Cinta Pandang Pertama
Sayang sembilang ikan berdukang,
Sayang selasih batang berduri,
Vote Bintang 🌟 hilang tidak terkenang,
Hilang readers mana mahu mencari?
CAHAYA mentari yang menggores ke pipi Bawang Putih sedikit sebanyak berjaya mencairkan hati sang Putera Kentang yang tika itu sedang kusyuk menikmati pemandangan indah sebuah ciptaan tuhan.
Tiba-tiba, si Petir yang berpersonaliti kelam kabut itu terpijak reranting yang menjalar disekitar kawasan bongkahan batu terbabit. Bunyi patahan ranting terbabit didengari si Bawang Putih lalu mengejutkan insan yang sedang duka lara bersedih itu.
Bawang Putih bingkas bangun sambil mengelap air mata duka laranya lalu bingkas bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah punca bunyi terbabit.
Seusai sampai sahaja dikawasan bongkahan batu ditepi makmal terbabit, alangkah terkejutnya Bawang Putih apabila terlihatkan tiga susuk tubuh insan bujang sedang mengendapnya ditepi perigi biru terbabit.
"Siapakah gerangan tuan hamba bertiga ini?" Bawang Putih mula bersuara, kedengaran seperti sedang marah nampak gayanya.
"Nanti dulu, wahai gerangan si cantik manis. Biar patik terangkan hajat patik dan pembantu patik ke mari." Putera Kentang cuba untuk menjadi seorang adiwira untuk menyelamatkan keadaan.
"Terangkan wahai sang teruna dari rimba." jawab si Bawang Putih dengan muka merah padam tatkala dipuji sang Putera Kentang terbabit.
"Patik adalah Putera Kentang, anakanda Sultan yang mentadbir sekalian kawasan di kampung dan juga hutan belantara ini. Patik ditugaskan oleh ayahanda Sultan untuk mencari hasil bumi dan mineral berharga untuk meningkatkan ekonomi kerajaan ayahanda patik. Oleh itu, patik ditemani oleh dua orang pembantu bermuka baragas ini, satunya bernama si Petir, dan satu lagi bernama si Guruh." terang Putera Kentang secara panjang lebar.
Air muka Bawang Putih berubah. Seakan telah terjatuh hati dengan putera raja terbabit.
"Ya betul, wahai si cantik manis." si Petir mencelah sambil tersengih-sengih.
"Dalam perjalanan meranduk sungai tadi, kami bertiga ada terdengar nyanyian yang cukup merdu yang datang dari Kolam Biru. Sebab itulah kami terngendap-ngendap disebalik bongkahan batu itu." Putera Kentang menyambung penerangannya dengan panjang lebar sambil tersengih-sengih kambing lagaknya.
"Owh. Tidak apalah. Tuan hamba bernama Bawang Putih. Tuan Hamba tinggal bersama Mak Kundur dan Bawang Merah. Tiap pagi, tuan hamba akan ke perigi biru untuk memberi makan kepada ibu hamba, si Kaloi yang telah ter Transgenik. Ibu tuan hamba telah masuk ke e-batu-belah-batu-bertangkup lalu menjadi seekor ikan kaloi. " ulas si Bawang Putih panjang lebar.
Ketiga-tiga jejaka teruna terbabit hanya mengangguk faham atas penceritaan si Bawang Putih yang panjang lebar itu.
"Untuk mengubati hati yang lara ini, tuan hamba akan bernyanyi gurindam jiwa tika memberikan ibuku santapan merarau nasi berlauk daun keladi. " ujar Bawang Putih lagi sambil mengesat air matanya yang mengalir jernih itu.
"Tidak apalah. Suara tuan hamba pun apa kurangnya. Merdu dan gemersik sehalus baldu. Alunanya bak buluh perindu. " Si Guruh pula menyampuk.
"Ouh ya, sebelum tuan putera pergi lebih jauh kedalam hutan, izinkanlah apa kiranya jika kita berswafoto sekali. Ingin sekali tuan hamba berkongsi di laman instagram momen-momen indah ini. " kata si Bawang Putih sambil mengeluarkan peranti iPhone X nya.
"Wahh iPhone X. Patik pun hanya menggunakan Huawei P9 dual camera sahaja. " Putera Kentang cuba berseloroh dengan si Bawang Putih sambil tersengih-sengih manja. Hatinya bagai diusik-usik riang, jantungnya berdegup kencang tika berbual bersama Bawang Putih.
"Tidak lah, Putera Kentang. Ini sahajalah harta peninggalan ibu kandung tuan hamba sebelum dijaga oleh ibu tiriku, Mak Kundur. " jelas Bawang Putih lagi.
Mereka pun berswafoto bersama lalu memasukkan ke dalam laman instagram akaun masing-masing.
***
Sambil duduk-duduk mencelup kaki ke perigi biru, Putera Kentang dan Bawang Putih berbual-bual mesra, membincangkan isu-isu semasa dan lain-lain isu yang sedang tular dan sohor kini. Si Guruh dan Si Petir pula ditugaskan meracik buluh bagi memburu haiwan hutan yang halal untuk dimakan.
"Jika tuan hamba bosan tika berada disini, apalah kiranya jika tuan hamba mengikuti kami bertiga menjelajah ke dalam hutan. Sekurang-kurangnya boleh lah menghilangkan perasaan kesedihan dan kebosanan yang sedang bersarang dihati. " Putera Kentang mengajak Bawang Putih untuk masuk ke hutan dan menemaninya.
"Siapalah gerangan tuan hamba untuk menolak ajakan putera raja, namun, hamba lebih memikirkan keselamatan ibu hamba yang tinggal di perigi ini. " Bawang Putih hanya memandang kearah perigi biru terbabit. Sungguh sayu riak wajahnya.
"Jadi, bawa sekalilah gerangan ibu mu ke dalam hutan, masukkan dia ke dalam balang ikan. Sekurang-kurangnya, tuan hamba berada disisi ibumu walau dimanapun berada. " Putera Kentang menyatakan ideanya kepada Bawang Putih.
Bawang Putih memandang kearah Putera Kentang. Otaknya ligat berfikir.
"Bernas juga idea itu. Getus hati Bawang Putih.
"Ayuh! Mari kita lakukan! " Bawang Putih mula bersemangat kembali.
Dia sudah bersedia menjelajah ke dalam hutan rimba bersama seorang putera raja.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro