Spesies Kaloi Semakin Terancam
Sayang kecapi kecapang kentang,
Sayang tempuru berisi dirham,
Sayang cik adik tak undi bintang 🌟,
Penat cik abang memerah ilham🏃🏻
MENJELANG awal subuh, Mak Kundur akan bersiap-siap untuk ke sungai berhampiran hujung kampung bagi menangguk ikan kaloi. Ikan kaloi ditangguk dengan menggunakan beberapa peralatan tradisional menangkap ikan seperti sauh kecil, serkap ikan dan bubu. Hasil penangkapan ikan kaloi ini kemudiannya akan dijual ke pekan terdekat kepada pembekal ikan. Kadang-kadang, Mak Kundur memperolehi telur ikan kaloi didalam bubu terbabit.
Telur ikan kaloi amatlah digemari oleh si Bawang Merah sejak sedari kecil lagi. Hampir tiap hari, Mak Kundur akan memasakkan makanan kegemaran si Bawang Merah itu samada telur kaloi masak goreng, telur kaloi goreng kunyit mahupun telur kaloi dimasak lemak cili api. Rasa telur ikan kaloi seperti daging ikan sembilang yang mempunyai rasa lemak-lemak manis. Telur ini juga sesuai dibuat masak masam manis.
Selain rasanya yang menggiurkan, telur ikan kaloi ini mempunyai khasiat yang diperturunkan sejak zaman berzaman. Selain memberi nutrisi yang lengkap, telur ikan kaloi ini juga dipercayai mampu memberi kekuatan kepada tenaga dalaman dan luaran manusia selain dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang kritikal seperti kejang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, disebabkan faktor inilah, jumlah kehadiran ikan kaloi di sungai hujung kampung semakin berkurangan. Pengambilan telur kaloi tanpa sekatan telah mengurangkan populasi ikan kaloi di sungai berkenaan. Jumlah ikan kaloi yang bermigrasi ke kawasan itu juga menimbulkan trend yang membimbangkan. Oleh itu, sesuatu harus dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Inilah tujuan utama si Ikan Kaloi di makmal terahsia berkenaan. Menyelamatkan survival komuniti ikan kaloi supaya tetap wujud dan tidak terancam dek penangkapan tidak terkawal. Tujuan utama juga ialah bagi meneruskan populasi ikan kaloi terus stabil walaupun mengalami pengambilan telur yang tidak terhalang. Si Ikan Kaloi harus lakukan sesuatu!
*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro