::: 18 :::
- Pricked // Mino & Taehyun
-----
Wonwoo senyap. Masih dalam keadaan tidak percaya. Tak, tak mungkin Chan mati. Ini cuma mimpi. Tak, semua ni hanya khayalan dia. Tak masuk akal lah Chan mati. Dia baru pergi sebentar.
"Wonwoo-yah, eomma tahu kamu tak dapat terima semua ni. Cuba ya? Perlahan-lahan."
Wonwoo tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia.. Keliru. Chan yang sering mencipta janji. Mungkin kah kata-katanya dulu akhirnya menjadi kenyataan?
'Annyeong..'
Saat mereka berpisah. Janji Chan bahawa mereka tidak akan bertemu kembali. Sampai bila-bila... Selamanya. Wah, kejam.
"Eomma.."
"Eum?"
"Kalau pelangi tu indah, kalau bintang tu cerah, kalau musim luruh tu bermakna, kenapa setiap permulaan pasti ada pengakhirannya?
Wonwoo masih cuba mencari jawapan bagi soalan ni.. Keunyang.."
Eomma agak tersentak. Kenapa terciptanya perkataan mati sedangkan yang di dunia semuanya indah belaka?
"Sebab, kita dekat sini tak lama, sayang. Dunia yang kita tinggal ni, sementara. Yang kekal, di atas sana. Kehidupan kedua. Arrasseo, addeul?"
Wonwoo tersenyum. Penerimaannya kali ini jauh berbeza dengan jangkaan eommanya. Jauh meleset. Jauh sekali menyimpang.
Fikir eommanya, dia bakal memberontak gila dan cuba segalanya untuk membetulkan takdir, mengubah fakta bahawa Chan yang sudah mati masih hidup.
"Eomma, Wonwoo tidur dulu eoh? Penat. Wonwoo tak larat nak berjaga lama."
"Eum, ja."
Wonwoo tersenyum kecil sebelum dia tidur. Dia meratakan bantalnya perlahan. Bersedia untuk tidur Jeon Wonwoo.
Tidur kau akan jadi yang terpanjang dan kau akan dapatkan apa yang kau mahu. Sekejap, apa maksud ayat tu?
Ayat tu? Nanti kau akan tahu.
--
Jihoon menyepak batu kerikil berdekatan dengan taman di hospital. Dia gembira. Gembira? Kenapa gembira?
Semuanya sebab Chan. Chan dah mati, hanya tinggal Wonwoo dan Mingyu. Dia hanya perlu mengheret mereka berdua bukan?
Waras? Tolonglah. Rasanya dia yang cheonsa pun ternganga menghadapi situasi sebegitu. Satu situasi dasyat yang menghapuskan kegembiraan.
Kisah di sebalik tabir, Chan yang pergi buat selamanya. Mingyu yang masih di tahan wad. Jungin yang setia, tetapi seolah-olah robot.
Sudah tiada perasaan gamaknya budak tu. Eomma Wonwoo? Appa Wonwoo? Dua-dua masih terkelu sehingga ke hari ini.
Eomma tirinya? Hidup sebagai seseorang yang diiktiraf gila. Berbahagialah di suatu kawasan khas di mana semuanya akan terkawal sekalipun kau buat hal.
Seungkwan? Hanya dia yang masih meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa. Satu-satunya manusia yang dapat menerima semua yang terjadi dengan baik.
Bukan kerana dia terima atau dia perlu teruskan hidup, hanya itu yang dia mampu. Sekalipun dia memberontak, dia tiada sesiapa.
Banyak yang terjadi hanya dalam masa seminggu. Sah penceraian eommanya dengan appa tirinya.
Kini tinggal dia. Tak banyak yang dia boleh lakukan. Dua lorong. Dua-dua gelap. Dia cuma redah dan sekalipun dia mati di pertengahan antara dua jalan, itu takdir dia.
Jihoon? Soonyoung? Jihoon bergembira dengan jasad yang dipinjamnya. Kegembiraan dalam kesakitan. Mungkin bibirnya tersenyum manis. Hatinya di toreh halus.
Cukup untuk membuatkan dia mati bagi kali kedua. Lebih sakit daripada kematian pertamanya kerana perasaan ini membunuhnya secara halus.
Dan cara halus lebih sakit. Tiada pisau. Hanyalah perbuatan dan perkataan yang lebih tajam daripada pisau yang baru diasah.
Jihoon menatap ke arah awan. Dia rindukan tempat asalnya. Pilihan yang salah untuk muncul sebagai Soonyoung.
Sepatutnya dia memerhatikan mereka dari jauh dan tidak campur tangan. Semuanya makin berserabut.
Telefon bimbit milik Soonyoung berbunyi. Pasti cheonsa Yun di corong yang satu lagi. Mahu atau tidak, panggilan itu bersahut.
"Cheonsa Lee! Balik sekarang! Kau tahu tak, dengan perbuatan kau, takdir mereka menjadi huru-hara?"
"Seonsaengnim, apa yang boleh dibuat? Untuk membetulkan huru-hara ni?"
"Tamatkan perjuangan kau di sana, dan balik! Kau tahu tak Cheonsa Shin dah bising?"
"Ani- takkan nak tinggalkan mereka dalam keadaan.. begini?"
"Aku, Cheonsa Yun, mengarahkan Cheonsa Lee pulang ke awan dalam tempoh masa 24 jam. Jikalau tidak, kedudukan kau sebagai cheonsa akan ditarik semula. Faham?"
"Faham.."
"Okay? Kkeut!"
Panggilan telefon berakhir. Ah, semuanya serba tidak kena. Lihat sajalah apa yang akan berlaku.
"Aku tak ada pilihan, hanya yang ini. Yeldera, mianhae..."
-----
Wonwoo memejamkan matanya. Moga-moga apa yang diperdengarkan hari ini hanyalah mimpi semata.
Dia akan bangun pada hari esok dan semuanya akan kembali seperti asal. Pasti, ini cuma mimpi.
Sekalipun Chan pergi, dia akan bangun untuk menjadi seseorang yang baru. Dia tidak mahu menangis.
Walaupun menangis adalah kepakarannya, dia cuba memilih untuk bangun meskipun perit.
Ah, Wonwoo! Jangan tipu diri sendiri! Kau bukannya sekuat itu! Kau cumalah seorang manusia yang sering jatuh dan lemah!
Kau lemah Wonwoo! Kau lemah!
Musim kegembiraan kau akan tamat tak berapa hari sahaja lagi. Musim luruh bakal bertukar ganti.
Lupakan Wonwoo. Kau terlalu terluka, mustahil untuk kau bangkit menjadi diri sendiri dan tunjukkan senyuman palsu kau pada semua orang.
Eomma sudah beredar. Menangis barangkali. Matanya tadi sudah puas menahan empangan yang sudahpun retak. Biarkan dia bersendiri.
Perlahan bunyi tapak kasut memenuhi ruangan itu. Derap tapak kaki yang penuh kesedihan.
"Bangun."
Suara serak-serak basah yang pastinya milik Jungin. Terlalu banyak menangis mungkin.
"Aku kata bangun."
Wonwoo membuka kelopak matanya dan berpusing menghala ke arah Jungin. Mata Jungin membengkak teruk. Jauh lebih teruk daripada eomma.
"Aku tak suruh kau buka mata kau dan berpaling ke arah aku. Aku suruh kau bangun, berdiri."
Perlahan Wonwoo menurut kata Jungin. Mengumpul segala kudrat yang masih berbaki. Tangan Wonwoo direntap pantas.
Kerusi roda di ambil dan dibuka. Kasar Jungin memaksa Wonwoo untuk duduk. Laju sahaja Jungin menolak Wonwoo.
Mereka menuju ke arah sebuah lagi wad yang agak berjauhan darinya. Pastinya milik Mingyu.
Air mata Jungin menitis makin laju searus dengan langkahnya yang besar. Seolah-olah dia dikejar hantu.
"Bangun."
Mereka tiba di pintu kecemasan yang menuju ke arah tangga. Dia fikir dia bakal bertemu Mingyu. Meleset.
Wonwoo menjadi pak turut. Biarlah dia menurut kata mereka hari ini. Tiada daya pun untuk melawan.
Wonwoo bangun dan dengan paksaan Jungin, mereka menapak naik ke aras paling atas hospital. Apa yang bakal menanti mereka di tingkat atas nanti?
Sesampainya di tingkat atas, Jungin melepaskan pegangannya kepada Wonwoo. Wonwoo berjalan perlahan dan berpaut pada apa yang ada.
Sesusuk tubuh yang membisu menanti mereka di tingkat atas dengan kerusi roda. Wonwoo cuba mengecam tubuh tersebut.
Jungin tersenyum lebar. Air matanya tidak putus mengalir. Hatinya menderita. Entah apa reaksi yang akan diberikan oleh Wonwoo.
Wonwoo berjalan perlahan ke arah kerusi roda itu. Tempat di mana Jungin berdiri bersama sesusuk tubuh. Wonwoo meninjau keadaan sekeliling. Begitu juga dengan susuk tubuh itu.
Wonwoo kaku. Lututnya lemah. Dia terduduk. Ini bukan apa yang dia bayangkan. Ini jauh lebih teruk dari apa yang dia bayangkan.
"Kau dah nampak? Inilah apa yang kau tinggalkan hanya dalam masa seminggu. Takjub? Atau.. Terkejut?"
Wonwoo menggeletar. Lututnya dirapatkan ke dadanya. Tak.. Tak mungkin. Ini semua tipu. Ini semua khayalan.
"Hahaha. Kenapa menangis? Ini yang jadi Wonwoo! Ini kenyataan!"
Jungin menjerit kuat di atas bangunan tersebut. Sesusuk tubuh itu turut mengalirkan air matanya dalam diam.
"Kau tipu Jungin. Kau tipu."
Kata-kata perlahan yang keluar dari mulut Wonwoo membuatkan Jungin ketawa berdekah. Tidak tahu ingin di katakan apa lagi.
"Aku pun harap semua ni tipu! Aku harap ini semua khayalan aku!"
Jungin menghambur marah. Dia betul-betul berkecamuk kali ini. Kali ini betul dia berada di tahap terakhir kepercayaannya.
Jungin turut terduduk. Ah! Dia bencikan segalanya! Jungin menekup mukanya. Kenapa semua ni terlalu kejam?
"Kenapa.. Semua ni.. Gila.."
Wonwoo menggigit kukunya. Tubuhnya dipeluk kejap. Jelas terserlah ketakutan pada iris matanya. Inilah kenyataannya Wonwoo.
"Dengan mata kepala kau sendiri, kau tengok, apa yang aku harungi dalam masa seminggu. Bandar ni gila! Masyarakat ni gila! Tak, dunia ni dah hilang akal gamaknya!
Seminggu Wonwoo! Seminggu! Berulang kali aku tengok tayangan video Chan membunuh. Dengan mata kepala aku, semua orang tuding jari ke arah Chan!
Sanggup mereka.. Banner sebesar alam.. Chan.. Mereka fikir mereka siapa? Malaikat? Tak! Semua manusia pasti ada titik hitam dalam hati mereka!
Kenapa menghukum sedangkan langsung tidak tahu siapa Chan? Chan dah mati pun! Kau tengok kejamnya mereka.. Aku sakit.."
Wonwoo masih menggeletar. Bertapa dalam masa seminggu dunianya berputar 360 darjah. Paksi hidupnya bagaikan terbalik.
"Mingyu.. Semua ni salah kau Wonwoo. Salah kau! Semua ni salah kau!"
Jungin berpaut pada kerusi roda milik Mingyu. Ya, Mingyu pemilik kerusi roda itu. Secara rasminya, dia akan menggunakan kerusi roda itu buat sepanjang hayatnya.
"Kau tahu tak? Mingyu.. Mingyu.. Dia takkan pernah kembali ke normal. Ada sebabnya aku suruh kau panjat tangga tu.
Kenapa? Kau masih dikurniakan tubuh yang sihat. Kau masih boleh gunakan anggota badan kau.
Berbeza dengan kawan baik kau, Mingyu. Dia lumpuh Wonwoo! Lumpuh! Aku yang kena hadap fakta ni!
Sedangkan kau? Kau buat apa? Tidur? Senang lenang? Saat semua benda huru-hara, kau mana?
Kau cuma berbaring dan bertaruh nyawa kau. Malah, kau hanya bertarung di dewan pembedahan.
Mingyu? Aku? Parents kau? Kami cuba bertahan dengan apa yang ada demi adik kau! Demi kau! Kau ni pentingkan diri!"
Jungin meletakkan salah di atas bahu Wonwoo. Dia tiada sesiapa lagi untuk dipersalahkan.
Manusia yang telah menjaganya, manusia yang menyayanginya, tak akan pernah kembali ke keadaan asal.
Siapa sahaja yang tak naik gila? Orang yang waras pun boleh gilalah.
"Aku.. Aku tak nak hidup. Aku nak mati.."
Wonwoo bingkas bangun dan menuju ke hujung bangunan. Bersedia untuk memanjat tembok. Jungin ketawa kuat. Kau ni kelakarlah Jeon Wonwoo.
"Nak buat apa Wonwoo? Terjun? Apa hak yang kau ada untuk terjun? Apa hak yang kau ada untuk lepas tangan?
Mingyu mempertaruhkan kehidupan dia demi kau. Demi sayangkan kau. Dan apa? Kau nak terjun? Dasar pengecut!"
Wonwoo terhenti. Dengan ketakutan yang menyelubungi dirinya, dia berjalan ke arah Jungin.
"Habis kau nak aku buat apa?! Cakaplah!"
Wonwoo menengking Jungin. Dia.. Buntu. Satu dunia seolah-olah membencinya dan memaksanya untuk mati. Semua orang dah gila. Dunia ni betul-betul dah hilang akal.
"Betulkan segala-galanya."
Satu ayat yang cukup membunuh. Bagaimana dia nak betulkan semuanya? Bagaimana dia nak pulihkan Mingyu? Mustahil dia boleh buat semua tu.
"Keumanhae. Nan kenchana.."
Akhirnya Mingyu bersuara setelah lama mendiamkan diri. Tidak sanggup dia melihat sahabat baiknya itu hilang arah. Cukuplah kesakitan yang dia tanggung.
"Ani! Wonwoo kena bertanggungjawab! Dia yang mulakan segalanya! Kau kena pulih!"
Mingyu mengetap bibirnya. Genggaman penumbuk dikejapkan. Segala memori yang pernah dilalui berlegar di ruang mindanya.
"Kenapa aku perlu pulih? Dan kenapa dia perlu bertanggungjawab?"
Soalan maut Mingyu membuatkan Jungin menggelegak. Entah apa tidak kena dengan perempuan ini.
"Kau istimewa Mingyu! Kau ada hidup! Kau ada masa depan! Macam mana kau nak teruskan hidup dengan keadaan macam ni? Kau mangsa Mingyu! Kau mangsa!"
Mingyu memandang alis mata Jungin. Dia betul terseksa. Fahamlah dia bahawa hanya dia tempat Jungin bergantung.
"Dengar sini Jungin. Aku yang pilih jalan ni. Aku yang sanggup gadaikan hidup aku. Wonwoo pun mangsa. Kita semua mangsa.
Jangan salahkan Wonwoo eoh? Dia tak pernah pun minta semua ni berlaku. Tak pernah terdetik pun. Bukan salah dia, Jungin.
Aturan takdir yang menemukan kita dan aturan takdir yang membuatkan kita lalui setiap perih kehidupan. Aku tahu susah. Aku tahu kau penat. Bertahan sikit je lagi, eoh?"
Wonwoo memandang ke arah dua sahabatnya. Seorang sudah pasrah. Seorang menyalahkannya. Betullah. Dia ini menyusahkan.
Jika difikirkan semula, dia yang mulakan segalanya dan Chan menjadi mangsa. Dia yang tinggalkan dunia. Mingyu menjadi mangsa, lumpuh separuh badan.
Jungin terseksa fizikal dan secara mental. Dua-dua bunuh dia. Aku? Aku dah lama mati. Secara roh dan jasadnya aku hidup. Tetapi secara dalamannya, kehidupan sudah lama terhenti.
"Apa aku perlu buat? Untuk betulkan segalanya?" Soalan Wonwoo yang diterima dengan decitan kuat.
"Kembalikan segalanya pada asal. Saat di mana Chan masih hidup dan Mingyu sihat sepenuhnya. Kalau kau tak mampu, jangan tunjuk muka kau depan aku."
Jungin tersenyum sinis.
"Kau suruh aku hidup. Kau tak bagi aku bunuh diri. Kau suruh aku hidupkan Chan. Kau arahkan aku kembalikan Mingyu ke keadaan asal.
Nak tahu satu benda? Kau cumalah orang baru. Kau tak tahu apa yang aku lalui. Apa yang aku rasa.
Jangan berlagak macam kau kenal aku seumur hidup kau. Kau pun menumpang. Kenapa tunjuk lagak seolah-olah kau dah hidup lama?
Kau nak aku turut kata kau? Aku pun nyawa-nyawa ikan, ada hati nak ikut kata kau? Pergi mati."
Wonwoo mengembalikan senyuman sinis kepada Jungin. Tersentak akan kata-kata Wonwoo, dia menunduk ke tanah.
"Lagi satu. Aku menyesal ikut kau datang sini. Aku sepatutnya dah tidur saat ni. Sebab kau, rancangan aku tergendala.
Tahu tidur apa? Tidur terus. Mati. Sial betul."
Hanya dalam masa beberapa saat Wonwoo bertukar karakter.
"Kau gila."
-----
Jihoon bersedia untuk pengakhirannya. Dia yang ambil pilihan ni. Dia perlu turutkan. Tiada pilihan lain.
Pengakhiran yang menyedihkan bagi mereka semua. Tetapi satu-satunya cara untuk buat kesemua mereka hidup bebas.
"Mianhae. Tapi aku pasti kau semua akan bahagia. Aku janji."
-----
[Author]
Treasure bakal menemukan pengakhirannya. Annyeong!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro