Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

::: 1 :::


"Aku nak mati.. chugeo sippeo.."

Wonwoo mengenggam kuat pisau yang berada di tangannya. Matanya dipejam rapat. Torehan yang kelima.

"Micheosseo?!!!!!"

Mingyu menempik kuat. Pisau ditangan Wonwoo dibaling jauh.

"Jeongshinchareyo!!!!!!"

Mingyu menggoncang badan Wonwoo. Pandangan Wonwoo kosong. Matanya berpinar dan akhirnya terkatup rapat.

"Aku.. dekat mana?"

Wonwoo sudah bangun. Bunyi mesin yang biasa didengar. Pasti hospital. Wonwoo memandang sekeliling. Mingyu yang berada disampingnya masam. Marah mungin?

Wonwoo mencabut jarum-jarum yang ada pada tangannya. Ya, jarum untuk masukkan darah dan air. Selimut diletakkan ke tepi. Kasut mula disarung. Wonwoo berjalan pergi. Mingyu menarik tangan Wonwoo.

"Kau nak pergi mana?" Wonwoo menepis tangan Mingyu. Mula melangkah pergi. Sekali lagi tangannya ditarik Mingyu. "Aku tanya, kau nak pergi mana? Mulut kau dah bisu nak jawab?" Mingyu mula bercakap kasar.

"Aku nak pergi mati. Ada apa-apa masalah dengan kau?" Wonwoo memandang tajam. Dia menepis tangan Mingyu sekali lagi. Kali ini Mingyu tidak menahannya. Langkahnya semakin jauh. Jauh meninggalkan Mingyu.

"Kau nak mati sangat??!!! Keurae... Biar tangan aku yang bunuh kau!!" Mingyu menempik kuat. Mingyu mencapai gunting yang berada berdekatan. Dia berlari dan memalingkan badan Wonwoo untuk menghadap mukanya.

Satu tumbukan tepat dihadiahkan pada muka Wonwoo. Wonwoo jatuh ke lantai. Mingyu duduk di atas Wonwoo. Tangannya menggenggam kuat gunting tersebut. Terlalu kuat sehingga terasa bergetar tangannya. Pandangan Wonwoo masih sama. Pandangan dingin dan kosong.

"Kata nak bunuh aku. Cepatlah.." Wonwoo berkata sinis. Langsung tiada persaan. "Macam ni sekali kau nak mati?? Macam ni sekali??? Jeongshinchareyo Jeon Wonwoo!!!!!!!!" Mingyu menjerit kuat. Manik jernih menitis turun dari pipinya.

Jururawat cemas dengan keadaan yang berlaku. Mereka menarik Mingyu jauh dari Wonwoo. "Lepaskan aku!!!!! Aku nak bunuh dia!!! Kkaaa!!! Kkaragoo!!!!" Mata mingyu mula memerah. Jantungnya berdegup kencang. Marah yang teramat. Sementara Wonwoo masih membisu. Dingin seperti biasa.

"Lepaskan dia. Aku nak balik. Jangan ganggu aku.." Wonwoo mula berdiri dan membetulkan bajunya. Dia berjalan pergi. Mingyu hanya mampu menahan sakit di dadanya. Manik jernih makin pantas mengalir di pipinya. Agh!! Wonwoo! Kau betul-betul buat aku jadi gila!!

Wonwoo berjalan keluar dari hospital tersebut. Darah kembali menitik. Kesan dari jarum. Wonwoo menapak seperti biasa. Ramai yang memandangnya. Ada yang terbuntang mata mereka. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Kenapa? Pasti kerana darah yang terlekat pada bajunya.

Wonwoo memandang daun kering yang mula gugur. Senyuman diukir. Begitu juga dengan tangis. "Musim luruh dah tiba.." Wonwoo mengukir senyuman. Dedaun yang masih kekal di pokok membuatkan dia tersenyum. Begitu juga dedaun yang gugur.

Untuk seketika, dia lupa akan segalanya. Segala-galanya. Kesakitan yang membunuhnya membuatkan dia lupa kini musim luruh telah mengambil alih. Malam yang tidak pernah gelap. Seoul. Masih ramai yang bersesak. Mengejar cita-cita dan impian. Ada yang masih sibuk bekerja mencari nafkah.

Tapi di dalam kesibukan kota, masih wujud seorang manusia yang ingin menamatkan riwayat hidupnya. Dia cuma nak mati. Susah sangat ke? Berjam-jam Wonwoo berjalan tanpa hala tuju. Kakinya yang sakit? Abaikan. Kesakitan kakinya langsung tidak terlawan dengan kesakitan di dadanya.

Nak tau kenapa Wonwoo sukakan musim luruh? Musim di mana harapannya mula wujud. Musim di mana segala kesedihan pergi. Musim di mana kepercayaan akan terus kekal. Musim di mana kesedihan yang dilalui akan bertukar kepada kebahagiaan. Itulah musim luruh pada Wonwoo.

"Wujud lagi ke harapan baru? Musim luruh, jangan hampakan aku." Itulah bait kata yang keluar dari mulutnya taktala memandang sepohon pokok yang tidak berdaun. Hanya tinggal batang dan ranting. Tanpa dia sedar, dia sudah tiba di rumahnya.

Ini bukan cerita 'The Heirs' di mana watak Lee Minho yang menjadi anak seorang jutawan. Bukan juga cerita 'Secret Garden' di mana Hyunbin memiliki rumah yang sangat besar di dalam sebuah taman yang sungguh cantik. Jauh sekali dengan cerita 'I Hear Your Voice' di mana Lee Jongsuk boleh mendengar dan membaca kata hati orang lain.

Ini cumalah jalan cerita dan hidup Jeon Wonwoo. Tak lebih dari tu. Wonwoo memasuki rumahnya. Rumah setinggan yang lama. Eomma dan appa Wonwoo seperti biasa. Bertengkar. Sampai bila hendak habis bertengkar pun dia tidak tahu.

"Hyung!!" Chan yang baru berumur 10 tahun menyapa abangnya gembira. Wonwoo hanya membiarkan adiknya. Dia tidak mahu diganggu sesiapa. Walaupun adik kesayangannya. Wonwoo menghempas pintu bilik tidurnya kuat. Saja. Satu-satunya cara untuk menghentikan pergaduhan ibubapanya.

Chan masuk ke dalam bilik abangnya, Wonwoo. Wonwoo sudah merebahkan badannya ke atas tilam nipis yang tidak pernah dilipat. Tilam nipis yang sudah menemani hidupnya sepanjang hayatnya. Bantal menjadi alas kepalanya. Cukuplah sekadar dia boleh tidur. Wonwoo perasan akan adiknya yang sedang merenungnya.

"Wae?" Wonwoo bertanya malas. Chan memandang abangnya lama. "Hyung.. kenchana?" Wonwoo mengerutkan dahinya. "Mwoga?" Chan menunjuk ke arah tangan Wonwoo yang berbalut dan terdapat kesan darah pada tangannya. "Nan kenchana.... "

Tiba-tiba Chan berlari keluar dari bilik Wonwoo. Terkadang perangai adiknya seorang tu pelik sedikit. Abaikan. Chan masuk kembali ke dalam bilik Wonwoo dengan sekotak ubat. Ah, dia dah mula dah. "Hyung, ireona..." Chan mengejutkan abangnya. "Eyy.. Keumanhae. Hyung tak apa-apa pun.."

Chan menolak badan Wonwoo untuk bangun. Wonwoo mengalah. Chan melakukan kerjanya seperti biasa. Sedih bukan? Adik sendiri lebih ambil berat tentang dirinya berbanding eomma dan appa.

"Kali ke berapa?" Chan bertanya lemah. Wonwoo serba salah. "Li.. Lima" Chan menghembus nafas berat. "Hyung, hajima. Jangan la buat macam ni lagi. Hyung tak sayang Chan?" Wonwoo memandang adiknya yang masih muda itu.

Budak sebaya dia tak perlu kenal maksud 'bunuh diri'. Dia terlampau muda. Tapi syukur budak sekecil dia mampu fahami dirinya. "Mianhae..." Chan memandang abangnya lama. "Sampai bila kita nak hidup macam ni eoh, hyung?" Wonwoo hanya mampu menggeleng. Entah. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia akan terus hidup begini.

Perbualan mereka senyap untuk seketika. "Maja!! Tadi Mingyu hyung ada telefon hyung. Chan jawab, kata hyung tak ada. Suara dia cemas semacam." Wonwoo hanya boleh ketawa. "Tak ada apa-apa lah Chan. Kka~ Pergi tidur. Esok sekolah kan? Hyung nak tidur. Gosok gigi sebelum tidur." Chan tersenyum sambil mengangguk laju. "Jalhaesseo uri dongsaeng~ jalja.."

"Hehe.. Nae! Goodeu niteu, hyung!" Chan keluar dari bilik abangnya. Wajahnya bertukar muram. Sekali lagi. Abangnya cuba untuk bunuh diri. Chan masuk tidur. Esakkan kecil budak berumur 10 tahun. Dia tidak sanggup kehilangan abangnya. Akhirnya Chan tertidur sepenuhnya.

Wonwoo hanya mampu menghela nafas berat. "Mingyu-ah, mianhae. Chan-ah, mianhae. Ah.. Kan senang kalau aku tak wujud. Orang yang aku sayang tak akan kecewa sebab aku. Mianhae.." Akhirnya Wonwoo tertidur.

- - - - - -
[Author]

Mani saranghae juseyo!!! Kamsahabnida buat sesiapa yang baca.. Hehe XD .. Apa yang akan jadi pada Wonwoo? Terus nantikan "Treasure of Autumn" . Papaiii ~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro