Bab 1
Bau-bauan ubat mula masuk ke rongga hidung. Silauan cahaya lampu menyentuh mata. Perlahan-lahan mata itu terbuka luas. Seketika, dahi nya berkerut bersama ringisan keluar dari bibir kerana sakit kepala.
"Risa," Seruan lembut itu membawa anak mata nya beralih pandang figura di depan mata.
Lelaki itu terlihat tampan sekaligus segak dengan pemakaian kemeja biru muda ditambah anak mata berwarna biru. Meski rambutnya berantakan tapi tidak memudarkan ketampanan lelaki itu.
"Dekat mana ni?"
Dasuqi, abang nya Darisa berubah wajah menyedihkan tapi setelah memikirkan kejadian yang menimpa Darisa, wajarlah jika ia merasa dirinya tidak berguna yang bisa melindungi adik nya.
"I'm sorry," Ucap Dasuqi penuh serba salah.
Dasuqi menggengam erat tangan adik perempuan nya itu lalu dibawa ke bibir.
"Abang buat yang terbaik untuk selamatkan adik lebih awal dari jurang tapi abang bersyukur, sekurang-kurangnya adik masih hidup. "
Sejujurnya, Darisa tidak tahu harus bereaksi bagaimana sedang ia sama sekali tidak mengenali lelaki di hadapannya ini. Biarpun begitu, genggaman tangan itu tidak dilepas nya kerana perasaan nyaman yang singgah di hati.
"Ada cermin?"
Walaupun persoalan itu dianggap aneh, tetap saja Dasuqi mengangguk lalu aplikasi camera di telefonnya diarahkan pada Darisa. Darisa terkesima menatap diri sendiri. Ini bukanlah dirinya yang sebenar. Malah dia yang versi ini lebih cantik berbanding dirinya yang sebenar.
"Are you okay, Risa?"
"I'm okay."
Darisa mengangguk. Walaupun ia tidak tahu mengapa jiwa nya bisa berubah dengan seseorang tapi rasanya cukup menarik untuk menjadi orang lain untuk seketika bukan?
"Kita berdua je di sini?"
"Yup!"
Darisa pandang sekelililing. Mencari andai ada orang lain selain abang nya dan seperti nya Dasuqi mengerti apa yang dicari, lantas ia menjelaskan.
"Daddy dah jenguk Risa semalam. Today daddy outstation luar negara jadi, mungkin bukan harini Risa boleh jumpa daddy."
"Mom?"
"Mommy dah meninggal selepas melahirkan Risa."
Bunyi pintu dikuak menarik perhatian mereka, kemunculan lelaki asing yang tidak dikenali mengelirukannya. Raut wajah nya dingin juga datar tapi disebabkan pakej tampan juga badan yang sasa bisa membuat dirinya digilai ramai para wanita.
"Tunang Risa datang," Bagitahu Dasuqi bersama senyuman manis.
Tubuhnya terkaku tidak terkata. Bukan itu saja, malah tidak terjangkau fikiran bahawa layanan lelaki itu tidak terlihat mesra seperti tunangan orang lain. Mereka tampak seperti orang asing, lihat saja lelaki itu kini bersandar di atas sofa dengan Ipad melekat di tangan. Terlintas dalam fikirannya, adakah mereka menikah kerana paksaan keluarga?
"Abang ada makanan?" soal Darisa, mengusap perutnya kerana lapar.
Dasuqi meraih roti coklat dan dikoyak. Seterusnya, roti panjang itu ditolak keluar dari plastik. Dia menyuap adik nya sehingga roti panjang itu habis dimakannya. Sejak tadi, bibir itu hanya berbicara pada Dasuqi seakan tunangannya tidak wujud. Sedetik, anak mata Daris tidak lepas dari gadis itu.
"Daddy tak nak balik sini?"
Tak tunggu lama, Dasuqi mendail nombor daddy lalu ditukar video call agar Darisa bisa menatap muka secara menyeluruh.
"Darina Aralyn, " Ungkap suara seberang sana lirih.
Dapat digambarkan dari anak mata berkaca itu betapa rindu nya pada anak perempuannya itu.
"Dad,"
Tiba-tiba suara esakan memenuhi ruang itu. Hati Darina serasa diramas dengan perasaan sedih juga sayu kerana bisa membuat daddy sendiri menangis.
"Daddy dah lama tunggu anak perempuan daddy bangun dari koma. Daddy menangis everyday meminta pada Allah supaya kembalikan anak daddy. Tsk... Tsk.. Tsk... Daddy bersyukur anak perempuan daddy kembali. Tsk...tsk...tsk..."
Darisa tersenyum tipis lantas skrin telefon itu diusap.
"Dah, dah, Risa dah usap air mata daddy. "
Tawa kecil kedengaran sungguh bahagia dalam talian itu membuah perasaan sebak bertandang dalam hati Darisa.
"Risa tak suka tengok daddy menangis untuk Risa. Risa janji ini terakhir kali daddy menangis. Okay?"
"Daddy tak sabar nak balik Malaysia. Daddy nak peluk kedua-dua anak Daddy."
Darisa menarik baju abang nya lalu dibawa merapat dengan nya. Dipeluk erat pinggang itu bersama kepala nya bersandar manja di tubuh sasa itu.
"Kami berdua juga rindu," Rengek Darisa manja.
Dasuqi mengusap lembut kepala adik perempuan nya itu. Mereka berborak lama sehingga topik beralih pada Daris dan Darisa.
"Daris mana?"
Darisa mahu tidak mahu, mengerling jugak Daris. Darisa baru tahu bahawa nama lelaki itu hampir sama dengannya. Unik dan juga hebat!
"Ini daddy,"
Dasuqi menjauh dari Darisa. Seraya itu, ditarik Daris agar berdiri sebelah Darisa. Aura dingin tak bersahabat menguar tatkala Daris berada di sebelah Darisa.
"Dad? Ada apa?" Straight to the point soalan itu, tidak mahu berbasa-basi.
"Boleh Ris jaga Risa untuk beberapa hari ni? Dad dan Suqi ada hal yang patut kami sudahkan di Itali."
Mendengar itu, secepat mungkin Darisa mengambil alih perbualan mereka.
"Risa boleh jaga diri, Risa ada kawan-kawan yang boleh teman Risa. Risa tak nak susahkan Ris untuk jaga Risa. Lagipun, Risa nak belajar berdikari."
Daris mengernyit hairan. Tidak pernah Darisa menolak semua berkaitan dengan nya. Ini adalah kali pertama dan Daris percaya gadis ini mempunyai rancangan tersendiri demi mendapat perhatiannya seperti sebelum-sebelum ini.
" No! Tak boleh! "
"No! Tak boleh!"
Kedua-dua nya tak bersetuju. Darisa mendengus tidak suka. Dia mengerling Dasuqi, setelah itu pada daddy nya. Dia buat muka tersebik sedih, berharap hati itu sedikit melembut untuk bersetuju dengan permintaan nya itu.
"Kenapa tak percaya? Risa nak buktikan dekat abang dan daddy yang Risa boleh berdikari. Cukup beberapa hari ni tanpa bodyguard or Daris. Risa janji takkan buat hal."
Mereka tampak berfikir seketika. Tidak sampai beberapa minit, ada orang lain yang mencelah. Siapa lagi jika bukan Daris?
"Dad dan Suqi jangan risau, walaupun Risa berkeras tak nak diawasi tapi Ris akan tetap melakukan tugas yang daddy perintahkan. Anak manja macam Risa tak boleh diharapkan untuk menjadi berdikari." Pedas sekali ungkapan itu.
Spontan, Darisa menggempal penumbuk menahan amarah. Tatapannya penuh rasa muak juga benci kerana ungkapan pedas dari Daris.
"Baiklah! Daddy nak Ris jaga Risa baik-baik. Kemungkinan esok Suqi akan berangkat ke Itali. Jangan lupa pagi esok bawa Risa ke lapangan terbang dan Universiti."
"Aight?"
Tut.
"Jom nak balik!" Bagitahu Darisa persis seperti mengarah.
"Abang ada pertemuan dengan Pengarah Universiti. Boleh Risa balik dengan Ris?"
Belumpun sempat Darisa ingin membantah, pintu telahpun ditutup rapat. Enggan pulang bersama Daris, ia bertindak berbaring membungkus diri dalam selimut.
"Nak balik tak?"
"Pergi!" Perintah Darisa tiada kemesraan langsung.
Merasa tiada keperluan untuk mendengar perintah itu, Daris mencempung tubuh itu keluar dari hospital. Tak kesah dah dengan rontaan atau kemarahan Darisa. Yang Daris tahu, ia membenci penolakan juga perubahan dari Darisa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro