Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: 7 :::


Wonwoo menjemput adiknya . Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke rumah Mingyu. Ya, mereka masih lagi tinggal di rumah Mingyu.

"Chan-ah, ada seorang perempuan ni dia ucap terima kasih dekat Chan." Wonwoo memulakan perbualan.

"Eoh? Siapa hyung?" Chan dalam tanda tanya. Sebenarnya Chan tak kenal langsung dengan kawan-kawan abangnya kecuali Mingyu dan Jihoon. Ya, Jihoon.

"Entah. Hyung pun tak kenal." Chan cuba mengingati sesuatu. Siapa perempuan yang dikatakan abangnya?

"Dia pakai headphone tak?" Chan bertanya. Wonwoo mengangguk. Ya, rasanya dia pakai headphone kalau tak silap.

"Ah.. Nuna.." Chan terus tersenyum. Okay, adik aku makin pelik. Dah apahal dia nak senyum?

"Chan-ah, Chan kenal dia?" Chan mengangguk. "Boleh la.." Senyuman masih setia di bibir Chan.

Dia sudah berjaya menghalang seseorang dari melakukan perkara bodoh. Dunia patut bangga dengan anak kecil sepertinya.

Mereka tiba di rumah Mingyu. Mingyu sudah lama sampai. Memandangkan Wonwoo biasanya akan mengambil jalan jauh untuk menjemput Chan.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah seperti biasa. Hari ini mereka tidak melakukan apa-apa. Entah, hilang segala idea nakal nak kenakan satu sama lain.

"Lepak atas jom?" Mingyu memberi cadangan. Wonwoo mengangguk. Chan juga turut serta. Tidak berani Wonwoo meninggalkan adiknya seorang diri.

Dan tidak disangka, mereka bertiga melihat satu tragedi yang tidak disangka. Seorang perempuan cuba bunuh diri. Bunuh diri lagi. Apalah masalahnya kali ni.

"Yah.. Jangan la buat benda bodoh. Kau ingat nyawa tu lawak ke apa?" Wonwoo berkata selamba. Dia pernah mencuba aksi itu. Dia lebih pakar.

"Jangan sibuk hal aku.." Dingin sahaja tetapi Wonwoo mengecam suara itu. Perempuan ni..

"Hahaha. Kau rupanya. Woi, apa guna kalau kau halang aku dari bunuh diri sedangkan kau sendiri nak bunuh diri? Fikir beb. Aku tau sel otak kau masih berfungsi." Berasap sahaja telinga perempuan itu.

"Jadi? Masalah!?" Perempuan itu memandang ke belakang. Dan dia melihat tiga raut wajah yang sangat dia kenal. Dua dari mereka, dia selamatkan. Dan budak kecil itu, dia menyelamatkan.

"Chan.." Hanya itu yang meniti di bibirnya. "Nuna.. Yah! Nuna! Hajima!" Chan berjalan laju dan merampas pisau yang berada di tangan perempuan itu.

Wonwoo masih pelik dengan situasi ni. Mingyu? Tergamam. Tak sangka Chan berani mengambil tindakan sebegitu.

"Nuna, masih ada yang sayangkan nuna. Ingat tu. Hyung Chan pun macam nuna. Dia pun nak bunuh diri. Banyak kali. Tapi akhirnya dia berubah juga. Betul tak hyung?" Chan tersenyum ke arah Wonwoo.

Wonwoo tersenyum bangga. "Chan, untuk budak yang berumur 10 tahun, hyung bangga dengan Chan. Chan terlalu matang untuk umur muda macam ni. Chan-ah, gumawo.." Hanya itu yang mampu dikatakan, dalam hati.

"Apa.. Apa bukti yang Chan ada? Tak ada sesiapa sayang nuna. Mereka benci, mereka jijik. Nuna bukan sesiapa Chan. Nuna cuma sampah." Perempuan itu tersenyum pedih.

"Hwa Jungin. Nuna. Chan kan ada?" Chan tersenyum manis. Tubuh kurus Jungin dipeluk kejap. Jungin tersentak. Aku.. ada dia?

"Hwa Jungin nama rupanya nama kau.. Jungin, apa pun yang kau fikir, jangan teruskan. Percayakan adik aku. Sebab dia aku masih hidup. Dan percayakan Mingyu, dia sayap aku. Dan.. Kalau kau nak, kau boleh percayakan aku. Aku lalui perkara yang sama." Wonwoo menarik lengan bajunya. Jelas terlihat garisan.

"Aku boleh percayakan budak kecil ni. Tapi kenapa aku perlu percaya kau dengan kawan kau? Kau siapa? Aku cuma tolong kau sekali dua. Jangan berlagak macam kenal aku." Soalan Jungin disambut tawa.

"Aku tak kenal kau. Tapi pernah kau fikir? Kenapa kau tolong aku? Kenapa kau tarik tangan aku dengan Mingyu? Kau kenal aku? Aku pasti kau akan jawab ni, ' sebab aku tau apa yang kau rasa. Mati? Sia-sia." . Betulkan?" Jungin terpukul. Dia ni psikik ke apa?

"Apa yang aku pasti, orang-orang yang sayang kau, akan jadi macam aku. Aku dengan Wonwoo. Kami tanggung luka. Kami salahkan diri sendiri. Kau nak ke orang yang kau sayang rasa benda tu?" Mingyu pula berkata.

"Kalau aku berubah, apa yang aku dapat? Semua ni akan berhenti? Tak. Malah semua ni akan makin teruk.." Air matanya mula bertakung.

"Kalau kau berubah, aku pasti kau akan dapat ni. Kebahagiaan." Wonwoo tersenyum. Dia memandang ke atas. Seakan dapat melihat raut wajah Jihoon yang tersenyum. Ya, Jihoon yang merubahnya.

"Tak. Aku tak percaya kau. Aku langsung tak kenal kau. Aku pertaruhkan hidup aku. Kalau aku disakiti? Kau nak tanggung?" Jungin masih dengan pendiriannya.

"Tak percayakan Chan, hyung dengan Mingyu hyung? Nuna boleh percayakan musim luruh. Sebab kami bertiga pertaruhkan musim luruh. Musim luruh ibarat keajaiban buat hyung. Dia tak pernah main-main kalau melibatkan musim luruh." Chan tersenyum.

Terlihat jelas kesedihan bila musim luruh menjadi tajuk bualan. Begitu juga dengan Wonwoo dan Mingyu. Keruh air muka mereka apabila mendengar perkataan, 'Musim luruh menjadi taruhan'. Mereka tak main-main.

"Kenapa.. Tolong aku? Kenapa tak biarkan aku?" Soalan yang bermain di mindanya. Ya, langsung tiada kaitan. Kenapa perlu hulurkan tangan?

"Sebab kau nampak sama bodoh macam dia ni. Kalau kau mati pun, kau tak dapat apa-apa." Mingyu melirik mata ke arah Wonwoo. Wonwoo mencebik. Mesti aku jugak yang kena..

"Betul nak tolong aku? Tapi.. Nak mula dari mana?" Mereka bertiga tersenyum. Baguslah Jungin sudah mula terbuka hati.

"Mula dari berjabat tangan. Aku Jeon Wonwoo. Abang kepada budak kecil ni." Rambut Chan di usap. Jungin menyambut huluran tangan Wonwoo.

"Aku Kim Mingyu. Guardian angel si Wonwoo." Mereka berjabat tangan. Senyuman diukir.

"Jeon Chan imnida! Adik kepada Wonwoo." Chan tersenyum. Tangan mereka bersalaman.

"Aku Jungin. Hwa Jungin." Mereka tersenyum manis.

"Ah! Lupa! Kenalkan kawan aku lagi seorang." Wonwoo memandang ke awan. Jungin memandang ke awan. Tak ada apa-apa.

"Jihoon! Ada kawan baru!" Wonwoo menjerit.

"Haah! Lawa siot! Awek lagi!" Mingyu ketawa seraya berkata ayatnya.

"Hyung! Semua ni jasa Chan tau! Kalau Chan jumpa hyung nanti, hyung kena belanja Chan pizza!" Chan tersenyum memandang ke awan.

"Apa nama kawan kau?" Jungin memandang Wonwoo.

"Jihoon. Lee Jihoon." Wonwoo tersenyum.

"Er.. Jihoon! Selamat berkenalan! Aku Jungin, Hwa Jungin! Walaupun aku tak kenal kau, aku dapat rasa kau hidup dengan lebih baik dekat atas tu!" Jungin turut sama menjerit.

Mereka bertiga mula berborak dan cuba mengenali satu sama lain. Mingyu agak malu-malu dengan Jungin. Chan teramatlah manja. Wonwoo? Dia melayan Jungin sama seperti dia melayan Mingyu. Sejujurnya, dia lebih selesa dengan keadaan begitu.

"Rumah kau dekat mana?" Mingyu bertanya. Jungin ketawa.

"Aku mana ada rumah. Baru lepas kena halau.." Senyumannya makin pudar.

"Geng dengan aku. Jadikan rumah Mingyu hotel berbayar. Sementara mak ayah dia kerja, kau duduk la dulu. Diorang dah balik, pandai-pandai kau nak hidup." Wonwoo memberi kata putus.

Menganga Mingyu dibuatnya. "Woi! Dia perempuan kot! Agak-agak lah! Kita lelaki. Dia perempuan. Otak biar berjalan sikit!" Satu hempukan tepat mengena kepala Wonwoo.

"Tak, tak apa, Mingyu. Layan aku macam lelaki." Habis merah muka Mingyu. Sejujurnya, Wonwoo ni gila ke apa? Perempuan di ajaknya duduk serumah. Dah la rumah dia!

"K...Kau nak m..mandi.. macam mana?" Habis gagap Mingyu. Tulah! Otak byuntae lagi!

"Kau ni kan... Dia bawak la baju dalam bilik air. Apa susah? Kau belum gila lagikan berlari dalam tuala nak pergi bilik?" Jungin mengangguk.

"Aku tak gila lagi. Lagipun kalau aku berlari dalam tuala, tak ada pun nak di tengok.." Kali ini ketawa Wonwoo pecah.

"Aku boleh faham apa maksud kau.." Sekali pandang dah tau. Muka mingyu menjadi makin merah. Woi! Byuntae duh budak seorang ni!

"Mingyu, kau fikir apa? Aku tau kau lelaki sejati. Straight. Tak bengkang bengkok. Tapi otak tu janganlah byuntae sangat!" Jungin ketawa.

Apa yang dimaksudkan Wonwoo tadi, berlari dalam tuala, Jungin dah siap pakai baju dalam bilik air. Yang tuala tu nak lap rambut dia. Tak ada apa nak di tengok, rambut Jungin pendek. Memang tak ada apa pun nak di tengok. Ha! Mengaku cepat siapa fikir byuntae!

"Jangan kau pedajal Mingyu sudah. Buat special night ke apa ke. Karang sawan aku gelak banyak sangat." Sejujurnya, Jungin suka dengan sikap easy going Wonwoo. Selesa.

Mereka bergerak ke rumah Mingyu. Beg baju yang ada bersama mereka sejak mulanya salam perkenalan dibawa sekali.

"Ni rumah aku. Tapi biasa-biasa je." Oho. Sejak bila mamat ni merendah diri? Kalau tak selalunya melangit dia membongkak. Okay, Kim Mingyu, jangan bunuh aku.

"Okay apa. Lawa!" Jungin memeluk bahu Mingyu. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Kali pertama perempuan memeluk bahunya.

"Haha. Kalau korang berdua end up jatuh cinta, aku tepuk tangan." Wonwoo ketawa.

"Nuna! Mana boleh! Nuna dengan Chan kan?" Chan memasam.

"Eh? Chan minat Jungin nuna ke? Tak payah. Buah hati Chan nak campak mana?" Wonwoo mengingatkan Chan mengenai budak perempuan yang dia rebutkan.

"Maja! Nasib baik hyung ingatkan!" Wonwoo ketawa. Adik aku ni kecik-kecik dah pasang perempuan keliling pinggang. Sabar je lah!

"Jom masuk!" Wonwoo menarik lengan Jungin. Jungin pasti dia dapat merasakan sesuatu yang lain. Kasih seorang abang?

"Jeon Wonwoo, Jeon Chan, Kim Mingyu dan Lee Jihoon. Gumapta."

-------
[Author]

Okay, part ni agak panjang. Hahahha XD yang byuntae tu abaikan. Kepala otak Mingu tengah tak betul tu.

Banyak rahsiakan? Siapa Jihoon sebenarnya? Siapa Jungin? Apa kisah mereka?

Nantikan bab seterusnya dalam TOA! Bila musim luruh menjadi pertaruhan, bahagia akan muncul!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro