Sayang-sayang buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang,
Tuan laksana musafir mendatang,
Disini lah tempat⬇️mengundi bintang 🌟
JAUH disudut suram hutan rimba semenanjung Malaysia, wujud sebuah makmal program rahsia transgenik fauna yang canggih dan moden. Makmal itu terletak dibawah pohon beringin rendang, bersebelahan kolam semulajadi dan ditutupi bongkah-bongkah batu belah batu bertangkup. Makmal terahsia itu dikawal oleh seekor ikan kaloi transgenik yang berkebolehan menjadi pembantu maya yang pintar (Artificial Intelligent).
Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya, Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah. Mereka amat benci akan Bawang Putih. Bawang Putih pula sering dimarahi, dibelasah dan dipukul dengan kayu gaharu.
Pada suatu malam, Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya yang menjelma sebagai ikan kaloi. Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.
"Pergilah hiburkan hatimu wahai anakku dan bersabarlah, suatu hari nanti kau pasti akan menemui sinar kebahagiaan."
Pada keesokan harinya, Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh. Setelah ibu tirinya pergi menangkap ikan kaloi dan adik tirinya masih tidur, Bawang Putih pun meredah denai untuk pergi ke rimba belantara. Dia ingin mencari pohon beringin rendang, seperti yang diarahkan oleh arwah ibunya yang disuarakan di dalam mimpinya.
Setelah puas mencari, dia pun akhirnya tiba ke destinasi yang diperkatakan dalam mimpi itu. Alangkah terkejutnya si cantik manis Bawang Putih apabila dia ditakdirkan dapat bertemu dengan ibunya, Si Ikan Kaloi yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersuara.
Si Ikan Kaloi ini mempunyai misi penting, dalam usaha memelihara spesies ikan Kaloi yang semakin terancam dek kerana penangkapan tidak terkawal oleh Mak Kundur, dan pengambilan telur ikan kaloi oleh Bawang Merah.
Seorang putera raja, Putera Kentang yang juga seorang penjelajah mineral emas, bersama-sama pembantu lapangan yang juga merangkap pengiring istana sedang dalam rangka program penjelajahan kepelbagaian mineral di sungai berdekatan makmal terahsia itu.
Terkejut mendengar suara lemak-lemak lunak si cantik manis Bawang Putih, putera raja terbabit menyiasat punca asal suara itu. Sungguh ayu dan memikat hati, begitulah tarikan yang ada pada Bawang Putih untuk Putera Kentang itu terjatuh hati kepada personaliti nya.
Bersama-sama Putera Kentang, Bawang Putih menyahut seruan Si Ikan Kaloi bagi menyelamatkan spesies ikan Kaloi daripada terus mengalami ancaman akibat perbuatan zalim tanpa peri-kemanusiaan Mak Kundur dan Bawang Merah itu. Semoga kisah cinta mereka berakhir dengan gembiranya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro