e-Batu-Belah-Batu-Bertangkup
Sayang jelatik tersekat di butang ,
Sayang tekukur terbang ke pepara,
Wahai si cantik tekan lah bintang 🌟,
Wahai si kacak kritik⬇️ lah apa-apa.
SELEPAS berlaku pergaduhan besar antara Mak Labu dengan Mak Kundur, yang disebabkan oleh si Bawang Merah telah memakan cebisan terakhir telur ikan Kaloi yang dimasak oleh Mak Labu, maka, Mak Labu pun berlari ke hutan dibelakang rumah akibat kekecewaan yang terlampau sedih. Dalam beberapa detik, Bawang Putih juga berlari ke hutan mencari jejak ibunya yang disayangi itu.
"Puas hati aku. Pergi kau jauh dari sini." teriak Mak Kundur dengan si Bawang Merah duduk disampingnya tersengih-sengih lagaknya. Cebisan terakhir telur ikan kaloi masih melekat ditepi mulut si Bawang Merah.
*
Sambil berlari, si Bawang Putih tercari-cari ibunya, sehinggalah dia menemui ibunya sedang berhadapan dengan sebuah batu dibawah sebuah pepohon beringin rendang. Batu itu dilagendakan sebagai 'Batu Belah Batu Bertangkup'. Di tepi pohon beringin terbabit, terdapat sebuah perigi semulajadi yang buta. Airnya biru dan cukup sejuk.
"Pergilah kau, nak. Jagalah dirimu selalu. Sudah sampai masa nya ibu meninggalkan kamu." berkata si Mak Labu kepada si Bawang Putih yang tika itu masih muda remaja.
"Ibu, janganlah engkau pergi meninggalkan ku. Sama siapa lagi harus aku bergantung harap selepas ini. Aku ada ibu sahaja. Aku merayu, ibu." rayu si Bawang Putih sambil meratap menangis.
"Jaga-jaga dirimu selalu. Semoga kebahagian sentiasa berada disampingmu, wahai anakku." kata-kata azimat terakhir ini diluahkan oleh Mak Labu kepada si Bawang Putih sebelum dia melangkah masuk ke dalam 'Batu Belah Batu Bertangkup' tersebut.
"Ibu!!!"
Si Bawang Putih hanya mampu meratap menangis di tebing perigi tersebut.
Sejurus selepas Mak Labu hilang daripada pandangan si Bawang Putih tika ditelah batu belah batu bertangkup, muncul seekor ikan Kaloi bermain-main dipermukaan perigi buta terbabit sambil berenang-renang digigi-gigi air.
Bermula dari situlah, si Bawang Putih akan melawat perigi terbabit sambil bermain-main dengan ikan kaloi bagi menghilangkan rasa bosan dan membuang perasaan gundah gulana jauh-jauh. Disitu jugalah terciptanya lagu-lagu perigi biru terbabit.
*
Sebenarnya, "Batu Belah Batu Bertangkup" merupakan sebuah sistem USB tercanggih, termaju dan termoden didalamnya, berbentuk fizikal sebuah bongkahan batu yang cukup besar, cukup muat bagi menampung satu proses pemindahan memori jasad manusia kepada sebuah hidupan rencam yang terdekat. Dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga suria, batu ini dinamakan sebagai 'e-Batu-Belah-Batu-Bertangkup'.
Oleh itu, Mak Labu hanya melalui proses pemindahan data-data memorinya daripada jasad badan manusia nya kepada sebuah jasad kehidupan yang lain. Segala data-data didalam memori didalam perpustakaan otak Mak Labu di pindahkan secara tanpa wayar atau wireless, menggunakan kaedah termoden dan termaju pada abad ini.
Kebetulan pula, oleh kerana seekor ikan Kaloi sedang mendekati kawasan batu belah batu bertangkup elektronik terbabit, maka, dia lah yang menjadi mangsa proses pemindahan transgenik antara memori otak Mak Labu kepada jasad ikan kaloi terbabit. 80 peratus daripada setoran penyimpanan didalam fizikal ikan kaloi terbabit adalah daripada Mak Labu, manakala 20 peratus lagi masih tersimpan memori sebagai ikan kaloi.
Mak Labu terus menghidup dan membesar sebagai seekor ikan Kaloi yang telah ter transgenik bersama-sama DNA memori manusia, lalu dipertingkatkan oleh sebuah makmal rahsia milik kerajaan dibelakang pohon beringin rendang terbabit, menjadi seekor ikan yang pintar dan boleh menjadi pembantu maya iaitu Artificial Intelligent, AI sama seperti apa yang berlaku kepada Artificial Intelligent seperti Siri, Cortana atau Bixby.
*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro