Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: 5 :::


"IREONA!!!!!!"

Chan melompat di atas katil bersaiz king. Wonwoo dan Mingyu terjaga.

"Yah!! Kenapa jerit-jerit ni??"

Mingyu mendapatkan Chan dan menggeletek Chan sehingga Chan penat ketawa.

"Dah lambat. Hari ni kan sekolah... Hajimaaa~ hahahaha" Chan masih rasa jari jemari Mingyu yang menggeletek pinggangnya.

"Sekolah?" Wonwoo melihat jam yang terlekat pada dinding. 10.00 pagi. Terlalu lewat untuk ke sekolah.

"Hari ni kita tak payah pergi sekolah. Hyung nak bawak Chan dengan Mingyu pergi satu tempat." Mingyu sudah tersenyum.

Selepas puas menangis malam tadi, mereka bertiga bersepakat mulakan hidup baru. Wonwoo sudah berjanji untuk berubah.

Sampai sahaja di rumah, terus mereka makan apa sahaja yang ada di dapur. Kemudian, mereka menyanyi karoke memandangkan rumah Mingyu mempunyai Set karoke. Jiran? Abaikan.

Tak cukup dengan tu, mereka bermain playstation sehingga 5 pagi. Chan tidur awal. Letih sangat gamaknya. Mingyu dan Wonwoo sudah berpakat untuk bawa Chan ke suatu tempat.

Chan perlu jadi kanak-kanak seusianya semula. Sudah cukup Chan menjadi matang. Chan perlu kembali ke usianya. Kanak-kanak berumur 10 tahun.

Bagaimana Mingyu dan Wonwoo tidur sekatil? Mereka minum soju malam tadi. Hanya Wonwoo sebenarnya. Ya, mereka bawah umur. Tapi sesekali air pahit itu mampu melenyapkan segalanya.

-----

"Mingyu-ah, betul ke keputusan aku ni?"

Dalam keadaan mabuk, itulah perkara pertama yang dikatakan Wonwoo.

"Betul, Wonwoo. Aku dah katakan? Percayakan aku. Percayakan Jihoon. Mulakan hidup baru." Mingyu merenung wajah Wonwoo.

"Kau pasti aku takkan hilang sesiapa lagi? Kau tak boleh tinggalkan aku. Jangan tinggalkan aku. Joldae!!" Kepala Wonwoo terhuyung- hayang.

"Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji." Mingyu tersenyum. Sudah lama dia tidak lihat Wonwoo sebegini. Wonwoo biasanya menyalahkan dirinya sendiri.

"Mingyu-ah, gumapta."

Air mata mingyu mula bertakung. Akhir-akhir ini dia agak sensitif. Logik bukan selepas semua yang berlaku dia menjadi lebih sensitif?

"Haha. Waeyo?" Wonwoo tersenyum. "Sebab selalu ada dekat samping aku bila aku perlukan kau. Sebab selalu hentikan aku dari buat perkara bodoh. Gumapta~"

Wonwoo memeluk tubuh Mingyu. Mingyu tersenyum. Wonwoo melepaskan pelukan. Peha Mingyu di jadikan bantal.

"Jangan tinggalkan aku. Walau apa pun yang jadi.." Wonwoo akhirnya tertidur. Mingyu akhirnya dapat melihat seorang remaja berusia 16 tahun. Wonwoo lena tidur. Selena-lenanya.

"Jihoon-ah, gumawo. Jinjja gumawo." Mingyu tersenyum. Tapi, masalahnya sekarang ni, macam mana dia nak usung si Wonwoo ni pergi bilik tidur???

Mingyu memapah Wonwoo ke bilik tidur. Aish- Berat betul dia ni -,- Dah la tidur mati. Papah pergi bilik pun tak sedar.

Mingyu melepaskan Wonwoo ke katil. Kedudukan Wonwoo dibetulkan. Akhirnya Mingyu tertidur di samping Wonwoo.

---------

Mereka bersiap menuju ke tempat yang bakal mengembalikan Chan kepada umur asalnya. Mereka bertiga tersenyum. Sesungguhnya. Lupakan hari semalam, hari baru , hidup baru. Mereka menaiki teksi.

"Kita nak pergi mana ni?" Chan bertanya bingung. Mingyu dan Wonwoo sudah tersenyum lebar. Chan akan suka tempat tu. Betulkan?

Mereka tiba di sebuah taman tema yang sangat besar. Chan menganga. Senyum mula terukir di wajah kecil itu.

"Kita.. Nak pergi sini?"

Wonwoo dan Mingyu mengangguk. Chan gembira. Sangat gembira. Akhirnya, Chan yang mengheret Wonwoo dan Mingyu masuk ke dalam taman tema.

Mereka main setiap satu dari permainan itu. Chan menuju ke tandas. Selesai ke tandas, Chan terlihat sesuatu yang sangat pelik. Seorang perempuan duduk di tempat yang sunyi. Tiada sesiapa lalu di sana.

"Nuna, hajima.."

Perempuan tersebut memandang ke arah Chan. Dia bagaikan hilang roh.

"Kka.."

Perempuan tersebut membalas. Chan menarik nafas panjang. Pisau lipat yang berada di tangan perempuan itu dirampas.

"Yah! Bagi balik pisau tu!"

Chan menggeleng. Pisau lipat itu disemat baik di dalam poket seluarnya.

"Walau macam mana pun nuna sakit, nuna tak boleh bunuh diri. Masih ada orang yang sayang nuna."

Chan tersenyum dan mula beredar. Perempuan itu agak tersentak dengan apa yang dikatakan Chan.

"Jamkanman.."

Chan menoleh ke belakang. "Waeyo?" Perempuan itu merenung Chan lama. "Apa nama kamu?" Chan tersenyum.

"Jeon Chan. Nuna?"

Perempuan itu berfikir sebentar.

"Jungin. Hwa Jungin."

Chan tersenyum manis. Perempuan yang bernama Jungin membalas senyuman Chan. Kali pertama orang katakan kepada dia, masih ada yang sayangkan dia. Ada ke?

"JEON CHAN!!!! NEON EODIYA!!!!!"

Suara Mingyu membuatkan Chan tersentak. "Nae hyung!!!!!" Chan membalas laungan Mingyu.

"Nuna, pergi dulu eoh?? Papai~"

Chan melambai ke arah Jungin dan berlari menuju ke arah Mingyu dan Wonwoo. Jungin tersenyum.

"Keurae. Aku masih hidup dan aku perlu teruskan hidup." Jungin mula bangun dan memakai kembali headphonenya. Buku yang sentiasa berada dengannya dipeluk erat. Dia berjalan pergi. Dengan senyuman.

"Yah! Neon eodiga???" Kepala Chan diketuk. "Appeo!!! Pergi tandas la! Pergi mana lagi!" Chan menjeling Mingyu sambil mengusap kepalanya yang sakit. Mingyu mencebik.

"Tandas? Habistu kenapa tak ada masa hyung cari Chan? Takkan pergi tandas sampai setengah jam? Chan makan apa tadi? Cakap betul- betul, Chan pergi mana? " Bagaikan peluru soalan yang keluar dari mulut Mingyu.

Ppak!

"APPEO!!!!!"

Chan dan Mingyu mengusap kepala mereka. Wonwoo mencebik. Benda kecik pun di besar-besar. Apalah masalah budak dua orang ni.

"Mingyu hyung yang pukul Chan dulu!" Chan menjeling Mingyu.

"Eh? Hyung pulak yang kena? Chan yang merayau kan?" Mingyu menjeling Chan.

"Mana ada!!"

"Ada!"

"Taklah!!"

"Ya!"

"Chan tak merayau!"

"Yes, Chan merayau!"

"Hyung yang ketuk kepala Chan dulu!"

"Sebab kamu merayau!"

"Tak!!!!!! Mana ada merayau!!!!!"

"Kamu merayau. M E R A Y A U !"

"Mana ada ada!! Hyung, tengok Mingyu hyung!!"

"Aku cakap betul apa? Merayau!"

"Ani!!! Chan tak merayau lah!!! T^T"

"Merayau! Merayau!"

Wonwoo menarik nafas dalam. Nak kena budak berdua ni!

PPAK!!

"YAH!!! APPEO!!!"

Wonwoo mengetuk sekali lagi kepala mereka berdua. Masalah betul!

"Ha! Bergaduh! Bergaduh lagi!" Wonwoo hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bukan Chan sahaja yang kembali menjadi budak-budak. Mingyu pun jadi budak- budak sekali. Parah ni..

Jungin berjalan melintasi mereka bertiga. Chan yang masih bergaduh dengan Mingyu memanggil Jungin.

"Nuna!!"

Chan melambai ke arah Jungin. Jungin tersenyum dan melambai kembali ke arah Chan. Dia terus beredar. Wonwoo dan Mingyu sama-sam melihat perilaku Chan yang pelik.

"Chan kenal?"

Wonwoo bertanya pelik. Memandangkan perempuan itu memakai topi, wajahnya tidak jelas kelihatan.

"Boleh la.. Hyung, kaja!!!!"

Chan memegang lengan Wonwoo dan Mingyu. Mereka kembali bermain di taman tema tersebut.

Jungin keluar dari pusat taman tema tersebut dan menuju ke taman yang berdekatan. Pokok yang menguning di lihat. Dia menikmati saat ini.

Bangku menjadi pilihan. Headphone buka. Pen di ambil. Buku yang sentiasa dengannya dibuka.

Dia menulis apa sahaja yang di rasakannya. Dalam bentuk rap. Ya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang penulisan rap dan seorang rapper.

" For sure,
There's no cure.

Gasp for some air,
World is chocking me.
Running from ma past,
They still chasing me.

I hope, I pray,
This just a nightmare,
Once I wake up,
It will be okay.
Tommorow will be brighter,
Than any other days.
Even though, it just a fallacy.

I found my light,
He has a strong heart.
And yet,
He's a child.

Thanks ya, Jeon Chan.
For waking me up.
Now, I can run.

-Hwa Jxngin-"


Buku kembali ditutup. Dua rangkap terakhir melengkapkan lagunya. Jungin meluahkan dirinya melalui rap. Boleh juga dikatakan lagu.

"Yah, Jeon Chan. Gumapta!"

- - - - - -

[Author]

Pengumuman:

Jangan tanya tu lagu apa sebab memang tak wujud. Author cipta sendiri. Wahaha XD Kalau nak nyanyi, nyanyi dalam bentuk rap. Padan kot~ hoho. Tak pun lagu yang berakhir dengan nada sama.

Thanks for reading, voting and commenting!! Kamsahabnida *bow 90 darjah*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro