Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: Prologue :::


JEON WONWOO menapak naik aras paling atas bangunan 17 tingkat itu. Bagaikan sedang berjalan tanpa roh. Begitulah keadaan Jeon Wonwoo.

Dia mengambil tempat untuk duduk di sudut yang terlindung. Dia melihat sekitarnya buat kali yang terakhir. Kali ini pasti akan berjaya. Dia pasti.

KIM MINGYU berlari tanpa arah tuju. Hanya seorang manusia sahaja yang berada di fikirannya. Jeon Wonwoo. Dia harus menghalang Wonwoo.

Telefon bimbit masih setia mendail nombor yang sama. Nombor telefon Wonwoo. Berulang kali dia memanggil tapi tiada yang menyahut.

"Nae?"

Panggilannya bersahut. Tetapi bukan manusia yang dicarinya. Mingyu berfikir seboleh mungkin, sudah merata dia mencari. Langsung! Tiada bayang di mana Wonwoo.Bangunan 17 tingkat di hadapannya membuatkan dia tersentak.

" Bangunan ni!!"

Mingyu berlari sepantas mungkin. Menuju ke aras paling atas. Pasti!! Pasti Wonwoo berada di sana! Wonwoo perlu berada di sana.

JEON CHAN mula menitikkan air matanya. Lagi sekali? Dia hanya mampu menarik nafas dalam. Pasti satu-satunya abangnya membuat masalah lagi.

Hanya dia yang tahu. Masalah yang paling besar. Chan menuju ke tandas. Dia merendam mukanya ke dalam sebesin air dan menjerit sekuat hati.

Geram dan marah. Tapi hanya itu yang dia mampu lakukan. Dia masih budak. Dia tidak berdaya. Mukanya ditarik keluar dari besin. Manik jernih setia membasahi pipi mulusnya. Semua ini tak akan pernah berhenti.

Mingyu berlari sepantas mungkin. Satu saat boleh menentukan segalanya. Dia terlalu kenal akan Wonwoo. Terlampau kenal. Tekadnya yang tinggi. Jika dia kata ya, dia akan lakukan.

"Jalgara.. Gumapta.. Keurikeo mianhae..."

Mata Mingyu terbuntang luas. Dia berlari sepantas mungkin.

"JEON WONWOO!!!!!"

_ _ _ _ _

::: Barisan pelakon :::

Jeon Wonwoo (Seventeen) as Jeon Wonwoo

Kim Mingyu (Seventeen) as Kim Mingyu

Lee Chan/Dino (Seventeen) as Jeon Chan

Hwa Jungin as Hwa Jungin/You

_ _ _ _ _

::: Special Mention :::

@yumee-
@_stardust88
@scoupssya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro