Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Di Langgar Migrasi Kaloi

Sayang sumpitan batang buaya,
Sayang sekuci dimakan ikan,
Keliling wattpad menyelam karya,
Mengapa bintang 🌟 tidak diberikan⬇️?

KALAKIAN ITU, maka Putera Kentang pun memulakan perjalanan nya ke kawasan hutan belantara dibawah naungan kerajaan ayahandanya itu bersama-sama kedua-dua pembantu lapangannya, Si Tempik dan Si Guruh. Perjalanannya melalui beberapa buah kampung termasuklah rumah Mak Kundur. Sambil bersalam-salaman dan bertanya khabar dengan penduduk-penduduk kampung, Putera Kentang juga ada bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi penduduk kampung untuk dibawa ke pengetahuan tuanku Sultan.

     Maka, pada waktu itu bergetarlah segala tulang rusuk si Bawang Merah apabila melihat susuk tubuh si Putera Kentang yang mempunyai otot yang amat katang, berpewatakan muda, seorang yang aktif bersukan, mempunyai senyuman yang cukup menawan dan segala puji-pujian yang menjadi zikir dimulutnya dan terkumat-kamit si Bawang Merah sambil tersengih-sengih manja apabila terlihatkan si Putera Kentang tersebut. Sempat juga si Bawang Putih mengambil gambar swafotonya bersama Putera Kentang sambil memuncungkan mulutnya bak paruh itik itu dengan menggunakan Samsung Galaxy S8. Tidak sabar rasanya mahu meluncurkan gambar swafoto bersama anak raja itu ke dalam akaun instagram miliknya apabila ada data nanti.

     "Harus aku tunjuk gambar ini dan di bilang tentang keberadaan Putera Raja Kentang ini kepada ibuku." bisik hati si Bawang Merah yang sedang berbunga-bunga itu.

     Selepas selesai sahaja sesi beramah mesra dengan penduduk dan menerangkan kepada mereka tujuan Putera Kentang untuk memasuki hutan tersebut, maka, Putera Kentang bersama-sama Si Tempik dan Si Guruh pun meminta diri untuk mula memasuki hutan. Laluan yang digunakan oleh ketiga-tiganya itu adalah laluan si Bawang Putih untuk menemui ibunya, Si Kaloi di hutan.

     Sesampai sahaja mereka ke destinasi pertama melalui data GPS yang telah ditandakan diatas peta, maka, mereka pun melakukan kerja-kerja asas dalam proses penjelajahan. Si Tempik mula mengorek kawasan di jeram sungai manakala Si Guruh mula mencari lokasi yang sesuai untuk mendulang. Tujuan Si Tempik mengorek pasir-pasir di jeram sungai adalah untuk mencari keberadaan mineral emas yang berat itu di bawah-bawah pasir.Putera Kentang pula memulakan aktiviti meranduk sungai bagi mencari singkapan-singkapan batuan yang boleh dijadikan bahan penunjuk kepada kehadiran mineral emas dikawasan tersebut.

     Sedang masing-masing terleka dengan tugas masing-masing, tiba-tiba kedengaran percikan air dari arah yang bertentangan iaitu dari arah hilir sungai. Semakin lama, bunyi pencikan air itu kedengaran semakin jelas.

     "Bunyi apakah itu, tuan hamba?" Putera Kentang bertanyakan kepada Si Tempik.

     "Entahlah, tuanku. Hamba fikir hanya bunyi jeram. Tetapi mengapa semakin jelas?" Si Tempik bertanya kembali kepada Putera Kentang.

     "Ishh tuan hamba ni. Kita bertanya kepada dia, dia bertanya kepada kita pula." kata Putera Kentang sambil mengeluarkan telefon pintar Huawei P10 dual camera dari sakunya. Dia bersedia dengan apa sahaja yang mendatang.

     "Mungkin kah itu bunyi..." Si Guruh tidak sempat menghabiskan ayatnya.

     Tiba-tiba, datang segerombolan ikan yang berenang-renang sambil terlompat-lompat dari arah hilir ke arah hulu. Ikan tersebut dipercayai datang daripada spesies ikan Kaloi. Ikan Kaloi berkenaan dengan jumlah yang agak banyak seperti mahu menyerang mereka bertiga.

     "Tuanku, naik atas daratan." Si tempik menyuruh Putera Kentang naik ke atas tebing sungai.

     Tidak sempat Putera Kentang naik ke atas daratan ditebing sungai terbabit, ikan-ikan kaloi berkenaan yang dipercayai sedang bermigrasi terlompat-lompat disisi Putera Kentang, diikuti Si Tempik dan akhirnya melalui tempat Si Guruh sedang mendulang.

     "Arghhh...Arghhh...." jerit Putera Kentang menutup muka tetapi masih sempat merakam peristiwa terbabit menggunakan telefon pintar Huawei P10 nya itu.

     Si Tempik dan Si Guruh hanya mampu mengelakkan laluan ikan kaloi terbabit dengan menggunakan tangan dan kaki mereka. Tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan hanya mengelak sahaja.

     Ikan-ikan kaloi terbabit pun berlalu pergi dan meneruskan perjalanan nya ke kawasan hulu sungai terbabit.

     "Fuhh.... Nasib baik sempat rakam." kata Putera Kentang yang bercadang mahu memuat naik video berkenaan ke laman facebook, instgram serta akaun Youtube nya.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro