Bertemu Nenek Kebayan Merah Jambu
Sayang tunggang jauh ke hulu,
Gunung Gading nampak melintang,
Sayang sudah bertahun ku menunggu,
Vote bintang 🌟 mu ke mana menghilang?
SELEPAS setengah jam berehat-rehat di sekitar denai-denai yang telah di tebas itu, akhirnya mereka pun memulakan perjalanan ke arah utara. Semakin mereka bergerak ke arah utara, semakin tebal pula denai-denai dan pepohon resam yang terpaksa mereka tempuhi itu.
Tiba-tiba, si Guruh berlari ke belakang dan menemui Putera Kentang. Rupa paras nya seakan-akan sudah terlihat penampakan pocong sahaja.
"Ampun Tuanku, dihadapan ini, kita akan menemui sebuah bukit yang cukup tinggi. Hamba tidak yakin kita boleh memanjat bukit berkenaan." Si Guruh menerangkan situasi di hadapan kepada Putera Kentang sambil tergagap-gagap.
"Oleh itu, apakah ada jalan alternatif lain yang boleh kita lalui?" Putera Kentang menanyakan jalan alternatif lain untuk dilalui mereka kepada si Guruh.
"Ampun Tuanku. Ya memang ada. Tetapi kita terpaksa melalui kawasan air terjun. Sudah semestinya batu-batuan di situ agak licin dan berlumut akibat cuaca yang tidak menentu." terang si Guruh lagi.
"Ouh. Tidak apalah. Kita akan melalui laluan air terjun itu. Cuma perlu sedikit berhati-hati terutamanya kepada Bawang Putih ini." Putera Kentang bersetuju untuk melalui kawasan air terjun di hadapan.
Mereka pun bergerak ke arah air terjun berkenaan bagi mengelakkan laluan berbukit yang cukup tinggi itu. Setibanya sahaja mereka di kawasan air terjun itu, betapalah gembira hati mereka kerana dapat menyaksikan keindahan ciptaan alam yang maha kuasa.
"Indahnya air terjun ini. Ingin sekali aku mengambil swafoto disini." Bawang Putih kelihatan teruja dengan keindahan alam semula jadi di kawasan air terjun itu.
"Si Kaloi, apakah nama air terjun ini ya?" Putera Kentang bertanyakan lokasi di mana mereka berada kepada si ikan Kaloi yang Pintar itu sambil melihat diatas peta.
"Ampun Tuanku. Nama air terjun ini Air Terjun Nenek Kebayan Merah Jambu. Secara umumnya, batuan yang melatari kawasan air terjun ini adalah Pink Granite. Pink Granite ini lah sumber utama kepada proses permineralan emas di kawasan ini. Tuanku sudah tidak terlalu jauh dari tempat asal mula kepada mineral emas ini." begitu lengkap sekali penerangan yang diberikan oleh si Ikan Kaloi yang pintar itu.
"Air Terjun Nenek Kebayan Merah Jambu. Peliknya nama. Apa-apapun, marilah kita swafoto dahulu bersama air terjun yang indah ini." Putera Kentang mengeluarkan telefon pintar nya lalu mengajak semua yang ada di situ untuk berswafoto.
Selesai sahaja berswafoto, Putera Kentang pun membelek-belek gambar yang diambil untuk diletakkan di dalam laman Instagram. Putera Kentang nyata terkejut apabila mendapati bahawa ada sebuah jasad separuh manusia separuh ghaib yang kelihatannya seperti Dato' Seri Vida telah tuna foto gambar swafoto tersebut. Seram sejuk pula Putera Kentang dibuatnya.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba, terdengar seperti suara teriakan seseorang yang tidak dikenalinya daripada kejauhan.
"Hai sayang sayang semua! Nama hamba Nenek Kebayan Merah Jambu. Hambalah penjaga kawasan air terjun ini" seorang Nenek Kebayan Merah Jambu berteriak-teriakan sambil menyanyikan lagu Ayam Mee, lagu kegemaran masa kini.
"Come with me, sayang sayang sayang. Stay with me, sayang sayang sayang" penampilan Nenek Kebayan Merah Jambu tidak ubah seperti penampilan DSV dalam Gegar Vaganza.
Mereka berlima terdiam kagum dengan nyanyian merdu yang dilontarkan oleh Nenek Kebayan Merah Jambu itu. Hujan yang turun sedari awal pagi tadi semakin lebat apabila alam mendengarkan alunan gemersik itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro