Putera Kentang si Penjelajah Mineral
Sayang berderak pandai berguru,
Sayang selasih terbuang lalu,
Mujur tuan tinggalkan vote bintang 🌟 dahulu,
Kalaulah tidak hatiku sayu 😢
DI SEBUAH negeri yang cukup megah, hasil buminya yang melimpah ruah, hasil timah, mineral emas, ikan-ikan kaloi dan sebagainya. Negeri tersebut dipayungi oleh seorang Sultan berhati mulia, yang cukup disayangi oleh rakyatnya. Hasil kekayaan dan kemakmuran bumi negeri yang melimpah ruah itu dibahagikan hasilnya kepada segenap rakyatnya secara sama rata. "Raja kamilah jaga kami nanti." ungkapan masyarakat setempat mengenai betapa sayangnya mereka terhadap Sultan yang menjadi nadi negeri berkenaan. Sultan berhati mulia itu mempunyai seorang anakanda, iaitu Putera Kentang. Putera Kentang baru sahaja menghabiskan pembelajaran dalam bidang penjelajahan mineral daripada sebuah universiti luar negeri.
Oleh itu, bagi menguji tahap ilmu, mempersiap soft-skills dan cabaran praktikal dilapangan serta tahap ketekunan Putera Kentang bagi menghadapi persaingan bersama graduan lain dihari mendatang kelak, maka, Sultan telah bertitah dan mengarahkan Putera Kentang untuk mencari jejak-jejak jasad bijih emas disekitar hutan dibawah kawasan naugannya yang mempunyai sebatang sungai dan beberapa anak sungai. Selain itu, tujuan Sultan adalah bagi menambahkan lagi hasil kekayaan negeri untuk diagih-agihkan kepada masyarakat setempat.
Putera Kentang telah diperlengkapkan dengan alat-alatan menggali, dulang, beberapa alat makmal untuk ujian fire assay, handheld xrf untuk menganalisa mineral emas secara lapangan, beberapa beg, Global Positioning Survey (GPS) yang diguna untuk menanda lokasi, kasut getah yang diguna untuk meranduk sungai, parang yang akan digunakan untuk merintis belukar dan mercun yang akan digunakan bagi menakutkan binatang-binatang buas. Selain itu, Putera Kentang dipersiapkan dengan dua orang pegawal istana yang bertindak sebagai pembantu lapangan dan juga mengawal keselamatan Putera Kentang sepanjang tempoh eksplorasi berkenaan.
Sultan memberi masa sepurnama kepada Putera Kentang bagi 'membelah', memetakan, memproses bahan-bahan yang ditemui, menganalisa data-data yang diperolehi, membuat keratan rentas jasad bijih berkenaan sehingga satu laporan lengkap untuk diletak kedalam perpustakaan istana. Ianya seumpama sebuah latihan industri bagi Putera Kentang bagi menghadapi cabaran dimasa yang mendatang. Perkara ini juga memberikan pengalaman kepada Putera Kentang supaya berkenal-kenalan dengan penduduk selain mengetahui masalah mereka selain mengenali topografi hutan dibawah naugan pentadbiran Sultan.
Bukanlah apa, kerana suatu hari nanti, jika Sultan sudah tiada, Putera Kentang lah yang akan menggantikan tampuk pemerintahan Sultan. Jadi, seharusnya lah Putera Kentang mengenali dahulu kawasan yang bakal diperintah olehnya. Sultan juga mahu membentuk diri dan jiwa Putera Kentang supaya mesra masyarakat, dekat di hati rakyat dan lebih mengenali isi hati masyarakat setempat selain merendah diri dan tidak bongkak.
Putera Kentang sudah bersedia. Fizikal dan mentalnya sudah dipersiapkan bagi menghadapi cabaran ini. Segala ilmu dan pengetahuan nya akan disalurkan kepada projek barunya ini. Sia-sia sahajalah selama empat tahun dia berkelana ke negeri orang, tetapi tidak dapat berbakti dinegeri sendiri. Dia mahu mengaplikasikan segala apa yang diajar oleh pensyarah-pensyarah nya itu kedalam disertasi yang akan dikarang nanti. Dia mahu jadikan disertasi ini sebagai yang terbaik dan boleh dijadikan panduan pada masa hadapan.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro