::: 13 :::
Sudah hampir seminggu Wonwoo menghilang. Chan? Entah apa jadi pada dia. Entah hidup, entah mati. Entah sihat, entah sakit. Wonwoo tak dapat dikesan. Bukan tak dapat dikesan, langsung bayang pun tak nampak.
Cuti sekolah untuk penggal dua sudah bermula. Pencarian Wonwoo masih diteruskan. Mingyu perlu kuat saat ini. Dia menjadi sandaran bagi mereka semua. Terutama Jungin.
Mana Jungin? Pasti tertanyakan? Jungin dikurung. Tempoh dua minggu. 3 hari dah berlalu. Tinggal lagi 11 hari. Kenapa? Hanya kerana satu benda yang membinasakan, dadah.
Mujur Wonwoo tak tahu. Kalau tidak, mungkin Jungin dibelasah cukup-cukup. Dia benci dadah. Sangat- sangat. Tak kiralah perempuan atau lelaki, mengambil dadah adalah perkara yang paling bodoh baginya.
Masih ingat Seokmin? Di mana Jungin dan Seokmin bertemu di belakang sekolah. Ya, untuk mengambil dadah. Sejujurnya, mereka berdua punya kisah hitam tentang dadah.
"KIM MINGYU! Keluarkan aku dari sinilah, bodoh! Bagi aku barang tu! Aku nak barang aku!!" Jungin menjerit kuat. Bagaikan terkena histeria.
Mingyu biarkan. Dia perlu sabar. Dalam perubatan, dua minggu adalah tempoh yang paling menyeksakan bagi penagih dadah.
"Kau pekak ke ha?! Aku nak barang aku! Aku nak barang aku la... Aku cuma nak barang tu. Payah sangat ke?" Jungin makin kuat meronta. Badannya sakit dan dia rasa macam nak mati.
Dadah bertindak sebagai pengkhayal jika disalah gunakan. Dadah juga berupaya menjadi ubat tahan sakit. Apabila badan menjadi imune dengan dadah, ubat tahan sakit takkan memberikan kesan.
Sifat ketagihan akan memberi rangsangan pada tubuh badan dan itu yang menyebabkan rasa sakit dan ketagihan timbul apabila dadah yang diambil dalam kuantiti yang banyak, terhenti dalam jangka masa yang lama.
Tindak balas otak.
Jungin bertindak makin ganas. Pintu di ketuk-ketuk kuat. Segala jenis tendangan, tumbukan, dilepaskan pada pintu. Sengaja Mingyu kunci di dalam bilik.
Dia tak sanggup nak tengok Jungin menyeringai kesakitan. Semua tu pedih. Sakit. Tambah-tambah Jungin ialah orang yang sangat istemewa di hatinya. Kenapa semua benda jadi lebih teruk?
Pap!
Jungin berjaya lepaskan diri. Serabut, kusut! Pintu hadapan rumah dituju. Sungguh, terkejut dan pilu dalam masa yang sama. Macam mana boleh jadi teruk sampai macam ni?
"Jungin!"
Mingyu berjaya menangkapnya. Jungin berada di dalam pelukan Mingyu. Jungin menjerit dan bertindak ganas.
"Lepaslah! Ish, lepas! Kau jangan menyibuk hal aku boleh tak! Aku nak barang aku! Barang aku!" Mingyu memeluk Jungin dengan lebih erat. Tanpa dia sedar, dia.. Menangis.
"LEPAS!!" Jungin menyiku perut Mingyu tetapi Mingyu tetap bertahan. Mujur Mingyu bukan jenis cepat meradang.
"Persetan semuanya! Dasar bodoh! Aku mintak benda senang! Lepaskan aku! Hidup aku, aku punya pasal! Kau siapa? Eh, pergi mati la dengan semua ni! Aku cuma nak blah dari neraka ni dan setan macam kau!"
Mingyu masih bersabar walaupun kata-kata Jungin benar-benar menikam dirinya. Pedih. Sangat.
"Kau dengan kawan kau patut mati. Susahkan hidup aku!"
Berdesing telinga Mingyu. Dia cuba sedaya upaya untuk meredakan kembali amarah yang mula muncul. Dia kena sabar. Dia perlu sabar.
"Yang paling bodohnya bila bercakap dengan orang yang dah mati. Haha. Gila."
Jungin di tampar kuat. Badannya ditolak ke dinding. Mingyu mencekak kolar baju jungin. Tiada lagi garis senyuman pada mulut Mingyu.
Jungin dah melampau.
"Sejak bila mulut kau jadi puaka macam ni? Kalau nak hidup, duduk dalam rumah ni! Kau jangan berani keluar! Aku bagi arahan, duduk dalam bilik tu, duduklah bodoh! Kau pekak ke apa? Dah tuli? Hah? Kalau nak aku sepak terajang kau, jejak kaki kau setapak keluar dari rumah ni.
Memang mati kau aku kerjakan! Nak tengok baran aku? Silakan. Setakat perempuan sundal macam kau, makan penendang aku ,senak perut kau seminggu! Dengar tak apa aku cakap?"
Mingyu menunjal dahi Jungin. Jungin kaku. Tak sangka sebenarnya.
"Aku cakap dengan kau! Dengar ke tidak?! Nak mati sangat apa?! Yang kau pergi ambil benda bodoh tu buat apa?! Sial betul lah!"
Mingyu membaling apa saja yang ada berdekatan dengannya. Habis pecah pasu kaca yang menjadi mangsa amukan marah Mingyu.
"Kalau aku tahu jadi macam ni, aku takkan pernah minta untuk hidup! Mati lagi bagus!" Mingyu beredar keluar dari rumahnya.
Jungin yang masih terkejut kaku. Dia melihat sahaja langkah demi langkah derupan tapak kaki Mingyu yang meninggalkan dirinya.
"Ya, Mingyu. Aku pun tak akan pernah minta untuk hidup kalau semuanya jadi macam ni..."
----
"Itu ke budak baru tu?"
"Apahal gothic semacam dia tu?"
"Seram pulak aku dengan budak baru tu."
"Macam pembuli je."
"Habislah bertambah lagi pembuli sekolah ni."
Mereka memandang dan berbisik sesama sendiri. Seorang budak baru muncul dengan berpakaian bertemakan GOTHIC.
Agak menyeramkan sebenarnya kerana yang bersekolah di situ hanya budak yang lahir dalam golongan kelas atasan. Setidaknya pun, mereka haruslah memiliki aset keluarga sebanyak 1 Billion.
Dan itu merupakan paling sedikit. Ada yang mencapai ratusan billion. Senang cerita hanya orang yang betul-betul kaya sahaja yang layak.
CHUNBAEK International School.
Seorang budak lelaki berjalan. Aura yang sangat menakutkan. Hari pertama dia kembali ke sekolah dan dunia akan tahu bertapa dia sudah berubah.
Jeon Chan.
Hampir boleh dikatakan Chan berubah seratus peratus. Tidak dinafikan lagi. Budak itu akan menjadi pencetus masalah yang besar.
Tanggapan pertama bagi rakannya dahulu, dia mudah berkawan dan gayanya seperti orang yang baik belaka. Sekolah baru? Awal-awal mereka mengecop dirinya sebagai pembuli. Apa salahnya? Mereka sudah berikan gelaran. Dia patut jalankan bukan?
Appanya membawanya terus ke kelas yang ditetapkan. Kelas paling bijak dan begitu juga dengan tarafnya. Mojoritinya perkumpulan pelajar paling kaya dan paling pintar. Setakat ini belum lagi ada yang kelas ekonomi sesat dalam sekolah itu.
Haha. Kelas ekonomi? Kau akan tahu apa itu kelas ekonomi tak lama lagi.
"Perkenalkan diri kamu." Cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Joo menyuruh Chan memperkenalkan diri.
"Jeon Chan. Chan."
Mereka yang berada di dalam kelas tersebut memandangnya pelik. Itu je? Nampak gothic gila, nama je? Pfft. Lawak.
"Sila duduk tepi Han Eun."
Chan berjalan menuju ke tempat duduknya. Budak perempuan di sebelahnya agak terkulat kerana terpaksa duduk bersebelahan budak yang digelar 'gothic' itu.
Kelas bersama Cikgu Joo tamat. Loceng menandakan waktu rehat. Semua yang berada di dalam kelasnya rehat kecuali 4 orang budak lelaki yang duduk bersila di atas meja kelas salah seorangnya dan yang lain duduk di atas meja belajar.
"So, intern?"
Chan memandang ke arah budak lelaki itu. Dengan pandangan tajam, budak lelaki itu mencebik.
"Kau kelas apa? Golongan Billion? Trillion?" Kali ini soalan budak lelaki itu disambut dengan senyuman. Permainan bermula.
"Ekonomi. Tak, kelas bawahan." Mata budak lelaki itu dijegil besar. Biar betul ni?! Macam mana budak ni boleh terlepas masuk? Ni sekolah orang atasan!
"Apa nama kau? Ha. Chan eh? Aku rasa kau ni salah sekolah. Yang ada dekat sini cuma orang yang kaya dan bijak.
Aku tak tahu macam mana kau boleh sesat dalam sekolah ni, tapi ni bukan tempat kau." 3 orang lagi rakannya sempat mentertawakan chan.
"Aku tak pandai dan aku kelas bawahan. Aku nak ajar bertapa orang sejijik aku dipandangan kau boleh jadi raksasa. Lebih menakutkan dari apa sahaja."
Mereka berempat berdiri. Kumpulan gengster yang ditakuti. Choi Pyeong, Erfe Kim, Oh Taeju dan Que xifei.
"Kau tak kenal aku siapa, intern. Kau salah orang untuk pilih lawan. " Budak lelaki yang ber-name tag Choi Pyeong itu mendekati Chan.
Pyeong menelek Chan dari atas ke bawah. Baju mahal. Butik yang selalu dia tempah. Setiap satu jahitan adalah jahitan tangan yang kemas, bukannya mesin jahit.
Tapi pilihan fesyen yang teruk. Kenapa pakai baju 'Walking dead' di bahagian dalam? Thick eyeliner. Earrings. Dark blue messy hair. Blue-black butterfly tattoo on collarbone. Heavy metal accessories. Apa masalah budak baru ni sebenarnya?
Kejap, tattoo?
Pyeong menarik baju Chan untuk melihat tattoo itu dengan lebih jelas. Tattoo.. betul. Pyeong mulanya ingin meletup tetapi ada sesuatu berbeza dengan budak baru ini.
Dan dia nampak apa yang orang lain tak nampak. Wonwoo, Mingyu, Jungin, Omma, Appa mahupun sesiapa sahaja. Pyeong punyai mata yang tajam.
"Lepaslah.."
Chan menarik semula baju kemeja sekolahnya. Nak mati ke apa? Baru kenal aku dah nak 'teroka' diri aku. Sudahlah. Kau takkan faham dan kau takkan tahu apa-apa.
"Apa masalah kau sebenarnya?" Chan meilhat Pyeong pelik. Tak, sekarang ni siapa yang masalah?
"Yang bermasalah sekarang ni aku ke kau?" Pyeong masih mencari kepastian.
"Untuk budak berumur 10 tahun, kau ada tattoo dan aku nampak apa yang orang tak tau."
Mata Chan membuntang. Dia tak sangka manusia yang berada di hadapannya dapat mengetahui rahsia dia selama ni dalam masa beberapa saat.
"Apa masalah kau sebenarnya?" Chan tersenyum sinis.
"Jauhkan diri kau dari aku. Selagi aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." Chan memberi arahan seakan Pyeong akan patuh.
"Kalau aku tak nak?" Pyeong mula bermain dengan kata-kata. Pyeong punya cara tersendiri. Perlahan tapi kejam.
Chan tersenyum.
Chan berjalan ke arah tiga orang budak lelaki lain. Budak yang bertag nama Que Xifei naik bulu romanya saat Chan merenungnya dengan senyuman.
Chan bergerak ke arah budak bertag nama Oh Taeju. Tie Taeju di ketatkan. Begitu juga dengan Erfe Kim.
Dan seterusnya ke arah Pyeong. Kemeja Pyeong diperkemaskan. Chan berbisik ke arah Pyeong.
"Maksudnya kau gali kubur kau sendiri."
-----
[Author]
Updated!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro