::: 9 :::
Mereka berdua tiba di sekolah. Lupa hari ini mereka akan mengadakan acara tahunan.
Pesta Gohee.
Pesta yang dianggap paling pelik dalam sejarah sekolah. Mereka semua akan berkumpul di dataran pada awal pagi dan semuanya akan berlari di kawasan kejiranan.
Sama macam marathon. Bezanya, akan dipecahkan kepada beberapa sub-unit.
Dari junior, hingga ke senior.
Pelajar nakal di asingkan ke acara 'bertumbuk'. Bukan bertumbuk yang betul-betul bertumbuk. Tiada pergaduhan pun.
Mereka akan berlawan dari segi fizikal, sumo. Dari segi kekuatan, gusti lengan dan kaki. Pertandingan headlock dan acara paling penting bagi mereka,
Titi perang.
Mereka perlu berdiri di atas tiang yang di jatuhkan ke tanah. Dilapit dengan tilam pelajar judo. Maka, bergusti lah mereka.
Siapa yang jatuh dahulu, kalah.
Kumpulan gengster dikumpulkan bersama. Senang bagi guru-guru mengawasi mereka memandangkan tiada yang akan ponteng mahupun balik semula ke rumah.
Mereka pasti akan berlawan mati-matian. Demi menjaga nama baik kumpulan mereka.
Orang luar memandang rendah terhadap pesta gohee. Katanya membuang masa pelajar pintar dengan mengorbankan sehari untuk perkara bodoh.
Sebenarnya tidak.
Pesta ini memberi ruang kepada pelajar yang kurang dari segi pembelajaran untuk bergembira di sekolah. Siapa sahaja yang suka sekolah?
Tapi dengan adanya pesta ini, pelajar bermasalah turut hadir. Dan mereka perlahan-lahan bertukar suka untuk ke sekolah.
Bagus bukan?
Mereka bersedia untuk memulakan larian dan pada masa yang sama, Wonwoo dan Jungin tiba betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.
Sambil berpegangan tangan.
"OHOOOOO! JEON WONWOO!"
"IGEON MWOYAAAAAAA?"
"MWOSUN SAI???"
"HUBUNGAN APAKAH INI?"
"YEOJA CHINGU?"
"KISSEU HAE! KISSEU HAE!"
Nasib malang sungguh si Wonwoo. Boleh pula rakan sekelasnya berada betul- betul di barisan paling hadapan.
Hendak berpatah balik sudah terlambat. Menyesal sungguh dia memegang tangan Jungin. Langsung terlupa tentang pesta gohee. Terlalu asyik berlari. Hanya perkataan 'sempat' sahaja yang berlegar di dalam kepala otaknya.
"Aniya. Aku anggap dia abang aku."
Jawapan dari Jungin mematahkan semangat mereka untuk menyakat Wonwoo.
"Aich- Jaemi eobseo. Kka, kka.."
Tangan Jaerim, rakan sekelas Wonwoo seperti menghalau Jungin. Jungin hanya ketawa. Dia masuk ke dalam kawasan sekolah. Macam mana dia boleh lepas pun tak tahu.
"Wonwoo, betul ke kau dengan dia tak ada apa-apa?"
Wonwoo memberi pandangan, 'Kau nak makan penumbuk ke kau nak makan kaki? Pilih." Jaerim hanya ketawa.
Siapa sahaja yang tidak tahu? Seumur hidup si Wonwoo ni tak pernah bercinta. Tapi, setakat ni belum ada perempuan yang berjaya memikat dia.
Walaupun secantik miss korea.
Mingyu yang berada di barisan yang agak jauh hanya terpana apabila melihat Jungin yang masuk ke dalam sekolah dengan muka yang memerah.
Di jengket kakinya. Ya, dia nampak Wonwoo. Muka Jungin merah sebab Wonwoo ke? Aich- takkanlah. Mungkin ke?
"SEDIA, MULA!"
Bunyi tembakan yang kuat menandakan larian sudah bermula. Bermaksud stesen permainan gila sudah tersedia.
Checkpoint 1.
"Cari guli antara bola."
Kan dah kata permainan ni gila. Nak main sangatkan? Main puas-puas. Guli sekecil alam disuruh cari di tempat bola-bola kecil untuk permainan kanak-kanak.
Sengsara. Mahu atau tidak, mereka tetap menyahut cabaran.
Tei menjadi pemain bagi kelas mereka. Mereka menang. Pantas sahaja mereka menuju ke perhentian seterusnya.
Checkpoint 2
"Mud, I love you"
Bunyi macam menjengkelkan dan menggelikan bukan?
Haha.
Sebenarnya guru-guru menggelar checkpoint neraka.
Pelajar perlu membina titi manusia dalam keadaan "planking" ataupun tekan tubi untuk membiarkan 3 orang dari kawan mereka berjalan di atas mereka dengan selamat. Tanpa jatuh.
Dan lantai permainan ini dipenuhi dengan lumpur. Bukan air lumpur cair, air lumpur pekat. Khas di datangkan dari wilayah lain. Hanya satu cubaan. Atau denda, minum air garam dicampurkan dengan cuka. Pasti nak muntah.
"Oh ... Oh!!!!!"
Ra ik yang menjadi pelari terjatuh ke dalam lumpur.
Mahu atau tidak, mereka perlu habiskan segelas air garam di campur cuka.
"Andwae..."
"Michingetda jinjja.."
"Huh... Neomu hae.."
Rungutan kedengaran. Walaupun hanya segelas. Perit. Betul ni, perit tekak nak habiskan.
"Jangan banyak bunyi. Selagi tak habiskan air ni, kamu takkan begerak ke stesen seterusnya."
Uri yang menjaga stesen 2 berkata tegas.
"Biar aku minum."
Wonwoo tampil ke hadapan. Kawan-kawannya yang lain sudah menjadi tikus. "Pewet" tak habis-habis.
"Mashi-eora! Jeon Wonwoo! Mashi-eora!"
Segelas air garam diteguk habis. Mukanya bertukar menjadi limau saat titisan terakhir duteguk. Fuh, neraka betul game ni!
Stesen 3
"Lost and Found"
Kebiasaannya stesen 3 merupakan stesen yang menggunakan akal.
Setiap kumpulan memilih dua helai kertas yang bergulung untuk memperoleh misi bagi permainan Lost and Found.
"Biru. Putih. Hitam. Gelap.
Bertukar seiring masa.
Terkadang melepaskan sedih.
Teka aku."
"Aku segalanya.
Jarang berpenghujung.
Kau manusia menciptakan aku.
Hitam.
Pandai mendongak ke langit.
Lupa menunduk ke tanah.
Itu kau.
Aku, selamanya menunduk ke tanah."
Mereka semua tertanya. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Mereka cuba meneka. Tapi soalannya agak rumit. Terlalu banyak benda berwarna biru. Begitu juga dengan hitam.
"Biru... Laut?"
"Aniya..... Mana boleh laut. Ni benda ke apa?"
"Biru.. Biru.. Air?"
"Mana pulak."
"Langit?"
Jawapan Mingyu mendapat sorakan hangat. Jawapan yang terlintas di minda setiap kali warna biru di jadikan petunjuk.
"Hitam?"
"Entah."
"Wayar?"
"Ey- Wayar ada penghujung."
"Benang?"
"Tak ada kena mengena."
"Dah tu apa?"
"Malam?"
"Tak jugak. Dia kata menunduk ke tanah. Bukan mendongak ke langit."
"Apa eh..."
"Aich-"
"Apa ni..."
"Soalan ni la.."
"Jalan."
Pandangan tertumpu ke arah Wonwoo. Sekali lagi Wonwoo menjadi penyelamat! Sila tukar nama anda kepada si genius Wonwoo.
Mereka ke arah kaunter stesen 3 untuk memberitahu jawapan.
"Ding Dong Deng"
Bagus!
Jawapan mereka tepat! Semua bergerak ke arah stesen seterusnya
Stesen 4
"Guling"
Ini merupakan stesen yang paling memeningkan diantara yang paling pening dan merupakan stesen yang sangat pening kerana memeningkan mereka yang pening. Ha! Pening tak? Hahaha.
Arahan: Berguling di sepanjang tilam dengan menggulingkan badan bersama dengan benang. Sekiranya benang terputus, ulang semula dari mula.
Mereka fikirkan ini merupakan stesen paling senang. Tak jugak.
Mereka perlu berguling beramai-ramai dan paling penting, di sesetengah tempat akan ada mereka yang menunggu. Pasti akan ada yang berlaku.
Dah agak.
Mereka disimbah dengan air, di baling dengan tepung, dan yang paling menyakitkan hati, kelopak bunga yang indah menghiasi wajah-wajah tampan lagi kacak mereka semua.
Tahniah.
Stesen terakhir.
Stesen 5
"Meogo"
Arahan : Ada letih? Anda penat? Kenyangkan perut anda. Pilih dengan tepat. Ingat. Pilih dengan tepat.
Mereka kini tiba di syurga. Konon. Mereka dibenarkan memilih makanan daripada menunyang disediakan.
Makanan-
1. Ramen.
10. Jajangmyeon.
21. Pizza.
34. Naengmyeon.
40. Hamburger
Air-
1. Mineral
12. soda
25. Milk
34. Vitagen
40. coke
"Hm.. Kami nak ramen dengan coke. Bagi.."
"Sila tunggu di meja makan."
Mereka agak pelik sebenarnya. Penjaga kaunter tidak bertanya jumlah yang mereka mahu.
Semangkuk ramen tiba.
Dan 2 kotak besar tiba.
"Tapi kami ada 12. Kami nak 12 mangkuk ramen."
Penjaga stesen hanya tersenyum. Mereka sangat lembap.
"Makanan yang kamu pilih berdasarkan nombor. Ramen, hanya semangkuk. Kalau kamu order hamburger, kamu akan dapat 40 hamburger.
Dan kamu pilih coke. Silalah menjadi selera dengan 40 tin air coke."
Penjaga kaunter beredar dengan senyuman. Mereka membuka kotak besar yang berada di hadapan mereka.
Ya, 40 tin air coke. Sekarang mereka faham apa maksud "Pilih dengan tepat."
"Oh ya! Kalau kamu nak turunkan jumlah, kamu boleh lakukan lompat bintang mencangkung 100 setiap seorang. Untuk kurangkan 20 tin coke."
Laju sahaja mereka pergi ke kawasan rumput dan bercangkung.
"Sedia?"
"Sedia! 1!"
"2!"
"3!"
Cara lompat bintang mencangkung ialah duduk bercangkung, lompat ke atas dengan gaya lompat bintang dan kembali bercangkung.
"98.."
"99.."
"100.."
Habis rebah mereka ke tanah. Mereka kembali ke meja makan untuk menghabiskan segalanya.
Kenyataannya, perut penuh dengan air. Bukan dengan ramen.
Penjaga stesen datang kembali ke arah mereka.
"Stesen dah habis. Cepat ikat ni pada pinggang kamu dan kawan kamu dalam keadaan memenjang atau lebih kepada beratur.
Kamu kumpulan kedua yang habis makan dulu. Cepat! Tahun ni, juara dapat hadiah.."
Terus bersemangat.
Apa lagi? Berlari semula ke sekolah la!
Jarak yang lebih kurang 500 meter dari sekolah.
"Lari!!!!!"
Mereka sangat bekerja sama.
Dan apa yang kelakarnya, mereka dapat memintas kumpulan pertama.
Mereka juara!
"KITA MENANG!!!!!!!!!!!!"
Jaerim menjerit kuat. Semua orang bertepuk tampar. Jungin yang berada dekat dengan Mingyu bersorak.
Entah laju sahaja tangan Mingyu memeluk Jungin. Kejap. Dahi Jungin dicium pantas. Terlampau gembira gamaknya.
Jungin kaku.
Wonwoo yang bertepuk tampar dari jauh dapat melihat Jungin dan Mingyu yang berpeluk sesama sendiri.
Dia tak marah. Tapi dia tak gembira.
"Hyung, nuna jeohae?"
Suara di sebelahnya membuatkan anak mata dia membesar.
Chan. Macam mana budak ni boleh tembus dekat sini?
"Eum. Mani jeohae. Rahsia kita?"
"Kita."
Wonwoo mengusap rambut Chan. Ya, aku suka dia. Ada masalah? Salahkan dia. Siapa suruh kejut aku? Siapa suruh dia pertahankan aku? Siapa suruh dia tarik aku masa aku putus asa?
Dan siapa suruh dia biarkan aku jatuh cinta?
Bukan salah aku.
"Haengbok haja.."
-----
[Author]
Yay!! Updated!!
Mian kalau bosan T^T
Untuk yang bersekolah, (of course me too) hahha, Hwaiting!!!!!!!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro