Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bertemu Kampung Bunian

Sayang Temasik tempat berniaga,
Masyhur sudah ke serata dunia,
Tuan emas hamba tembaga,
Undi bintang 🌟 tuan sungguhlah berharga.

SEDANG mereka berlima membelek-belek dan mencerap singkapan batuan beremas yang pernah diperkatakan oleh lagenda klasik terdahulu, mereka berlima dikejutkan dengan bunyi seakan-akan sebuah majlis pesta-pestaan yang amat meriah lagi membingitkan. Seperti bunyi sebuah perkampungan yang cukup ramai dengan penduduknya.

Bunyi seperti muzik yang gempa gempita, suara anak-anak kecil berlari ke sini dan ke sana cukup membuatkan suasana menjadi meriah seperti sebuah desa terpencil di dalam hutan rimba berkenaan. Kelima-lima mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan terbabit.

"Ampun Tuanku. Adakah Tuanku ada mendengar seperti bunyi pesta-pestaan yang membingitkan berdekatan tempat kita berdiri ini?" Si Petir bertanyakan soalan kepada Putera Kentang.

"Sudah semestinya patik mendengarkan bunyi-bunyian tersebut. Dari manakah asalannya bunyi-bunyian itu?" Putera Kentang kembali bertanyakan kepada si Petir tentang keberadaan bunyi-bunyian terbabit.

"Tuanku. Marilah ke mari. Ada sesuatu yang ingin tuan hamba tunjukkan kepada Tuanku." Si Guruh yang berada di celahan pokok resam terbabit memanggil Putera Kentang itu.

Putera Kentang berganjak kearah tempat si Guruh meniarap dan ikut sama meniarap sambil mengendap di celah-celahan pokok resam terbabit. Sungguh mengejutkan apa yang terlihat dihadapan mata mereka.

"Ada sebuah perkampungan disini. Patutlah meriah semacam. Tetapi agak pelik juga perkampungan disini. Seperti masih mengekalkan tradisi perkampungan Melayu lama." Putera Kentang memulakan bicara, menyatakan apa yang berada di hadapan matanya.

"Tidak apa. Biar patik berbicara kepada orang kampung di sini. Manalah tahu mereka mengetahui kawasan Lubuk Kaloi disini." Putera Kentang memulakan langkah pertama untuk memunculkan dirinya dihadapan penduduk kampung misteri ini.

Sebaik sahaja Putera Kentang memunculkan dirinya, maka, terdiam lah barang siapa yang terlihat kan dirinya di kampung misteri itu. Ada yang sudah bersiap sedia dengan pedang dan parang panjang. Ada juga yang sudah bersedia dengan tombak ditangan.

"Bertenang lah semua. Patik adalah Putera Kentang, anakanda kepada Raja yang menguasai tanah jajahan disini. Patik datang dengan niat yang murni." Putera Kentang segera menenangkan penduduk kampung misteri yang nampak seakan-akan mahu melawan mereka.

Apabila mendengar sahaja ayat-ayat yang terluah daripada mulut sang Putera Kentang itu, maka, mereka semua pun menundukkan kepala seraya berkata:

"Ampun Tuanku. Raja kamilah yang menjaga kami nanti."

Maka, muncullah seorang lelaki tua, rambut nya sudah berwarna keputih-putihan, dan terdapat rantai gigi harimau yang dipakainya, menandakan dia merupakan ketua di kawasan terbabit.

"Nama hamba, Tok Ram, ketua kampung bagi Kampung Seri Bunian Raya ini. Kamilah penduduk kampung yang menjaga Singkapan Batuan Beremas itu."  Tok Ram memulakan bicara.

"Ampun Tuanku. Nampaknya apa yang tertulis di dalam 'Lagenda Singkapan Batuan Beremas' itu adalah benar melainkan benar, sebenar benarnya." Tok Ram mulai bermadah pujangga.

"Apakah maksud Tok Ram itu?" Putera Kentang bertanyakan tentang maksud perkataan Tok Ram itu.

"Menurut 'Lagenda Singkapan Batuan Beremas', suatu masa nanti , akan datang seorang anak raja yang akan membawa kedamaian, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan antara makhluk manusia, bunian dan makhluk haiwan yang lain. Ketika itu, perturunkanlah 'Singkapan Batuan Beremas' ini kepada anak Raja tersebut." ujar Tok Ram lagi.

"Sudah tiba masanya kawasan ini berada di dalam naugan dan kekuasaan tuanku. Kami hanyalah penjaga amanah yang telah ditetapkan selama beratus-ratus tahun dahulu. " Tok Ram menyatakan sokongan nya terhadap Putera Kentang tersebut.

"Nanti dahulu. Tiadalah daya dan upaya patik, melainkan isi-isinya hanya pemilik Tuhan yang Azali. Sekiranya tiada tuan-tuan dan puan-puan disini yang menjaga Singkapan Batuan Beremas ini. Bagi hamba, teruskan lah menjaga Singkapan Batuan Beremas ini. Akan patik uar-uarkan kepada ayahanda patik." Ujar Putera Kentang pula.

"Ingin sekali patik bertanya arah dimanakah letaknya Lubuk Kaloi, kerana patik ingin menyelamatkan spesies ikan kaloi daripada terpupus." Putera Kentang bertanyakan arah pula kepada Tok Ram, si penghulu kampung bunian tersebut.

"Ampun Tuanku. Apalah kiranya jika Tuanku melalui kampung kami ini, berjalan kaki tidak sampai satu kilometer ke utara, maka, Tuanku akan mendapat perkhabaran gembira disana."

"Jika Tuanku dan kumpulan tidak keberatan, marilah bermalam di kampung kecil kami ini tanda pemimpin bersahabat dengan alam, tanda hubungan kekeluargaan antara alam manusia dengan alam bunian."

"Baiklah kalau begitu. Patik berkenan untuk bermalam disini, lagipun waktu nampaknya sudah semakin menginjak ke waktu malam." Putera Kentang berkenan untuk bermalam di kampung bunian tersebut.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro