Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Mimpi Putera Kentang (bahagian 1)

KALAKIAN itu, bermalamlah sang putera raja di kampung bunian itu. Maka, pada malam itu, Putera Kentang telah tidur diperbaringan serambi pangkin yang telah disediakan oleh penduduk kampung bunian terbabit. Putera Kentang pun berbaring dan lantas terus dibawa terawang-awang ke alam mimpi, bergentayangan di sudut sinaran mega alam dibawah singkapan mata.

Ada seorang puteri, yang kelihatan sedang tertidur di dalam sebuah istana yang kosong dan tiada berpenghuni itu. Dan seorang lelaki yang buruk wajahnya, singgah ke dalam istana, tempat singgah sana sang puteri yang berbaring.

"Cantik sekali gadis yang sedang berbaring ini, dia pastinya seorang puteri raja." getus hati lelaki berwajah buruk terbabit.

Tiba-tiba, datang seorang nenek tua, dengan perlahan menegur lelaki berwajah buruk terbabit.

"Alangkah beruntungnya kamu wajah sang jejaka, kerana dapat menatap wajah sang puteri. Orang-orang biasa, tidak akan mampu menjejakkan kaki mereka ke dalam istana ini." ujar nenek kebayan yang wajahnya sudah berkedut seribu itu.

"Apakah maksudmu, wahai nenek kebayan?" lelaki berwajah buruk itu merasa hairan.

"Istana ini dan seluruh isinya, serta tuan puteri ini, telah disumpah oleh seorang nenek sihir untuk tidur buat selama-lamanya. Akulah yang menjaganya disini." ujar nenek kebayan itu lagi.

Lelaki berwajah buruk itu kelihatan amat terkejut dengan kenyataan nenek kebayan tersebut. Dia betul-betul tidak menyangka akan keberadaannya di situ.

"Jadi, bagaimanakah caranya tuan hamba untuk menghapuskan sumpahan nenek sihir ini?" soal lelaki berwajah buruk terbabit.

"Menurut ilmu firasat dukun istana, akan tuba seorang jejaka, yang akan menyelamatkan si tuan puteri yang malang ini. Istana ini akan terlihat olehnya, dan puteri ini akan dibangkitkan dengan secebis ciuman daripada sang jejaka terbabit...." terang si nenek kebayan terbabit.

"...dan lelaki itu adalah kamu.." sambung nenek kebayan itu lagi.

"Aku? Mustahil..... Sama sekali mustahil wahai nenek kebayan. Aku ini sudahlah berwajah buruk, malahan tidak punya apa-apa yang tinggal di dunia ini. Tidak berharta, tiada pula darjat seperti pembesar...."

"Tidak! Firasat kuat mengatakan bahawa hanya engkaulah yang bisa menyelamatkan tuan puteri ini." Nenek kebayan berkenaan pun mencelah.

Lalu, lelaki berwajah buruk berkenaan menatap ke arah alis wajah tuan puteri yang sedang tidur di hadapannya itu. Kemudian, lelaki itu berjalan dan duduk di samping jasad tuan puteri yang tidak sedarkan diri itu. Secara perlahan, dia pun berbisik.

"Wahai tuan puteri, wajahmu sungguh indah sekali. Bahkan, diantara gadis yang pernah daku temui, engkaulah gadis yang paling jelita, paling ayu dan terpaling indah rupawan."

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro