Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: 2.2 :::

Hangyeol

"Semuanya akan baik-baik. Aku ada untuk teman kau, kau jangan risau. Adik aku ni berani kan?"

Hangyeol hanya tersenyum lemah. Dia tidak dapat berfikir dengan waras buat masa sekarang. Dia cuma takut.

Takut pembedahan matanya tidak berjaya seperti yang dia mahukan. Dia lebih takut jika dia buta. Siapa yang akan jaga dia? Hansol? Eomma? Appa? Mereka bukannya berduit.

Cukuplah mereka menggunakan duit yang entah dari mana Hansol dapat demi pembedahan mata yang hanya 50-50. Matanya sudah rosak teruk. Ditambah dengan emosi Hangyeol sendiri.

Hangyeol akan menangis setiap malam pada pukul 1.00 pagi, tanpa sesiapa sahaja tahu. Cara dia meluah rasa sakit yang dia tanggung. Dia masih belum dapat melupakan kawan-kawan rapatnya.

Lee Hyemi dan Do Eul.

Antara Hangyeol, Hyemi dan Eul, hanya Hangyeol yang hidup normal. Hangyeol hidup dengan tenang sekurang-kurangnya. Hidup dengan masalah, tapi kehidupan Hangyeol yang paling senyap.

Eul, menghidap barah hati. Salur darah di bahagian kepala Eul tersumbat akibat kes langgar lari yang dirancang. Mr. Do yang rancang semuanya. Eul anak isteri kedua Mr.Do.

Eul sendiri baru sahaja dapat mengetahui mengenai adik kandungnya yang telah terpisah selama berbelas tahun yang menetap di California.

Eul berangkat ke California dan.. Eul mati. Mati dilanggar kereta. Perlanggaran yang dirancang dan barah hati Eul memburukkan lagi keadaan. Eul mati di California selepas bertemu dengan adik kandungnya hanya untuk 3 jam.

Eul sudah dianggap seperti darah daging Hangyeol sendiri. Eul seperti seorang abang walaupun mereka sebaya. Eul tempat Hangyeol melepaskan sakit dan mengadu. Hanya kepada Eul dan Hyemi.

Perasaan hilang tempat bergantung harap.

Kau takkan faham selagi kau tak rasa kehilangan seseorang yang kau sayang. Kau takkan tahu apa rasanya sehinggalah kau sendiri alami. Jadi, jangan cakap kau faham kalau kau tak tahu apa rasanya.

Kau cuma penipu.

Menipu untuk faham. Walaupun sebenarnya kau tak faham satu apa pun. Tak perlu cuba untuk faham sesuatu yang tak perlu difahami. Kau tak perlukan kefahaman tu dan jangan berharap untuk kehilangan seseorang untuk faham.

Kau akan menyesal.

Hyemi, cukup sudah rasanya bercerita mengenai Lee Hyemi yang jatuh daripada bangunan dan mati. Satu kematian yang melibatkan banyak pihak dan kesemua pihak bersedih di atas kepergian Hyemi.

Termasuk Hangyeol. Gila tak gila, kematian Eul dan Hyemi berlaku pada tarikh yang sama di tempat berbeza dan pada waktu berbeza dengan kes berbeza. Tapi, satu perkara yang sama. Kematian mereka berdua membuatkan Hangyeol hampir gila.

Bagaimana Hansol, sama sahaja dengan kembarnya, Hangyeol. Mereka kembar. Sekurang-kurang pasti mereka tahu apa yang berlaku di antara satu sama lain.

Hansol tahu bila Hangyeol menangis dan Hangyeol tahu jika Hansol bersedih. Tapi mereka tidak pernah cuba memujuk satu sama lain. Sebaliknya,  memberikan ruang yang lebih luas daripada biasa.

Untuk melepaskan segalanya tanpa ada halangan. Untuk rasa kebebasan yang dapat menghapuskan sedikit kesedihan yang bertapa. Untuk menangis sepuasnya meratap kepergian orang tersayang. Untuk pilih sama ada untuk membenci atau menyayangi diri sendiri.

Kata lain, mereka hormat waktu bersendirian sesama sendiri. Tapi kau kena ingat, masa bersendiri ada hadnya juga. Lebih sahaja masanya, kau mungkin akan hanyut dalam dunia salahkan diri sendiri. Susah nak cakap tapi benda tu realiti.

Hansol

'Hangyeol, kau jangan menangis macam ni. Aku sayang kau sebab tu aku nak kau sembuh. Aku nak kau hidup bebas macam orang lain!' Hati Hansol sudah meronta.

Ah, ini yang susahnya jadi adik beradik! Ingat betul sangat ke drama tu? Aku nak cakap aku sayang Hangyeol pun hampir mustahil. Sumpah, kalau dengan adik-beradik tak terluah rasanya perkataan sayang itu.

" Kanta pembesar dekat mata kau tu boleh letak jauh-jauh lepas ni. Penat aku tengok kau bawak ke hulu ke hilir. Macam melekat dua guni beras dekat bawah mata tu. Dah la muka kau buruk, dengan dua kanta dah macam Pororo versi perempuan-." Hangyeol mencebik.

"Pororo comel. Da?" Hangyeol memotong pantas. Muka fed up ditayangkan.

"Jangan potong boleh tak? Pororo versi perempuan, kawan dia yang aligator tu. Eloklah dengan kau. Aligator dengan Hangyeol kan tak jauh bunyi dia."

Oi Hansol, punya jauh bunyi dia kau kata dekat? Ni kamus mana kau belasah ni? Rasanya Kamus Dewan Bandaraya gamaknya.

"Ha, kau memang. Asalkan nampak aku, mulalah mulut becok kau hentam aku. Aku nak masuk bilik bedah pun sempat kutuk lagi." Kering terus air mata Hangyeol. Susah nak feeling bila ada abang kurang kegunaannya macam Hansol.

"Kata nama kau Choi Hangyeol. Alah, kalau kau fight dengan singa pun aku yakin singa tu kalah. Setakat nak tampung 2 ekor gajah setiap masa pun kau releks je. 1atm tu kau tak ada hal lah. Takkan nak fight dengan besi pun kau takut?"

Jangan nak semakkan diri dengan pressure dekat sini. Nak on the way dewan bedah pun sempat lagi menyekolahkan Hangyeol? Tak tahu nak bangga ke nak ketawa.

"Jangan sebut pasal atmospheric pressu-"

"Ya, ya. Selingan. Kau kan tak masuk sekolah lama. Penat aku nak ajar kau balik. Dah la pick up lambat macam data aku." Hangyeol rasa nak tampar sahaja muka Hansol.

"Mentang-mentang kita kembar, suka hati tok nenek kau je kan kutuk aku. Ingat apa? Member?" Hansol sudah tersenyum sipu. Adalah tu idea nak menyakat!

"Hangyeol.. Tok kau, tok aku jugak. Nenek kau, nenek aku jugak. Member? Kita kembar aka member. Kecil-kecil aku juga yang dukung kau. Kalau tak mengaku, tak tahu nak cakap." Hangyeol malu sendiri.

"Alah, dukung sikit pun nak kecoh." Hangyeol sumpah menyampah tahap maksima.

"Sikit kau kata? Naik kejang urat lutut aku angkat kau dari sekolah sampai rumah. Kau makan banyak mana hari tu?" Merah muka Hangyeol.

"Berat jangan main. Dulu masa gred 1, aku yang angkat kau tahu tak?" Hansol mencebik.

"Mengaku jelah kita masa sekolah rendah dua-dua badan chubby. Kalau aku tembam, kau pun tembam. Habis cerita." Mereka tergelak sendiri. Hilang sedikit gugup yang bertapa di hati Hangyeol.

"Kalau pembedahan ni berjaya, kau kena jaga aku pulak." Hansol tersenyum makna. Biarlah rahsia itu hanya diketahui dia dan Wonwoo.

"Jaga kau? Patutnya kau yang sihat jaga aku. Terbalik kuang aku yang kena jaga kau. Kalau dah nama Hansol, memang Hansol jugalah." Hangyeol menggeleng.

"Kau ni, tak sportinglah. Aku tak ada nanti baru kau teriak panggil aku. Kata, 'Hansol, kau janganlah tinggalkan aku!'. Heh! " Jenaka Hansol disambut galak oleh Hangyeol.

"Ah, tak ada makna aku nak sedih. Aku hantar kau dengan senyum lagi adalah. Boleh aku ambil bilik kau, baju kau, nota kau, banyak benefit!" Hangyeol menyambung jenaka.

"Bagus. Macam nilah adik aku." Hansol mengusap sambil menarik-narik rambut Hangyeol. Tapi sejujurnya, kalau dia tak menangis bila aku pergi nanti, tak ada aku risau.

"Rosaklah rambut aku! Aish, kau ni!" Tangan Hansol ditepis dan segera rambutnya dibetulkan. Hansol ketawa halus. Padan muka!

Hansol berdiam sejenak. Terasa sayu sebenarnya. Dia berada di tengah di antara dia dan Hangyeol. Keadaan seri dimana sama ada dia yang pergi, atau Hangyeol.

"Buka mata nanti kau cari eomma dengan appa. Aku tak ada." Hangyeol agak sentap.

"Takkan masa aku buka mata pun kau nak lebihkan benda lain?" Sedih pulak? Tadi beria suka aku tak asa. Hansol mencubit pipi Hangyeol geram.

"Aku ada kerja la senget. Hari-hari aku datang lawat kau nanti tu cukuplah." Hangyeol kembali tersenyum. Dia tahu Hansol hanya main-main.

"Nanti bawa buku cerita tau. Bacakan untuk aku. Sementara dunia aku gelap, kau cerahkanlah." Hansol mengetap gigi. Geli dengan adiknya seorang ini. Nak cia cia ke tak nak?

"Apa kau ingat aku storyteller? Mengadalah kau." Hansol menggeleng tanda membangkang. Buku biologi yang tersadai pun tidak dikhatam walau satu pertiga daripadanya.

"Masa-masa macam ni lah kau kena belajar berbakti dekat kembar kau ni. Alah, nanti dah sihat aku belanjalah kau minum Mocha hari-hari." Pujuk Hangyeol.

"Bukak movie je lah. Laptop." Senyuman Hangyeol kendur.

"Nanti aku rindu nak tengok benda. Baik kau baca buku, lagi best."

Ah, Hangyeol! Kau pandai buat kembar kau sengsara dengan satu ayat padu!

"Aku tak faham kenapa aku kena mengalah dengan kau setiap kali kita bergaduh benda ciput-ciput ni. Ya lah. Kau menang. Tapi aku memang tuntut Mocha aku eh. Hari-hari, tiada kompromi. Kalau nak aku panggil kau guni beras, aligator, Hangyeol si biul, kau buatlah perangai tak menepati janji tu."

"Aye aye sir!"

"Em.. ehem.. " Hansol sedaya upaya cuba menahan gelaknya yang terletus. Bukan gila nak gelak tiba-tiba, cuma.. pandai Hangyeol buat lawak.

"Kau dah kenapa gelak-gelak? Apa yang lawak sangat?" Hansol tersenyum lebar.

"Hangyeol adikku yang senget lagi mereng, kau nak masuk sana dengan segala mascara, eyeliner, blusher, siap bertindik subang gelang tangan, apa masalah kau?" Hansol mengangkat kening.

"Lupa!"

Kelam kabut pakai baju hospital sampai lupa nak tanggalkan make-up. Nasib baik si Hansol ni perasan!

"Dah, tak payah bangun dari katil. Aku buangkan." Hansol berjalan ke arah beg Hangyeol dan mencapai segala keperluan untuk membuang make-up.

Tisu basah di lap pada pipi Hangyeol. Tidak tahulah betul ke tidak, tapi dia selalu nampak Hangyeol buat sebegitu.

"Regardles apa je yang jadi bila kau buka mata nanti, kau beranikan diri bukak besar-besar. Banyak aku melabur untuk kau sampai poket aku pun kering kontang. Kau kena tahu yang.. Yang.." Hansol terasa bahang untuk menyambung.

"Tahu apa?" Hangyeol hanya memejam matanya. Dibiarkan tangan Hansol melayang di wajahnya untuk membersihkan sisa make-up.

"Aku sayang adik aku. Aku tak kata kau. Jangan perasan." Hansol menyambung kerjanya. Fuh, merah telinga!

"Aku pun sayang abang aku. Kau pun tak payah nak perasan."

Mereka tersenyum bersama. Semoga hari-hari Hangyeol akan secerah bulan dan ditemani bintang-bintang.

"Kau kena kuat. Aku takut aku tak ada nak jaga kau. Aku takut aku pergi dulu sebelum kau."

Kalaulah meluah tu semudah prego.

"Pesakit Choi Hangyeol, katil 374, dah sedia? Kita akan bertolak ke bilik pembedahan." Seorang doktor bertag nama "Kang Hyun" tersenyum ke arah Hangyeol bersama dengan jururawat dan doktor pengiring.

"D-Doktor.. Laser kan?" Gugup Hangyeol masih berbaki.

"Awak jangan risau. 50% jauh lebih baik daripada tak ada kemungkinan kan? Yang penting, awak kena kuat dan lawan semuanya. Faham?" Doktor Kang tersenyum.

"Nanti aku balik tau. Tunggu aku." Hangyeol terus berbaring dikatilnya dan dia dibawa pergi ke bilik pembedahan.

"Kau patut- Kau kena balik."

--
[Jae]

Hansol dan Hangyeol merupakan watak sangat besar kali ni. Stay tune!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro