Di Tegur Suara Misteri
Sayang ramuning di muka laut,
Sayang rambutan di atas peti,
Bintangnya 🌟 kuning sungguhlah terpaut,
Picit⬇️ lah sekali penghibur hati.
DI KAWASAN rimba belantara pula, Putera Kentang, si Petir dan si Guruh sedang menantikan kehadiran Bawang Putih yang mahu mengikuti mereka bersama-sama mengembara ke rimba belantara tersebut.
Dengan air perigi biru yang terlihat begitu sejuk dan dingin sekali, si Petir dan si Guruh berchadang untuk mencelup seketika kaki mereka ke dalam air perigi berkenaan, bagi melegakan urat-urat betis akibat jauh berjalan di rimba belantara ini.
Kedinginan air perigi biru cukup terasa sehingga ke tulang kaki. Kenyamanan suasana disekitar perigi biru terbabit begitu menggamitkan pesona di rimba belantara itu.
Sedangpula si Guruh dan si Petir leka mencelup-celup kaki mereka dikawasan perigi biru terbabit, mereka dikejutkan dengan bunyi suara seakan-akan Siri daripada dalam perigi terbabit.
"Usah dicelup kakimu yang berbau hapak dan tenghik itu ke dalam perigi ini. " kata suara misteri tersebut.
Si Guruh dan Si Petir yang sedang bermain air perigi itu tiba-tiba terkejut. Mereka berdua saling berpandangan. Pelik bin ajaib.
"Tuan hambakah si Petir yang membuat suara kepit seperti itu? " Si Guruh bertanyakan kepada si Petir adakah dia cuba mempermain-mainkan si Guruh.
"Sumpah! Bukan tuan hamba yang berkata begitu. Tuan hamba juga ada mendengarinya sedari tadi." si Petir menjawab persoalan si Petir, lalu memandang tajan si Guruh.
Pandangan mereka beralih kepada Putera Kentang yang sedang membelek-belek bongkahan batu yang berada bersebelahan Pepohon Beringin itu.
"Ampun Tuanku Beribu Ampun. Tuan Hamba ingin bertanya. " si Petir memulakan pertanyaan kepada Putera Kentang yang sedang khusyuk membelek-belek bongkahan batu-batu terbabit.
"Ya. Teruskan pertanyaanmu, wahai si Petir." Putera Kentang hanya menjawab tanpa mempedulikan pertanyaan si Petir.
"Adakah Tuanku ada mendengarkan suara seorang wanita seakan robot atau suara kepit yang bercakap-cakap tadi? " si Petir melontarkan pertanyaan kepada Putera Kentang.
"Maaf, patik tidak pula mendengar apa-apa bunyi atau suara manusia mahupun robot disekitar rimba belantara ini. Barangkali kalian berdua tersilap mendengar siulan kedidi rimba atau Kakak Tua, mungkin. " Putera Kentang menjawab sambil matanya masih khusyuk mencerap batu-batuan disitu.
Tiba-tiba, tanpa diduga, satu suara kasar datang menerpa kearah ketiga-tiga manusia yang berada di kawasan perigi biru terbabit.
"Usah diganggu Batu Belah Batu Bertangkup itu!!! "
Putera Kentang yang sedari tadi sedang khusyuk melihat-lihat formasi batuan disitu nyata terkejut lalu tersadung ditepi bongkahan batuan terbabit. Mujur lah dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Gerangan siapakah yang berkata-kata itu? " Putera Kentang kelihatan murka dengan perlakuan suara misteri berkenaan yang tiba-tiba datang menerpa tanpa ucapan salam mahupun perkenalan diri.
Senyap sunyi.
Suasana rimba belantara menjadi sunyi seketika. Hanya bunyi cengkerik hutan yang memecah kesunyian terbabit.
Krikk...krikkk...krikkk...
Krikkk...krikk..krikk...
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro