Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tujuan Murni si Kaloi

Sayang Pak Uda menahan racik,
Hendak mengait sarang merpati,
Kalau tuan berbudi yang baik,
Picitkanlah bintang 🌟 sang kegemaran hati.

SANG suria telah menghilangkan diri dari ufuk barat, sang cengkerik rimba dan unggas malam mula mengambil alih ketenangan Belantara. Sebelum kegelapan malam datang menjemput, masih terlihat kan cahaya mega pawana senja yang menari-nari riang di kaki langit maghrib.

Tiga teratak mini telah selamat dibina oleh si Petir dan juga si Guruh dengan menggunakan buluh-buluh serta kayu cendana hutan. Dengan berlantaikan bahan bumi, serta beratapkan juntaian dedaun nipah yang diambil dari tebing sungai, teratak ini cukup untuk bertahan dan berteduh dari hujan ribut untuk beberapa hari.

Diantara ketiga-tiga teratak mini berkenaan, yang paling besar itu dibina khas untuk si anak Sultan iaitu Putera Kentang, manakala satu lagi teratak mini menempatkan Bawang Putih dan ibunya si Ikan Kaloi. Teratak terakhir adalah untuk si Petir dan si Guruh. Di tengah-tengah antara ketiga-tiga teratak berkenaan ditempatkan kawasan unggun api bagi tujuan memasak dan memanaskan badan.

Malam itu, santapan mereka adalah nasi Arab yang dimasak khas oleh si Guruh oleh kerana dia pernah mengambil jurusan kulinari semasa zaman pembelajaran nya. Sambil menyantap, mereka berbual-bual mengenai keadaan sekeliling mereka dan perancangan Putera Kentang dimasa hadapan.

"Si Kaloi, apakah analisis mineral dan sumber kamu berkenaan kawasan ini?" Putera Kentang memulakan bicara bersama si ikan kaloi yang pintar itu.

"Ampun Tuanku. Selepas melakukan analisis dan kajian desktop melalui kajian pengkaji terdahulu , kawasan ini hanya dipenuhi populasi sumber protein iaitu ikan kaloi yang tinggi yang telah bermigrasi dari kawasan hilir sungai. Untuk taburan mineral berat, Tuanku perlu bergerak lebih kurang 15 kilometer ke arah barat daya untuk menemui sesuatu yang bernilai." si Kaloi menerangkan dengan panjang lebar.

"Owh yaaa. Lupa patik hendak bagi tahu. Semasa sebelum patik tiba di kawasan perigi biru kelmarin, patik telah terserempak dengan sekumpulan ikan kaloi yang sedang bermigrasi daripada hulu ke kawasan hilir sungai. Adakah itu maksud mu, wahai si Kaloi?" Putera Kentang baru sahaja terimbau akan kenangan dilanggar sekumpulan ikan kaloi.

"Owh iya ka Tuanku?" Bawang Putih mencelah.

"Yup. Itulah pasal patik merasa terkejut. Sempat patik ambil videonya." ujar Putera Kentang sambil menunjukkan paparan skrin Huawei P10 nya kepada Bawang Putih.

"Ampun Tuanku. Ya betul apa yang dibilang Tuanku. Oleh kerana aktiviti penangkapan spesies ikan kaloi di kawasan hilir sungai yang tidak terkawal, telah menyebabkan spesies ikan kaloi dewasa ini semakin terancam."

Si Kaloi menyambung.

"Demi menyelamatkan spesies ikan kaloi daripada menjadi mangsa penangkapan tidak terkawal sebelum menjadi pupus, jadi, tuan hamba telah menyeru rakan-rakan yang lain supaya berpindah dan melarikan diri ke arah hulu sungai yang lebih selamat dan terpelihara." terang Si Kaloi dengan panjang lebar.

"Apakah yang penduduk kampung lakukan dengan daging ikan kaloi itu, wahai Bawang Putih?" Putera Kentang bertanyakan kepada Bawang Putih tujuan spesies ikan Kaloi ditangkap secara besar-besaran di kawasan hilir sungai itu.

"Ampun Tuanku. Kebiasaannya, ikan kaloi yang ditangkap akan dijadikan ikan kering untuk dipasarkan ke pasar kampung di hujung kampung tersebut. Telur ikan kaloi pula akan dijadikan gulai untuk makanan sehari-hari buat penduduk tempatan." ujar Bawang Putih pula.

"Owh, begitu. Namun, jika kita tidak mengawal penangkapan ikan kaloi ini sehingga menjadi spesies terancam, apakah lagi yang penduduk kampung mahu jadikan makanan sehari-hari pula nanti ? Semuanya telah pupus" Putera Kentang terfikirkan perihal masalah itu.

"Ampun Tuanku. Sebab itulah, tuan hamba memanggil teman-teman tuan hamba untuk bermigrasi ke hulu sungai untuk menyelamatkan kemaslahatan spesies kami daripada terus terancam dek penangkapan yang tidak terkawal ini."

Si Kaloi menambah.

"Dan, sebab itulah hamba mengikuti Tuanku mengembara ke dalam Rimba Belantara ini bagi menyedarkan Tuanku, supaya Tuanku berbuat sesuatu kepada kami." Si Kaloi menerangkan dengan panjang lebar.

"Beginilah. Biar patik melihat dahulu kawasan migrasi spesies tuan hamba, si Kaloi , manalah tahu, hamba boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan spesies ikan kaloi yang terancam ini." ujar Putera Kentang.

"Terima Kasih, Tuanku." balas Si Kaloi.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro