutan maut yang disediakan dikeluarkan. Dengan hanya 10ml, badan Wonwoo akan terhakis sedikit demi sedikit. Seakan ada haiwan meratah setiap tulang-belulang dan sakit itu kekal sehingga Wonwoo mati.
Satu tangan menghalang Jihoon daripada berbuat demikian. Dia menggeleng kepala merasakan idea gila Jihoon hanya akan membawa mereka berdua ke neraka jika mereka dihidupkan semula.
Kim Mingyu cuba untuk menahan Jihoon daripada cubaan membunuh kali ke 2. Dia tahu benar dengan perasaan Jihoon kehilangan manusia yang dia sayang hanya kerana ego Wonwoo.
Dia faham tetapi bagi dia membunuh bukanlah jalan yang tepat. Jihoon menepis tangan Mingyu. Jihoon nampak nekad.
Hanya satu yang Jihoon mahu. Mayat Wonwoo, disimbah asid, dan dijatuhkan daripada bangunan 17 tingkat berkali-kali. Hanya itu yang dia mahu. Biar kelihatan seperti psychopath, dia tidak kisah. Dia boleh jadi lebih gila sekiranya dia melihat Wonwoo hidup gembira.
"Biar benda ni hakis urat saraf kau. Aku nak kau merana, macam apa yang aku rasa ", Jihoon menitiskan air mata kemarahan. Tiada siapa tahu apa yang dia alami. Dia hampir gila.
"B- ...", Wonwoo cuba untuk berkata tetapi dia seakan tidak didengari. Jihoon merapatkan telinga pada mulut Wonwoo. Mungkin kata-kata terakhir sebelum mati?
"Bunuh.. aku. Macam- .. Ugh.. apa yang kau.. nak", Wonwoo menutup matanya. Aku tahu satu hari, hari ini akan datang. Bila rahsia sebenar didedahkan.
Yang bersalah itu aku dan itu apa yang kauorang semua tak tahu dan ini apa yang aku sorok daripada semua orang. Masanya sudah tiba. Bila hutang nyawa dibalas nyawa.
"Kau memang tak guna!"
--
Casting
Lead actor :
Jeon Wonwoo as Wonwoo
Lee Jihoon as Jihoon
Kim Mingyu as Mingyu
Lee Chan as Lee Chan
Chwe Hansol Vernon as Choi Hansol
Sofia Choi as Choi Hangyeol
Watak-watak baharu akan muncul seiringan dengan perjalanan cerita.
--
Jae,
I hope you enjoy this prologue! Wait for Treasure! No one can stop you from what you want!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro