Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

"Kita dekat mana?" Soal Darisa setelah kereta mewah ini terparking di dalam garage.

Daris mengernyit dahi. Sedetik, ia menatap ke dalam anak mata itu. Mencari tahu kejujuran dari pertanyaan itu. Menyedari ada yang tidak beres, Daris mengeluh. Mengejutkannya, anak mata itu beralih pandang di sekitar tatkala anak mata mereka bertemu. Darisa tampak acuh juga tidak suka pada nya.

"Rumah keluarga aku."

Tanpa kata, Daris keluar dari kereta meninggalkan Darisa sendiri di sana. Bersama wajah cemberut, Darisa keluar dari kereta. Menangkap figura dua manusia di depan pintu, cepat-cepat ia memasang wajah cerah bersama senyum manis.

'Aku nak panggil nama apa ni? Kenal pun tak! Aduh!'

"Risa, mari peluk mama."

Kerana dipanggil, tidak sungkan Darisa memeluk tubuh itu. Walaupun terasa canggung dengan suasana tetap Darisa jalani saja mengikut kata hati.

"Risa tak rindu mama dan papa?"

Darisa yang sememangnya bingung dengan keadaan hanya mengangguk juga membalas rindu itu dengan dakapan erat.

"Ris tak pernah bawak Risa ke sini kecuali kalau ada apa-apa majlis. Dah beberapa bulan mama tak tengok Risa. Mama bersyukur daddy Risa minta kami jagakan Risa di sini."

"Mama tak ada benda lain dalam fikirannya selain nak ajak teman shopping." Celah Uncle Dany, tersenyum nipis.

"Bukan selalu shopping dengan Risa."

Puan Mashitah menjeling tajam sang suami. Lagaknya berdendam kerana berkomentar mengenai diri nya yang kuat boros. Namun jelingan itu dibalas dengan tawa kecil dari sang suami.

"Kalau Risa nak makan atau nak keliling kawasan boleh ajak mama. Mama tunggu Risa dari tadi sampai papa pun dah penat nak jawab soalan dari Mama yang asyik tanya bila Risa nak sampai? Bila Risa nak sampai?"

Pak!

Spontan Puan Mashitah memukul bahu lebar sang suami. Ringisan sakit yang keluar dari bibir itu tidak dihiraukan.

"Jom mama bawak Risa ke tingkat atas. Dah lama Risa tak datang sini, besar kemungkinan dah lupa apa yang ada di sini."

Sambil berbicara teruja, Puan Mashitah menarik lengan Darisa mengikut langkah nya. Uncle Dany hanya mampu menggeleng aje. Tidak ingin menganggu, jadi nya televisyen yang ada di depan mata menjadi teman nya untuk hari ini.

"Ini bilik muzik."

Anak mata Darisa menatap satu persatu objek yang ada di dalam bilik muzik itu. Lukisan yang ada di dinding diperhatikan dengan seksama. Seperti mengetahui arah anak mata itu, Puan Mashitah menceritakan hobi anak lelaki nya pada Darisa.

"Ris suka melukis, semua lukisan realistik ini hasil tangan dari Daris."

Seketika perhatian nya terusik, anak mata nya berbinar tatkala objek kesukaan nya menjadi santapan.

"Risa nak main piano?"

Biarpun gugup, Darisa mengangguk. Bibir nya digigit kerana perasaan malu. Rasa nya tidak enak sekali apabila ia begitu mengada untuk bermain dengan sesuatu bukan milik nya.

"Mama izinkan, pergilah."

Setelah mendapat keizinan, Darisa melabuh duduk di atas kerusi piano. Sedetik itu, memori tentang diri nya yang asli bermain di minda. Ia menarik nafas sekejap sebelum jari lentik nya mula bermain di atas keyboard piano. Tak sampai beberapa minit, jari itu terhenti.

"Kenapa berhenti?" Soal Puan Mashitah belum puas mendengar alunan muzik itu.

Darisa menggeleng. Dikuburkan kesedihan dengan senyum nipis.

"Risa tak rasa Risa pandai main piano." Ucap Darisa merendah diri.

"Mama teacher muzik dulu, dari apa yang mama dengar. Risa ada bakat dalam bidang muzik. Sejujurnya mama terkejut bila Risa main piano sebab dulu Risa tak pernah sentuh barang-barang muzik ini."

"Tapi kenapa?" Pertanyaan itu meluncur laju keluar dari bibir kerana tidak tahan perasaan ingin tahu.

"Kata Risa, Ris marah kalau-kalau Risa sentuh apa-apa barang Ris."

"Jadi dulu mama pernah bawak Risa ke sini? Tapi Risa tak pernah sentuh alat muzik dekat sini?"

Puan Mashitah mengangguk lantas memutar tubuh pandang pintu. Kala itu, anak mata nya menangkap susuk tubuh anak lelaki nya di sana.

"Macam apa yang mama cakap, Daris tak suka barang nya disentuh."

Darisa tidak peduli raut wajah memerah yang sedang menahan marah pada nya. Setelah berpamitan, Darisa keluar dari bilik muzik itu. Belum sempat keluar, lengan nya ditarik kasar dari belakang. Pantas dia berpaling melihat si penarik.

"Lepas!" Dingin Darisa memberi arahan tanpa menoleh pada Daris.

"Siapa bagi keizinan untuk kau bermain dengan alat muzik aku?"

Bukan takut dengan suara dingin tanpa kemesraan itu, malah Darisa beriak tenang berputar tubuh pandang Daris.

"Rumah ni milik siapa?" Soal Darisa tiba-tiba.

Daris mengernyit bingung. Biarpun begitu, ia tetap menjawab soalan dari Darisa.

"Keluarga aku."

"Maksudnya, semua barang di sini milik keluarga awak bukan milik awak. Saya berhak bermain dengan mana-mana alat muzik yang ada di sini. Saya dah minta izin dengan mama dan itu sudah cukup. Bukan?"

Untuk pertama kali nya, Daris speechless dengan tutur kata Darisa. Terketap-ketap gigi nya menahan geram.

"Kalau saya ada dalam apartment awak sekarang, mungkin saya akan mempertimbangkan larangan dari awak untuk tidak menyentuh semua barang yang ada." Lancar suara itu menjawab dengan yakin.

Lengannya yang berada dalam pegangan lelaki itu direntap kasar. Dia melirik Puan Mashitah, Tidak ragu bibir itu memberi senyum manis sebelum menjauh dari Daris. Kepergian Darisa ditatap sehingga pintu bilik itu tertutup rapat.

"Mama yang izinkan Risa bermain piano." Pembelaan itu keluar dari bibir Puan Mashitah agar kesalahan tidak sepenuhnya berpangku pada Darisa.

Sejak dulu, Daris tidak banyak cakap juga dingin. Maka nya, apabila tak ada jawapan yang keluar dari mulut anak lelaki nya tidak menjadi masalah pada nya. Daris cuma membalas dengan dengusan kasar aje. Menanda diri nya sedang dalam emosi marah.

"Tiba-tiba mama sebak bila dengar alunan muzik piano dari Darisa. Muzik nya ala-ala lagu little do you know." Bagitahu Puan Mashitah sengaja bercerita.

Tempat yang menjadi labuhan punggung Darisa tadi ditatap oleh Daris. Seperti nya ada yang tidak kena dengan perempuan itu. Tiba-tiba Daris merasa risih kerana sikap acuh yang ditonjol Darisa padanya.

"Mama nak panggil Risa makan sama-sama."

Puan Mashitah beranjak dari tempatnya.

"Ris panggilkan."

Tanpa kata, langkah itu laju dihayun menuju ke bilik Darisa. Puan Mashitah tersenyum kecil dengan tingkah Daris. Ada secercah peluang anak lelaki nya akan berubah kerana Darisa. Dia yakin itu. Tidak ingin menganggu pasangan itu, Puan Mashitah turun terlebih dahulu ke ruang dapur menyiapkan apa yang patut. Lain cerita pulak pada seorang lelaki yang sejak tadi berdiri di depan pintu.

Tok!

Biasa nya orang lain akan mengetuk pintu banyak kali tapi lain pula pada lelaki dingin Daris. Dia hanya mengetuk sekali lantas menunggu. Sampai Darisa yang ada di dalam kamar nya berkerut dahi.

'Ada orang ketuk pintu ke?'

"Risa!" Teriak Daris bagai nak cari gaduh.

Cuma beza nya tak ada gedoran pintu seperti penjahat. Hanya saja jeritan itu bikin Darisa tidak tahan dari bangun lalu buka pintu kerana sakit telinga akan suara itu.

"Ingat ni pasar malam ke? Tak reti nak ketuk pintu mintak salam elok-elok?" Bebel Darisa, berpeluk tubuh dengan tatapan tajam yang tertuju pada Daris.

"Makan!"

Tanpa isyarat apa-apa, lengannya ditarik keluar dari bilik turun tangga. Darisa mencuba untuk menepis tapi kerana cengkaman itu terlalu kuat, tidak memberi apa-apa kesan. Keluhan berat dilepaskan, akhirnya Darisa memilih untuk pasrah dan membiarkan saja. Sikap tanpa perlawanan dari Darisa membuat Daris puas.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro