::: 10 :::
Pic cr : owner.
-----
Wonwoo memandang Jungin dari jauh. Chan yang berada di sebelahnya membuatkan dia teringat akan perihal keluarganya. Seperti melihat diri sendiri. Cumanya, masalah mereka berbeza. Tapi masih bertajuk keluarga.
"Chan.."
Wonwoo memandang ke sebelahnya. Kelibat Chan sudah hilang. Sudah, kau bercakap dengan siapa Wonwoo? Wonwoo cepat-cepat beredar. Tidak pasal seram sejuk satu badan.
--
"Er... Lepas boleh?"
Mingyu melepaskan pelukannya terhadap Jungin. Dia sengaja. Peluang depan mata, cukup rendah IQ kalau tak rebut peluang depan mata. Kejap, apa?
"Mian.."
Jungin tak nampak suka. Tapi dia masih tersenyum. Jungin mencari alasan dan terus beredar. Dia mencari seseorang sebenarnya.
Mingyu memerhatikan Jungin sehinggakan bayangnya hilang. Mingyu tersenyum. Mungkin peluangnya cerah. Kejap, Mingyu apa ni?
Jungin berjalan pantas di sesak orang ramai. Dia perlu cari dia. Satu sekolah di pusing. Tak jumpa. Mana agaknya dia ni?
Pencariannya berakhir di tembok belakang pagar sekolah. Jumpa pun!
"Seokmin!"
Seokmin mendepangkan tangan. Menyambut kedatangan Jungin. Jungin menolak dari memeluk Seokmin.
"Mana? Ada?"
Soalan Jungin disambut degan senyuman.
"Mestilah ada. Macam biasa?"
Jungin mengangguk. Dia sangat perlukan itu saat ini.
"Duit mana?"
Seokmin menghulurkan tangannya. Jungin mencebik.
"Ada... Nah-"
Wang di beri. Urusan mereka selesai.
--
Loceng sekolah sudah dibunyikan tanda waktu sekolah telah tamat. Mingyu membontoti Jungin. Jungin yang rimas akan Mingyu memusing ke belakang.
"Apa?"
Mingyu cuma tersenyum. Entahlah. Dia pun tidak tahu apa motif untuk dia ikut Jungin. Cuma, tak mahu berenggang. Itu sahaja.
Wonwoo berjalan keluar dari pagar sekolah. Melakukan rutin hariannya, mengambil Chan pulang dari sekolah. Jungin sedar Wonwoo berada tidak jauh darinya. Wonwoo hanya diperhatikan.
Sampai sahaja di sekolah Chan, Semua pelajar yang berjalan keluar dari sekolahnya memerhatikan Chan pelik. Chan sedang bercakap dengan dua manusia yang tidak lagi asing baginya.
Eomma dan appa.
--
Pulang sahaja dari sekolah, Chan menunggu Wonwoo seperti biasa. Terkadang abangnya tiba lambat. Dia sudah biasa. Sedang dia menunggu, ada yang memanggilnya.
Tepat, ibubapanya. Rasanya sudah berhari dia dan Wonwoo tinggal berasingan dengan appa dan eommanya. Dia tahu, akan tiba hari ini.
Di mana dia dan Wonwoo akan berpisah. Ya, hak penjagaan dan hak milik pengagihan harta kepada si suami dan si isteri yang bercerai. Sudah diluluskan mahkamah gamaknya.
"Chan, kamu duduk rumah Mingyu ya?" Eomma bertanya sambil mengusap kepala Chan. Chan menolak. Dia lebih terbiasa dengan usapan Wonwoo. Bukan orang lain.
"Eoh." Pendek sahaja jawapannya.
"Kamu sihat? Makan apa? Belajar macam mana? Eomma tak kisah sebab eomma tahu Wonwoo jaga Chan baik-baik." Eomma masih cuba bermanja dengan Chan.
Tapi keadaan bukan lagi seperti dahulu. Dia nampak pertengkaran mereka. Dia nampak. Dia bukan buta dan dia akan berpisah dengan Wonwoo. Cakap, siapa je yang masih suka?
"Eomma, jangan panjangkan cerita. Cakap apa sebabnya."
Eomma dan appanya tersentak. Ya, mereka pun malas mahu berbasa basi. Mereka berempat sudah tahu ceritanya. Tidak perlu diingat kejadian itu. Tiada rahsia lagi antara mereka.
"Mahkamah dah sahkan penceraian kami. Kami secara sahnya bukan lagi suami isteri. Dan appa dapat hak penjagaan ke atas kamu. Eomma pula atas Wonwoo."
Kan dia dah kata. Pasti mengenai hal ini. Dia tidak kisah untuk duduk dengan sesiapa. Sejak kecil, Wonwoo lebih banyak menjaganya berbanding mereka berdua.
Sibuk bergaduh tidak kira siang atau malam. Pelajaran, hal Wonwoo. Langsung, satu apa mereka tidak tahu. Siang sibuk bekerja. Malam sibuk bergaduh.
Wonwoo mengelar dirinya sudah kali kelima pun mereka tidak pernah tahu. Bodoh bukan? Untuk apa tinggal serumah pun dia tidak tahulah. Pekikan dan pergaduhan sahaja yang ada.
Penat tahu tak?
Sejak pindah ke rumah Mingyu, barulah aman sedikit hidup mereka berdua. Tiada lagi perang tidak tentu hala. Tiada lagi bunyi kaca pecah dan esak tangis. Cumalah malam-malam yang menenangkan.
"Arra." Chan membalas pendek. Tangan appanya dicapai. Bersedia untuk pergi jauh dari Wonwoo. Sejujurnya, dia sangat sayangkan Wonwoo. Kurniaan paling berharga. Hyungnya, Jeon Wonwoo.
"JAMKAN!"
Wonwoo berlari sepantas mungkin. Tak, tak boleh! Mereka boleh musnahkan hidupnya, mereka boleh biarkan dia mati, tapi jangan pernah ambil Chan dari hidupnya.
Wonwoo yang tercungap terus merampas tangan Chan dan kini tangan kecil Chan berada di dalam genggaman Wonwoo. Chan memandang ke arah hyungnya yang tercungap. Wonwoo yang pertahankan apa yang dia sayang. Lelaki idaman bukan?
"Pergi. Tolong."
Dua perkataan yang membuatkan kedua ibubapanya meremang. Mereka pernah lihat Wonwoo mengamuk sekali dan anak mereka boleh jadi seseram itu.
"Tak, kamu akan ikut eomma kamu. Chan, ikut appa."
Appanya bertegas. Selaku appa, dia perlu jadi seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab? Sesungguhnya appanya lupa apa maksud sebenar bagi tanggungjawab.
Menjalankan segala tugas dan beban dengan baik dan terlaksana. Tanggungjawab? Jangan buat kelakarlah. Duit tangan pun tak pernah dia bagi. Makan minum? Wonwoo yang cari. Rumah? Eommanya yang tanggung.
Tanggungjawab? Campak masuk dalam laut pun ikan gelaklah tengok manusia macam appanya jalankan 'tanggungjawab' sebagai seorang bapa. Konon. Hah, tolonglah. Muak nak dengar.
Tanggungjawab mendapatkan anak, itu dijalankan se tip top mungkin. Menjaga? Semuanya dilepaskan tangan. Tanggungjawab berkasih sayang dengan teruna orang? Tak pernah tinggal sehari untuk berkasih sayang.
Bekas ada? Nak muntah tengok manusia macam ni. Appanya menarik semula tangan Chan. Chan di bawa cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Wonwoo cuba mengejar tetapi eommanya menghalang.
"Tak... Chan.."
Air mata Wonwoo bertakung. Dia tak pernah berenggang dengan Chan. Walaupun berenggang, Chan sentiasa berada di dalam mindanya. Dia hidup cuma bertemankan Chan, Mingyu dan late Jihoon. Dia hilang kepercayaan atas apa-apa sahaja sekiranya Chan pergi.
Dia hilang cahaya hidup dia.
Selangkah untuk memasuki kereta, Chan berhenti. Dia tersenyum ke arah appanya. Dia berjalan ke arah Wonwoo. Perlahan dengan senyuman seindah mungkin.
Cuba menyorokkan segala kesedihan yang bertunas di dalam hatinya. Dia tak boleh menangis sekarang. Jika tak, Wonwoo takkan lepaskan dia.
"Hyung.."
Suara Chan membuatkan air mata Wonwoo bertakung.
"Chan-ah.. Jebal.. Kajima.."
Chan menggeleng. Chan melebarkan senyumnya. Maaf hyung, tapi kali ni Chan terpaksa pergi. Maafkan Chan, hyung. Maafkan Chan..
"Aniya. Chan kena pergi. Hyung kena jaga diri eoh? Jaga Mingyu hyung. Jaga nuna. Chan tak rasa Chan dapat jumpa hyung lagi. Sekalipun kalau ada peluang, Chan akan tolak.
Untuk mempunyai seorang abangnya yang sangat sayangkan adiknya, itu adalah satu kurniaan yang paling besar. Chan sayangkan hyung lebih dari segalanya. Gumawoyo, sebab pernah hadir dalam hidup Chan."
Chan menapak menuju ke arah Wonwoo. Pinggang hyungnya dipeluk kejap. Air mata Chan menitik jua. Untuk kali terakhir..
Kali ni betul-betul dia takkan jumpa Wonwoo lagi.
Wonwoo berlutut dan memeluk Chan sekejap mungkin. Tangannya menggeletar. Tak sangka hari ini akan tiba. Semuanya begitu pantas.
Kepala Chan diusap buat kali terakhir. Air mata Wonwoo mengalir tanpa henti. Buktinya, habis basah baju sekolah Chan dengan air matanya.
Hujan mula rintik. Seakan faham mendung di hati Wonwoo dan Chan. Dua beradik yang terpaksa berpisah. Dua beradik yang hanya ada diri mereka, terpaksa berpisah. Yang tinggal cumalah kehampaan dan kedukaan.
"Hyung, saranghae. Jalga :') "
Chan melepaskan pelukan. Pipi Wonwoo dicium dan dipegang. Air mata Wonwoo Chan seka. Wajah Wonwoo cuba diukirkan senyuman.
Chan menapak selangkah kebelakang. Wonwoo tergamam. Ini cuma mimpi.. bukan? Tolonglah cakap semua ni mimpi. Tolong.. Tolong...
"Appa, kaja.."
Tangan appanya di capai. Dia berjalan sambil menunduk ke tanah. Giginya diketap. Cuba menahan sedaya upaya dari air matanya tumpah. Empangan air matanya pecah. Dia tak mampu.
Wonwoo hyung, mianhae.
Chan masuk ke dalam kereta. Appanya serba salah tetapi dia sendiri tak mampu membangkang keputusan mahkamah. Dia sayang akan anaknya. Sejujurnya, dia tak kisah sekalipun Wonwoo dan Chan tinggal bersama.
Tapi.. Dia mahukan Chan hidup dengan lebih baik. Menyesal dan bersalah datang menyapa taktala mengingati kembali segalanya. Suasana yang teruk bagi seorang budak untuk membesar.
Chan melihat ke arah tingkap kereta. Wajah Wonwoo ditatap. Terlihat jelas juraian air mata Wonwoo. Begitu juga dengan Chan.
"Annyeong."
Chan melambai. Kereta appanya meluncur laju di atas jalan raya. Dan itulah kali terakhir dia dapat melihat Chan. Dia sedar tu.
Hujan makin lebat tidak diendahkan. Eommanya cuba memujuk Wonwoo tetapi tidak berjaya. Eommanya pula menjadi mangsa makian Wonwoo.
"Tolonglah pergi! Kau berdua dah bawak adik aku jauh dari aku, kau fikir aku nak ke hidup dengan kau?! Kalau aku mampus lagi bagus dari hidup dnegan kau! Pernah ke kau fikir pasal aku?!
Aku tanya ni, pernah ke?! Dia satu-satunya manusia yang faham aku, yang sayang aku dalam keluarga ni! Dari kecik, kau berdua sibuk bertekak sana sini, aku yang jaga dia!
Dia tu, dapat 100% dalam semua subjek, even dapat anugerah pelajar paling cemerlang, bertahun-tahun berturut-turut, ada kau berdua kisah?!
Hari Ibu bapa ambil slip peperiksaan, Hari ibubapa datang menjadi cikgu untuk sehari, dia balik, dia makan ke tidak, dia minum ke tidak, dia hidup ke mati, ada kau berdua kisah?!
Aku yang gantikan tempat kau dan tempat appa! Jangan terkejut kalau aku cakap kawan-kawan dia langsung tak kenal kau dengan appa. Aku kenal setiap seorang kawan-kawan dia, dan mak ayah mereka.
Muka dia nak campak mana? Tahu tak dia malu setiap kali orang lain, mak ayah yang datang, tapi dia, aku yang datang. Pernah tak untuk sekali, kau fikir pasal kitaorang? Pernah? Aku tanya pernah ke tak?!"
Saat Wonwoo menjerkah, satu tamparan kuat melekap pada pipinya. Dan terasa bahang pada pipinya. Pecah hujung bibir Wonwoo.
"Sejak bila jadi kurang ajar macam ni?"
Eommanya menitiskan air matany. Tak sangka anak lelakinya boleh jadi seteruk ini. Sanggup maki eomma sendiri. Kenapa sampai boleh jadi macam ni?
Wonwoo tersenyum. Pipinya dipegang. Wonwoo bagun dari melutut. Dia tersenyum sinis. Lebih sinis dari segalanya.
"Sejak aku ada ni.."
Wonwoo menyelak lengan bajunya dan menampakkan bekas torehan sebelum ini. Eommanya menekup mulut. Tak sangka akan melihat bukti dia mempunyai hidup yang teruk mungkin?
"Wonwoo-ah.. Mianhae..."
Eommanya memeluk Wonwoo. Wajah Wonwoo diusap. Jelas menampakkan riak sedih pada wajah itu. Sama ada dia sedar dia gagal tanggungjawab atau dia menyesal atas segalanya. Mungkin?
"Cukuplah.. Jangan cari aku."
Wonwoo berjalan pergi. Eommanya hanya mampu rasa sebersalah. Tak sangka anaknya menghadapi hari-hari yang cukup sukar. Lebih sukar tanpa ibu atau bapa disisi. Semuanya salah dia bukan?
Wonwoo berjalan tanpa sepatah kata. Dia kecewa, marah, sedih, hampa, cukup segalanya. Dia tak mintak lahir dalam keluarga yang kaya, dia tak mintak untuk ada ibu bapa yang penyayang, dia tak minta orang berikan layanan seperti raja. Dia cuma nakkan adiknya, Jeon Chan. Salahkah?
"Musim luruh, kau dah hampakan aku.."
-----
[Author]
Akhirnya, TOA updated! Maaf sangat-sangat. Jadual padat sangat. Cuti baru boleh sambung T^T
Apa yang akan jadi seterusnya? Wonwoo sudah hilang kepercayaan terhadap musim luruh. Musim yang berikan dia harapan dha musnah. Apa yang akan jadi dengan hidup Chan?
Mingyu? Jungin? Eomma? Appa? Apa akan jadi pada mereka? Akankah Jihoon yang melihat dari atas masih mampu tersenyum?
Nantikan dalam "Treasure Of Autumn" dimana kesedihan, kegembiraan, kegagalan dan kejayaan tercipta!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro