Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: 15 :::

Chan tersenyum puas. Dia keluar dari kelas dengan penuh kepuasan. Loceng tamat waktu persekolahan bebunyi. Chan berjalan menuju ke pagar.

Pagar di seberangi. Kisah apa dia? Buat apa dia jaga hati orang? Padahal orang layan dia macam sampah. Sampah dibalas dengan sampah.

Pyeong terduduk di dalam kelas. Menahan perit di perutnya. Siapa sangka? Chan membawa pisau dan berjaya menikam perut Pyeong.

Buat kali pertama Pyeong berdepan dengan manusia bermasalah yang sebenar. Kali pertama dia di lawan dan semua rakannya tergamam.

Pyeong memilih untuk senyap. Dia tahu apa yang akan dilakukan. Chan bukan budak biasa. Dia luar biasa dan luar jangkaan. Bukan setakat menikam, membunuh pun dia sanggup.

Chan membawa keluar sekotak rokok dari dalam beg sekolahnya. Pemetik api dinyalakan. Ruang udara dipenuhi dengan asap kotor yang memberi kenikmatan pada siapa yang ketagih akan nya.

Baju sekolah di campak ke atas jalan. Seluar digunting dan meninggalkan seluar jeans koyak lutut berwarna hitam di bawah seluar sekolah. Kasut sekolah di campak masuk ke dalam longkang. Kasut vans menggantikannya. Beg sekolah dilempar.

" I'm free!"

Chan masih tersedut-sedut asap rokok yang memeningkan itu. Dia menuju ke arcade berbekalkan duit 500 dollar yang diberikan oleh appanya.

Siang sudah berganti malam. Dengan gembiranya Chan menuju ke arah tempat yang paling meriah pada sebelah malam. Di mana dia boleh menjadi seliar yang dia suka dan sebodoh yang mungkin.

Pub dituju. Dia masuk dengan pass vip. Mujurlah Chan agak tinggi bagi kanak-kanak berumur 10 tahun. Wine dan alkohol diteguk rakus. Matanya meliar melihat kepada kecantikkan gadis-gadis yang menarik perhatiannya.

Dia masih budak lelaki.

Chan mabuk. Habis merah mukanya. Dia berjalan melelong. Tandas dituju. Rasa pening menghantuinya. Mual. Selaju mungkin dia mencari mangkuk tandas. Habis dia keluarkan segala isi perutnya.

Seksa yang amat. Dia muntah dan terus muntah. Mulutnya di lap. Kewarasannya mula muncul kembali. Kewarasan yang tenggelam dek air yang menghipnosis diri sendiri.

Chan membasuh mulutnya di singki. Dia merenung wajahnya. Memori sebagai Chan yang lama mula muncul di permukaan cermin di hadapannya. Dia pernah bahagia. Dia pernah tahu apa itu bahagia. Sayang, bahagia itu dah hilang. Searus dengan perubahan dirinya.

Seorang lelaki memandang ke arah Chan. Tangannya bersilang. Tak sepatutnya budak boleh lepas masuk ke dalam tempat neraka ni. Dia hanya melihat gerak geri budak itu.

Chan menghembus nafas perlahan. Dia menuju keluar dari tandas dan keluar dari pub. Tak ada hati mahu berlama di situ. Chan berjalan terhuyung hayang. Tiada siapa faham dia. Tak.. Tiada siapa akan pernah faham dia.

--

Wonwoo diheret masuk ke dalam kereta. Dia masih dalam keadaan tidak sedar selepas disuntik ubat penenang. Eomma Wonwoo hanya mampu menggigit bibir. Semua salah dia. Dialah punca.

Kereta dipandu lama sehingga menemukan mereka dengan permandangan laut yang indah. Jauh berbeza sekali dengan hati mereka yang sedang bergelora. Bagaikan ada tsunami yang melanda. Jiwa kacau.

Wonwoo menangis dalam mimpi. Entah apa yang dia mengigau sehingga menangis. Eomma menghentikan kereta. Melihat laut. Jiwanya perlu tenang. Dia sudah berjanji untuk menebus dosanya dan dia perlu tunaikan. Walau apa pun yang berlaku.

Wonwoo terjaga. Dia melihat sekeliling. Perlahan-lahan cuba mengimbas kembali apa yang telah terjadi dan bagaimana dia boleh berakhir di sini. Ya, dia ingat. Ubat penenang disuntik oleh seseorang ke dalam badannya.

Seraut wajah luka menyakitkan hati menghancurkan angin baiknya. Habis datang kembali semua kesakitannya. Dia tak suka. Dia benci. Lebih dari apa saja. Buat apa perempuan tu munculkan diri? Menyemak. Sakit mata.

Wonwoo keluar dari kereta. Eomma yang perasan akan kehilangan Wonwoo segera berjalan mengejar Wonwoo. Wonwoo berjalan pantas manakala eomma berlari untuk mengejar. Apalah dosa mereka dua beranak sehingga jadi begini.

"Wonwoo-yah." Eomma memanggil lembut nama Wonwoo. Wonwoo tidak memberi kata balas. Kakinya masih laju berjalan.

"Jeon Wonwoo!" Wonwoo berhenti dan memandang ke belakang. Mukanya yang tidak puas hati jelas terserlah.

"Eomma nak apa sebenarnya?"

"Eomma mianhae. Semua ni salah eomma. Eomma minta maaf Wonwoo. Atas semuanya."

"Habis tu? Eomma nak Wonwoo buat apa? Cuba cakap. Eomma nak Wonwoo buat apa sebenarnya? Nak jadikan semua macam dulu? Dulu ke sekarang ke, dua dua aku terseksa!" Wonwoo tenggelam dalam amarah.

"Eomma nak kita bersatu. Eomma nak tebus salah eomma. Salahkah Wonwoo?"Wonwoo mendecit. Entahlah. Hendak rasa marah atau sedih.

"Haha. Tak, tak salah. Tapi malangnya, itulah benda paling mustahil dalam dunia ni dan peluang untuk bersatu dah lama lenyap saat Chan tinggalkan kita. Eomma apa tahu?"

"Wonwoo, setiap yang jadi ada jalan penyelesaiannya. Dengar cakap eomma, eomma sayangkan kamu, eomma sayangkan Chan. Tolonglah berikan satu peluang untuk eomma. Eomma.. Merayu."

"Haha.."

Mata Wonwoo mula berair. Cakaplah, siapa sahaja dalam dunia ni yang benci akan eomma sendiri? Sekalipun benci, sekelumit rasa sayang pasti akan hadir juga. Dalam sedar atau tanpa sedar.

"Eomma nak tahu satu benda?"

"Apa dia?"

"Sepanjang Wonwoo hidup, sepanjang Wonwoo duduk dekat rumah lama kita, Wonwoo cuma nak dua benda. Satu, Jihoon hidup balik ataupun Wonwoo yang pergi jumpa dia. Dua, eomma dengan appa berbaik.

Eomma tahu tak berapa lama Wonwoo tunggu saat kita satu keluarga bersatu macam keluarga orang lain? Sepanjang hidup Wonwoo! Wonwoo nak eomma dengan appa berbaik! Susah ke?

Peluang? Dan cukup lama Wonwoo tunggu dengan harapan. Hati ni, sampai dah tak kenal apa tu kasih sayang seorang ibu. Sampai dah tak tahu apa tu kasih sayang seorang appa.

Pernah eomma terfikir? Pernah tak terlintas dalam kepala eomma? Anak mana yang tak sayang eomma dengan appa sendiri? Sayang yang Wonwoo dah tawar hati sangat eomma. Sampai tengok muka eomma pun dah rasa benci.

Semua ni menjawab persoalan eomma? Cukupkan jawapan ni?"

Eomma tergamam. Tak, sejujurnya perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya. Orang kata, hari yang mendung pasti akan cerah juga. Tapi apa ni? Semuanya mendung.

"Cukup untuk eomma tahu anak eomma ni sayangkan eomma dan eomma hampakan dia."

Perlahan eomma memeluk Wonwoo. Belakang Wonwoo diusap perlahan. Tanpa sedar Wonwoo menitiskan air mata. Tiada kata dapat diucap. Dia benci, dia sakit, dia terluka dalam masa yang sama dia bingung. Kenapa semua benda jadi macam ni?

--

Jungin masih mogok lapar. Sudah berapa hari dia langsung tidak makan dan minum? Mingyu tak faham akan Jungin. Gila betul. Nak benda tu sampai sanggup berlapar? Cerdik sangatlah tu.

"Ha, mogok lapar sampai kau mampus! Tak payah susah-susah aku beli makanan untuk kau. Kalau nak mampus, mampus awal! Senang! Tak payah susahkan aku. Faham?"

Mingyu duduk menyandar di pintu bilik Jungin. Dia berfikir sejenak. Bagaimana semua benda ini boleh terjadi? Kalau diikutkan, makin hari, makin berselirat. Semua makin teruk. Bukannya makin pulih. Jujur, dia sahaja yang masih normal.

"Mingyu.."

"Apa?"

"Tolong aku.. Boleh?"

"Tolong? Maksud kau?"

Keadaan senyap sebentar sebelum bunyi raungan kedengaran. Mingyu yang terkejut cepat membuka kunci. Jungin terbaring lemah. Badannya penuh darah.

"Lagi?"

Mingyu hanya boleh menampar dahinya dan menggeleng kepala. Mana la Jungin dapat pisau? Rasanya sudah di kosongkan bilik itu sebelum di kurung Jungin di situ.

Mingyu membuka ikatan pada tangan dan kaki Jungin. Jungin dalam keadaan tidak sedar. Bukan sahaja penuh torehan, badannya sangat panas.

Mingyu membersihkan luka dan mengelap peluh dan badan Jungin. Tak sangka dia akan buat kerja- kerja begitu dalam cuti persekolahannya. Heol!

"Haih..."

Dengan setianya Mingyu menemani Jungin. Sehingga Mingyu tertidur dek kerana keletihan melampau. Gamaknya sudah 3 ke 4 hari dia tidak tidur. Mengawas Jungin punya pasal

Jungin tersedar. Kepalanya masih berat dan dia masih pening. Ketagih? Sudah hilang sebenarnya. Itu cuma... Dirinya yang asal. Dia yang sebenar. Teruk bukan? Haha. Bukan nak minta simpati, tapi itulah diri dia. Kesian kan?

Jungin bergerak sedikit dan Mingyu terjaga. Perkara pertama yang Mingyu lakukan, membelai rambut Jungin lembut dan menatap wajah Jungin dalam. Seakan-akan seseorang yang sangat rindukan diri dia yang pernah dikenali.

"Macam mana? Kurang sikit?"

Jungin mengangguk perlahan. Mingyu memeluk tubuh Jungin dengan lebih erat. Sekejap yang mungkin. Terasa risau yang amat sebenarnya.

"Jangan buat aku risau. Appeo-jimalgo."

Tindakan Mingyu memebuatkan muka Jungin yang merah disebabkan panas bertanbah merah. Serius ke..... Ni?

"D- Dia.... k- kiss .. da- dahi.....a- aku?!"

Jungin terkejut habis. Mingyu sudah ketawa. Kim Mingyu. Seorang lelaki yang tidak dapat dijangka terkadang manis, terkadang pahit dan terkadang terlebih masam. Baru beberapa hari lepas mengamuk kalah harimau. Pelik...

"Aku sayang kau. Jadi, tolong cepat sembuh. Lagi baik kalau ketagih kau hilang."

Mingyu membenamkan kepalanya di bantal bersebelahan Jungin. Semakin enak dibuai mimpi yang baru hendak mulakan penggambarannya.

"....... Aku tak nak terus tengok kau macam ni. Sakit."

Perlahan tapi sempat di tangkap oleh telinga Jungin. Jujur... Dia... Sayang Mingyu. Lebih. Bukan dia tak sukakan Wonwoo. Tapi dia tak mampu nak uruskan lelaki seperti Wonwoo. Sungguh. Wonwoo perlu cari seseorang yang sesuai.

Jungin menggagahkan dirinya untuk bergerak ke atas badan Mingyu. Mingyu yang mula terpejam tersentak dengan tindakan Jungin. Terus matanya terbuka. Mencari wajah Jungin tentunya.

"A- .. aku... pun.."

"Aku apa?"

"Suka. "

"Ha?"

"Sukalah."

"Suka apa?"

"Em.."

"Em?"

"Ah..em..."

"Ah, em. Cuba cakap betul-betul."

"Er..."

"Apa yang susahnya nak cakap!"

"KAU!"

"Aku?"

"Aku suka kaulah! KIM MINGYU!"

Mingyu tercengang. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku? Suka?

"Kau tak suka aku?"

Mingyu senyap. Wajahnya suram. Entah kenapa riak wajahnya bertukar dengan cepat.

"Tak."

Habis punah harapan Jungin. Habis selama ni? Tipulah? Pandai sungguh kau mainkan hati orang Mingyu. Dasyat habis.

Buang tenaga je dia syok sendiri. Cinta satu hala rupanya. Sedih sungguh. Wahai Hwa Jungin, bertabahlah. Masa depan akan jadi lebih baik. Bersabarlah untuk sikit je lagi. Kejap. Masa depan?

"Aku tak suka kau. Aku tak nak jadi kawan kau. Aku tak nak jadi pendengar setia kau. Aku tak nak rapat dengan kau macam kawan baik. Aku tak nak jadi satu pun. Sikit pun aku tak suka."

"Kau jahat..."

Jungin sudah hampir menangis. Entahlah. Ini jauh lebih kejam dari apa yang dijangkakannya. Sekurang-kurangnya, kawan baik.

"Kejam. Habis kenapa bagi aku harapan?!"

Habis Jungin mengamuk. Dalam keadaan demam panas, boleh lagi mereka berbincang hal ehwal perasaan. Kalau ya sekalipun, sembuh dulu baru bergaduh.

" Take note : sebab aku nak jadi yang paling istimewa. Bukan sekadar kawan, bukan sekadar pendengar masalah kau dan bukan juga penyelamat kecemasan kau. Aku nak jadi kekasih kau. Faham?

OHOI GELI CAA CAKAP GINI. Macam mana lelaki dekat luar sana boleh sebut ayat- ayat macam ni?"

Jungin menganga. Serius.. Ke ni? Ini mimpi ke halusinasi ke dejavu ke apa benda ni? Biar betul ni? Jungin pejam celik beberapa kali.

"Aku confess ni. Terima tak?"

"Terima la, gila."

"Ouch. Hahahahha XD"

"Gumawo. Jinja."

"Saranghae."

-----
[Author]

Heol. Chap yang pelik. Hahahaha. Oh oh! Untuk pengetahuan, dari "Treasure of Autumn" dipendekkan jadi "Treasure".

Apa yang akan berlaku seterusnya? Kisah lovey dovey? Kisah pasal thugs? Pasal gengster? Violent? Atau menyayat hati?

Moga-moga semuanya akan pulih ke asal. Nantikan " Treasure " apabila rahsia berharga sebenar tercipta!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro