Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pengembaraan ke Rimba Belantara Bermula

Sayang selasih diikat cermin,
Kalau tinggi ambil lah galah,
Tiadapun vote bintang 🌟 ataupun komen⬇️,
Pembuka hatimu jua di tangan Allah.

SEMENTELAH itu, maka berbondong-bondong lah pembantu Putera Kentang yang membuntuti nya iaitu si Guruh, si Petir dan Bawang Putih berjalan kaki sambil menatang bekas kaca yang terisi seekor ikan kaloi ke arah Rimba Belantara yang maha luas lagi menghijau itu. Kadang-kadang, Putera Kentang akan meranduk sungai untuk meneruskan misi memetakan kawasan hutan dan sekitarnya manakala si Guruh dan si Petir akan merintis semak samun bagi memudahkan laluan si Bawang Putih dan ikan kaloi.

Ketika sedang berehat-rehat bagi melepaskan lelah, mereka pun berbual-bual bersama ikan kaloi yang pintar itu.

"Wahai si Kaloi, apakah kamu sebenarnya?" Putera Kentang memulakan pertanyaan kepada si ikan kaloi.

"Ampun Tuanku. Hamba merupakan seekor makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mewarnai alam buana ini." Si Kaloi menjawab dengan bersuara kepit kan ala-ala Nursajat itu.

"Tak..tak.. Bukan itu maksud patik. Maksud patik, kamu ini ikan jenis apa yang tetiba boleh berkata-kata. Pintar pula tu." Putera Kentang cuba menjelaskan objektif pertanyaan nya sebentar tadi. Bawang Putih hanya tersenyum sinis sahaja memdengarkan pertanyaan Putera Kentang tersebut.

"Ampun Tuanku. Hamba merupakan seekor ikan kaloi yang telah ter transgenik dengan tubuh seorang manusia iaitu Mak Labu. Melalui alat e-batu-belah-batu-bertangkup, tubuh kami telah terpadu menjadi satu jasad iaitu jasad seekor ikan kaloi. Kini, gabungan Artificial Intelligence (AI) iaitu Siri yang di bangunkan Apple, Google Assistant yang dibangunkan oleh pihak Google, Cortana yang dibangunkan oleh Microsoft dan Bixby yang dibangunkan oleh Samsung telah dinyah-sistemkan di dalam sistem otak ikan kaloi yang pintar ini."
ulas si Kaloi dengan panjang lebar.

"Owh...." sampuk si Guruh dengan si Petir.

"Ahhh.. Kaloi...Kaloi... Saya ada satu soalan... Hehe.." Si Petir yang kelam kabut itu tiba-tiba menyampuk.

"Ishh kau ni. Ade Ade je lah soalan. Ni mesti soalan merapu ni." Si Guruh memarahi si Petir lalu membuat poker face.

"Aa...aa.... Kalau awak pintar kan si Kaloi, saya nak tanya.... " Si Petir memulakan mukadimah soalan sambil tergagap-gagap.

"Aaa....Aaa..." belum habis si Petir menghabiskan ayatnya, si Guruh sudah menjerkah.

"Aaa...Aaa...APA?!"

"Aaa...Aaa... Kalau awak pandai, apakah tema #Bajet2018 kali ini. Haa...Haa... Susah tak...susah tak soalan. " Si Petir yang bermula barangan itu jelas puas dengan soalan yang dilontarkan nya kepada si Kaloi. Dia yakin si Kaloi tidak dapat menjawab pertanyaan nya itu.

"Apa punya soalan daaaa. Aiya..." Si Guruh hanya menjengkelkan giginya yang rongak itu setelah mendengar soalan Cliché si Petir.

Tiba-tiba, si Kaloi menjawab dengan panjang lebar.

"Tema #Bajet2018 adalah Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbangi Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 2050. Bajet 2018 telah dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 27 Oktober 2017."

Kedua-dua si Petir dan si Guruh hanya senyap sunyi mendengarkan jawapan killer daripada si Kaloi. Putera Kentang dan Bawang Putih hanya tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berdua.

"Dah laa... jangan bertelagah lagi. Asyik bertelagah berteriak-teriakan sahaja hamba berdua ini. Ayuhlah kita memulakan perjalanan ke Rimba Belantara. Hari pun sudah menjengah ke waktu maghrib. Elok rasanya kita mencari tapak untuk dibina tempat berteduh sementara menunggu hari terang kembali." Putera Kentang mengarahkan si Petir dan si Guruh mencari tapak untuk mereka berhenti berteduh buat sementara.

Bawang Putih pula sungguh asyik memasukkan foto-foto bunga hutan dan kayu-kayu cendana ke dalam laman Instagram peribadi miliknya sambil tag penglokasian keberadaan mereka berada. Dasar anak gadis zaman Millennium.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro