::: 3 :::
Kring!
Loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Selepas kejadian tadi, masing-masing masih senyap tanpa kata.
Bagi Mingyu, itulah percubaan pertamanya. Mungkin masih lagi tergamam. Wonwoo? Dia kecewa. Dia fikir dia mampu membetulkan silapnya. Tidak, dia gagal sekali lagi.
Wonwoo beredar dari kelas. Chan pasti sudah menunggunya. Di kesibukkan orang ramai, Wonwoo menangkap suara yang sama. Suara yang menghentikan dia dan Mingyu dari terjun bangunan tadi.
"Arassseo! Keumanhae jebal.." Sesusuk tubuh yang sedang bercakap dengan telefon. Wonwoo hanya lalu di sebelahnya. Malas ingin mengambil tahu hal orang lain.
"Hyung!!!!!!"
Chan berlari ke arah Wonwoo. "Uri dongsaeng~" Wonwoo membelai lembut kepala adiknya. Mereka berdua berjalan pulang. "Sekolah macam mana?" Chan berfikir sejenak. "Boleh la... Cuma tadi ada bergaduh sikit.." Wonwoo memandang adiknya pelik.
"Bergaduh? Macam mana boleh bergaduh?" Chan mengusap belakang tengkuknya. "Ada budak seorang ni. Di.. dia.. tumbuk Chan." Mata Wonwoo terbuntang.
"Yah!! Mani appeo?? Kenapa dia tumbuk Chan?" Wonwoo pantas bercangkung dan membelek muka adiknya. Terdapat sedikit calar di pipinya.
"Yeo..yeoja ttaemune.." Senyum terus terukir di bibir Wonwoo. "Berebut yeoja?" Muka Chan merah padam. "A.. ani!!!" Wonwoo ketawa sejurus melihat pipi adiknya yang berona merah.
"Chan-ah, mani jeohayo? Keu yeoja? " Chan mengangguk perlahan. "Kalau sukakan yeoja tu, menang hati dia. Cuba apa yang Chan mampu. Pikat dia. Tapi jangan sampai bergaduh pulak. Kalau dia tak suka, jangan kejar dia. Arasseo?"
Chan mengangguk laju. "Hyung, saranghae~" Chan memeluk pinggang Wonwoo. Wonwoo ketawa melihat adiknya. "Aigoo~ Nado saranghae. Uri dongsaengi~" Kepala chan di usap lembut.
"Tapikan... Kenapa dengan pipi hyung?" Chan memandang wajah Wonwoo. Terdapat kesan calar. Apa lagi kalau bukan kesan di tumbuk Mingyu?
"Aniya.. Eobseo.." Wonwoo memandang Chan sambil tersenyum. Mereka berjalan pulang dengan gembira. Kali ni Chan betul-betul tak boleh tahu tentang apa yang dia dan Mingyu cuba lakukan tadi. Pasti Chan terluka lagi.
Sampai sahaja di depan rumah, pintu rumah mereka terbuka. Bunyi bising dari dalam rumah lebih kuat daripada biasa. Wonwoo berlari masuk. Rumah mereka bersepah teruk.
Habis pecah pasu-pasu yang ada. Meja kecil terbalik. Kerusi jatuh. Apa dah jadi? Chan yang melihat situasi itu turut tergamam. "Ch.. Chan-ah, p-pergi main dekat rumah Seokmin dulu.. Nanti hyung jemput.." Wonwoo berkata gagap.
"A..Arrasseo, hyung." Chan berjalan pergi dengan perlahan. Masih terkedu gamaknya. Wonwoo berjalan masuk. Wonwoo melihat semuanya. Macam tongkang pecah!
"Saya dah tak tahan dengan awak.." Kedengaran suara Appa dari dapur. Wonwoo berlari ke arah suara itu. "Keurae!! Nado! Saya pun dah tak tahan dengan awak!!" Eomma membalas. Wonwoo melihat mereka berdua bersilih ganti.
"KEUMANHAE JEBAL!!"
Eomma dan appa Wonwoo memandang Wonwoo. "W..Won..Wonwoo-ah.." Gagap. Eomma dan appa mati dalam kata-kata. Masing-masing senyap.
"Appa mianhae. Appa dah tak boleh tahan dengan eomma kamu. Kami akan bercerai." Kata-kata appa singgah di telinga Wonwoo. Wonwoo tersenyum hambar.
"M- mwo?"
Air matanya menitis. Dia sangka hanya pergaduhan biasa. Mereka sudah sampai di tahap mereka. Siapa sangka mereka akan bercerai? Dia sendiri menganggap pergaduhan mereka setiap hari hanya pergaduhan remeh.
"Eomma pun dah tak boleh tahan dengan appa kamu. Mianhae Wonwoo-ah.."Eomma berjalan ke arah Wonwoo. Eomma cuba menyentuh bahu Wonwoo perlahan.
"Seondaejima.. " Wonwoo berkata perlahan. Mulutnya menggigil. Menahan marah. Mereka berdua terpaku. Tidak pernah melihat anak mereka sebegini. "Wonwoo? Chan? Kami? Macam mana dengan kami?" Appa mendehem perlahan.
"Kamu dan Chan akan berpisah. Chan akan ikut appa dan kamu akan tinggal dengan eomma. Chan dan appa akan tinggal dengan eomma tiri kamu. Appa akan berkahwin lain." Sedas ayat appanya membuatkannya terluka.Wonwoo merenung anak mata eomma dan appanya.
"Tak boleh ke kalau terus bertahan?"
Eomma dan appa berpandangan sesama sendiri. "Selama ni eomma dengan appa kahwin atas dasar apa? Cinta? Kasih? Sayang? Mana pergi semua tu?" Mereka terkedu.
"Dalam perkahwinan, cinta takkan bertahan lama. Yang tinggal cuma keinginan dan kesanggupan untuk bersama. Sampai akhir nafas. Kami dah tak sehaluan. Macam mana kami nak tinggal bersama?" Appa menjawab.
Wonwoo memejam matanya rapat. Air mata diseka. Nafas dalam ditarik. "Buatlah apa pun yang eomma dan appa nak. Jangan cuba pisahkan Wonwoo dengan Chan. Kalau nak tengok Wonwoo mati, buatlah."
Wonwoo memandang ke belakang. Berkira-kira untuk meninggal rumah itu. Chan berada tidak jauh darinya. Chan tergamam. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dia lihat semuanya. Dia dengar semuanya. Bila semua ni akan berakhir?
"Ch.. Chan-ah...."
Wonwoo melihat adiknya yang berdiri kaku. "Hyung.. Kaja.. " Chan menapak keluar dari rumahnya. Perlahan langkahnya. Semuanya bermain elok dikepalanya. Semuanya bagaikan ulang tayang. Tiada secalit senyuman pada wajahnya.
"Nampak apa yang eomma dengan appa dah buat? Eomma dengan appa buat malaikat kecil tu menangis." Wonwoo berjalan keluar. Pintu dihempas sekuat mungkin. Chan yang berada tidak jauh darinya langsung tidak tersentak dengan bunyi pintu itu.
Wonwoo mencapai tangan Chan. "Kita akan pergi rumah Mingyu hyung.." Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Mingyu. Ibubapa Wonwoo masing-masih hilang dalam kata-kata. Sebegini terukkah kesan penceraian mereka?
Loceng ditekan. Mingyu keluar dari rumahnya. Mingyu memandang Chan dan Wonwoo pelik. Kenapa mereka datang ke sini?
"Masuklah"
Wonwoo dan Chan masuk ke dalam rumah Mingyu. Ibubapa Mingyu kedua-duanya bekerja. Jadi hanya dia yang tinggal di rumah itu. Mereka duduk di sofa di ruang tamu. "Ada apa kau datang ni?" Mingyu bertanya pelik.
"Aku dengan Chan nak tumpang duduk dekat rumah kau sampai eomma dengan appa kau balik. Boleh?" Riak muka Wonwoo bukan seperti biasa. Biasanya dingin. Kali ini marah bercampur sedih. Pasti ada yang tidak kena.
"Ey~ Mestilah boleh. Chan-ah, pergilah tukar baju dulu." Chan berjalan lemah menuju ke bilik yang di tunjuk Mingyu. Biasanya Chan budak yang ceria. Tidak pernah dia lihat Chan senyap sebegitu.
Chan masuk ke dalam bilik yang dikatakan Mingyu. Perkata pertama yang dia buat, ambil bantal, bersandar di pintu, menangis sekuat hati. Mulutnya ditekup dengan bantal supaya tiada bunyi yang keluar.
Air mata setia mengalir. Hatinya sakit. Kenapa dia perlu lalui semua ni? Kenapa semua tu perlu berlaku depan mata dia? Waeyo? Apa salah dia? Dia hanya budak berumur 10 tahun. Benar dunia boleh jadi lebih kejam dari yang disangka.
Semasa Chan melangkah menuju ke rumah Seokmin, suara Wonwoo yang kuat menyebabkan dia kembali ke rumah. Tak sangka dia akan melihat semua itu.
Wonwoo memandang Mingyu lama. "Lepas Chan tidur, jom pergi atas bumbung. Aku ada benda nak cakap." Mingyu mengangguk tanda faham. Pasti ada benda yang penting untuk dibicarakan.
Jam menunjuk angka 1. Sudah pukul 1.00 pagi. Wonwoo memberi isyarat kepada Mingyu. Mereka menuju ke tingkat paling atas flat yang didiami Mingyu.
Mereka pergi ke tempat biasa. Tanpa sedar kaki Wonwoo begitu longlai sehingga jatuh terduduk. Mingyu terkejut akan apa yang terjadi pada Wonwoo.
"Yah!! Kenchana?" Mingyu cuba bantu Wonwoo untuk berdiri. Wonwoo menolak lembut.
"Kenchana? Haha.. Kali ni betul-betul aku rasa nak mati.."
- - - - - -
[Author]
Nothing to say~~ btw, thanks ^^ For reading, voting and comment. I do really appreciate it!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro