::: 4 :::
BTS - Butterfly.
-------
"Yah! Apa yang dah jadi ni?"
Mingyu menggoncang bahu Wonwoo. Wonwoo ketawa perlahan.
"Hidup aku tak boleh jadi lagi teruk ke apa?" Wonwoo memandang Mingyu sepi. Mingyu cuba mencari penjelasan pada riak muka Wonwoo.
"Yah! Malhae! Apa yang jadi?" Mingyu turut duduk. Wajah sahabat karibnya ditenung. "Hidup, sahabat dan keluarga. Semua tu dah hancur, Mingyu. Apa yang tinggal untuk aku?"
Air mata terus menemani Wonwoo. Ketika ini Mingyu bersedia menjadi pendengar. "Eomma dengan appa nak bercerai." Ayat yang keluar dari mulut Wonwoo membuatkan Mingyu tergamam.
"Aku tak kisah kalau diorang nak bercerai ke apa. Aku dengan Chan akan berpisah. Kau fikir aku sanggup hidup tanpa Chan? Tak... Aku lebih rela mati.." Mingyu menepuk belakang Wonwoo perlahan.
"Aku tau Chan terlalu berharga untuk kau. Aku tau.." Akhirnya tangis Wonwoo meletus. Mingyu turut terasa sebaknya. Dia tahu Wonwoo jalani hidup yang menyeksakan. Tanpa Chan, pasti Wonwoo bagaikan mayat hidup. Chan merupakan malaikat kecil yang terlalu berharga buatnya.
"Cukuplah aku hilang Jihoon. Cukuplah dengan Jihoon. Jangan pisahkan aku dengan Chan. Tolong....." Tangis menjadi irama buat malam yang dingin.
Mingyu tidak mampu buat apa-apa. Dia hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Hari makin hari, sayapnya yang cuba melindungi Wonwoo makin rapuh. Dan tadi, sayapnya betul-betul sudah patah.
Selama dia masih hidup, dia akan cuba menjadi pelindung Wonwoo. Mereka berdua sama-sama terluka dengan kepergian Jihoon tapi Wonwoo lebih terluka memandangkan kali terakhir mereka berjumpa mereka bergaduh teruk.
"Mingyu, akan ada pengakhiran ke buat semua ni?"
Soalan yang tiada jawapan. Wonwoo ketawa. "Aku dah agak kau akan senyap. Semua ni takkan pernah berakhir. Betulkan?" Mingyu hanya mampu mengeluh.
Wonwoo yang dahulu bukan sebegini. Wonwoo yang dulu jauh lebih ceria. Jauh lebih hangat dan jauh lebih bahagia. Semua bermula sejak kematian Lee Jihoon. Kematian Jihoon membunuh Wonwoo. Sebenarnya membunuh mereka berdua.
"Jihoon mati sebab aku kan?" Wonwoo memandang Mingyu lemah. Fikiran dia benar-benar berserabut. Mingyu memandang Wonwoo.
"Aniya.. Dia tak mati sebab kau. Cuma takdir tetapkan dia pergi dulu." Jawapan dari Mingyu hanya mampu membuat Wonwoo tersenyum hambar.
Wonwoo memandang ke atas. Kini terlihat jelas juraian air matanya. Langit gelap tanpa bintang. Dia terlalu rindukan Jihoon. Dia terlalu bersalah terhadap Jihoon. Dia punca segalanya. Biarlah apa pun yang Mingyu kata, dia tetap bersalah.
"Amugeodo.. Saenggak hajima.."
"Neon.. Amu.. Maldo keoneo.. Jido ma.."
"Ayo.. Geunyang naege.. Useo jwo.."
Bait lagu yang ditutur perlahan keluar dari mulut Wonwoo. Kali ini air mata Mingyu mula menitis. Lagu ni..
"Nan ajikdo.. Midgijiga anha.."
"I.. Modeunge.. Dakomin geo.. Gata"
"Ayo.. Sara jilyeo..... Ha.. Jima.."
Air mata Wonwoo mengalir pantas. Langit ditatap. Cuba menghapuskan segala duka. Tak, dia tak mampu.
"Is it.. True? Is it true?"
"You... You..."
"Neomu... Areumdawo.. Deul.. yeowo"
"A- aren't you? A- aren't you?"
"Y-you.. You.. y- you"
Mingyu turut sama memandang langit. Jihoon, kau sedang dengarkan?
"Gati meomulleo... Jullae?"
"Naege.. Yaksok hae.. Jullae?"
"S- seondaemyun nara galka, busseo.. Jilka"
"Geob na.. Geob na.. G- geob na"
Wonwoo memejam matanya rapat. Manik jernih terus setia menemaninya. Wonwoo menarik nafas dalam. Sungguh..
"S- siganeul.. Meomchullae?"
"I.. Sungani.. J- jinamyeon?"
"Eobseo deon.. Illi deolka.. Nal.. Iheulka.."
"G- geob na.. Geob na.. Geob na.."
Mulut Wonwoo menggigil. Mingyu sudah teresak. Jihoon, kenapa kau pilih lagu ni?
"Butterfly.. Like... A butterfly"
"Machi.. Butterfly, b- butterfly.. Cheoreom"
"Butterfly.. Like a butter.. fly"
Mingyu bersedia untuk menyanyi baris terakhir bersama Wonwoo. Mereka berdua mendongak ke langit.
"Machi.. Butterfly.. Bu-.. Butter.. fly.. Cheoreom.."
Kedua-dua mereka tenggelam dalam kesedihan dunia diri sendiri.
BTS - Butterfly. Lagu yang sering Jihoon nyanyi. Sama ada suka ataupun duka. Lagu yang sentiasa menemani mereka bertiga. Tiada lagi alunan lembut suara Jihoon. Yang tinggal hanya kenangan.
"Yah.. Kalau aku mati nanti, jangan pernah lupakan lagu ni tau? Bila sedih, nyanyi lagu ni. Bila gembira pun, nyanyi lagu ni. Lagu ni terlampau bermakna bagi aku. Aish- apa aku mengarut ni? Hehe, kaja!"
Itulah apa yang pernah Jihoon katakan suatu masa dulu. Dan mereka berdua masih ingat sehingga kini. Bagi Jihoon, kami berdua bagaikan rama-rama baginya. Rama-rama yang rapuh.
Rama-rama yang akan terbang dan hancur apabila disentuh. Rama-rama yang indah. Dan rama-rama yang membawa kebahagiaan. Kami bertiga sangat rapat. Terlalu rapat. Tak sangka Jihoon yang bertukar menjadi rama-rama. Jihoon terlampau rapuh.
Mingyu menarik nafas dalam. Air mata diseka. "Jeon Wonwoo.." Wonwoo memandang ke arah Mingyu. Air matanya masih setia mengalir. Dia tidak sekuat dulu.
"Mulakan hidup baru." Wonwoo ketawa dengan ayat yang keluar dari mulut Mingyu. "Hidup baru? Apa yang aku ada? Apa yang aku masih boleh pertaruhkan? "
Mingyu merenung ke arah langit sekali lagi. Seakan meminta jawapan pada persoalan yang bermain di fikirannya. Jawapan dari Jihoon mungkin.
"Kau masih ada musim luruh. Kali ni kau boleh percayakan aku." Riak muka Wonwoo berubah. Air matanya seakan kering.
"Jangan pertaruhkan musim luruh. Aku dah tak ada apa-apa untuk dipercayakan kecuali musim luruh." Nada Wonwoo mula tegas. Dia tak suka musim luruh menjadi pertaruhan.
"Bukan aku yang cakap. Tapi Jihoon.." Mingyu tersenyum. Benar. Bagaikan Jihoon berbisik di telinganya. Seakan roh Jihoon berkata, "Percayakan musim luruh.. Di mana harapan mula berputik. Kau boleh percayakan aku.."
"Ji.. Jihoon yang cakap?" Wonwoo tergamam. Mungkin semua akan mengatakan mereka berdua ini sebenarnya gila. Percayakan musim luruh. Percayakan bisikan yang kononnya dari Jihoon.
Tapi jika kita berada di tempat mereka, pasti kita juga akan percaya. Bila yang tersayang pergi, bisik suara yang halus sudah cukup untuk melepaskan rindu.
Mingyu mengangguk. Wonwoo kembali menitikkan air mata. "Aku nak dengar suara dia. Sekali pun cukup. Jihoon-ah..." Mingyu menggigit bibirnya. Menahan air mata yang bakal merembes bila-bila masa sahaja.
"Hyung-ah, keumanhae.. Jihoon hyung tak akan suka kalau hyung dengan Mingyu hyung terus menangis macam ni."
Suara lembut seorang budak menyapa telinga mereka berdua.
"C- Chan?"
Mereka berdua berkata serentak seraya menoleh ke arah Chan. Bagaimana dia boleh berada di sini? Chan sudah tidur bukan?
Chan tersenyum. Jelas menampakkan bengkak di matanya. Sekali lagi, dia lihat semuanya. Hari ini benar hari malang buat dirinya.
Chan terlihat Wonwoo dan Mingyu keluar dari rumah. Wonwoo hyung tertinggal telefon bimbitnya. Chan mengekori dari belakang. Lain pula yang jadi. Dia lihat semuanya.
Wonwoo hyung jatuh terduduk. Mingyu hyung cuba bantu Wonwoo hyung untuk bangun. Akhirnya mereka sama-sama menangis. Dan dia? Air matanya kembali menitis.
Chan berjalan ke arah Wonwoo. Tubuh hyungnya di peluk kejap. Belakang badan hyungnya di tepuk perlahan. Mingyu bersyukur Wonwoo dikurniakan seorang adik yang sangat penyayang. Begitu juga dengan Wonwoo.
Chan membesar dan hidup sebagai seorang yang dewasa. Jelas, dia lebih dewasa dan lebih matang dari Wonwoo. Dia tak kisah. Cuma, jangan pisahkan dia dengan abangnya. Hanya itu permintaannya.
"Kenchanayo.. Uljima hyung-ah.. Jihoon hyung takkan suka. Hyung pernah janjikan dengan Jihoon hyung yang hyung takkan menangis sebab dia? Chan ingat lagi tau hyung.." Chan masih cuba menenangkan abangnya.
Wajah Jihoon kembali berlayar di mindanya.
"Yah, janji, kalau salah seorang dari kita pergi dulu, kita tak boleh menangis! Kalau aku yang pergi dulu, korang berdua tak boleh menangis. Jeoldae!!! Kalau aku mati hidup balik, aku tumbuk muka korang! Yakseok???" - Jihoon
"Ey~~ hajima. Janganlah cakap macam tu. Kita masih muda kan?" - Mingyu
"Haha. Kalau takdir dah tetapkan macam tu? Korang mesti janji dengan aku. Yakseok?" - Jihoon.
"Yakseok!" - Wonwoo, Mingyu.
"Nado!!! Yakseok!"- Chan
Wonwoo meleraikan pelukan adiknya. Wajah adiknya dan Mingyu ditenung bersilih ganti. Sampai bila dia nak jadi macam ni?
Wonwoo berfikir dalam. Keputusan yang akan mengubah hidupnya. Dia tak boleh kekal begini. Dia perlu berubah. Demi Chan, demi Mingyu dan demi Jihoon.
"Hyung janji, hyung akan berubah. Mingyu, aku akan mula hidup baru. Tak, kita akan mula hidup baru."
Keputusan yang membawa senyuman kepada Chan dan Mingyu. Akhirnya! Musim dingin Jeon Wonwoo sudah berakhir.
"Jihoon-ah, gumapta."
- - - - -
[Author]
Kalau nak faham maksud lagu BTS - Butterfly, boleh bukak video yang ada dekat atas tu. Lagu tu memang bawak maksud yang dalam.
Terus nantikan , "Treasure Of Autumn" ! Di mana harapan untuk hidup kembali berputik.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro