Arah Singkapan Batuan Emas
Sayang tidak berguna lagi,
Hujan lebat berarus deduri,
Saya kempunan bintang 🌟 mu lagi,
Harap terluncur dihujung jejari.
"WAHAI Nenek Kebayan Merah Jambu, ingin sekali patik memperkenalkan diri. Nama Patik Putera Kentang, anakanda kepada Raja dibawah naungan negeri bertuah ini. Yang cantik molek ini adalah Bawang Putih, bakal isteri patik bersama ibunya, si Ikan Kaloi. Yang bermuka baragas ini pula adalah si Guruh dan si Petir." Putera Kentang memulakan bicara sambil memperkenalkan dirinya.
"Tujuan asal patik kemari, adalah bagi mencari sumber bumi emas dan lain-lain sumber yang boleh diperdagangkan dan boleh menjana pendapatan negeri bertuah ini. Ini juga merupakan arahan dan tugasan yang diberikan oleh ke bawah duli Raja." Putera Kentang menyatakan hasrat hati dengan panjang lebar.
Nenek Kebayan Merah Jambu hanya memperdengarkan sahaja penerangan yang diberikan oleh Putera Kentang itu. Mukanya tidak lah seseram Nenek Kebayan yang lain. Namun, hanya personalitinya sahaja yang menakutkan malah mengerikan.
"Namun, apabila patik sedang dalam perjalanan ke Rimba Belantara ini, patik terjumpakan si Bawang Putih dan ibunya, Si Ikan Kaloi yang pintar ini. Akhirnya, patik bercadang untuk menyelamatkan spesies ikan kaloi yang kian terancam ini." Putera Kentang menghabiskan penerangan nya.
"Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Nama hamba, Nenek Kebayan Merah Jambu. Hamba merupakan penjaga kawasan air terjun merah jambu ini. Maafkan hamba jika perangai hamba menakutkan tuanku." Nenek Kebayan Merah Jambu meminta maaf atas kegedikkan perangai nya sewaktu Putera Kentang sampai sahaja di kawasan air terjun itu.
"Nenek Kebayan, patik ingin bertanya. Dimanakah letaknya Lubuk Kaloi yang paling utama di kawasan ini? Patik yakin, Nenek Kebayan pasti sudah menghafal jalan-jalan denai disini." Putera Kentang bertanyakan arah kepada Nenek Kebayan Merah Jambu pula.
"Ampun Tuanku. Lubuk Kaloi yang terbesar disini terletak 10 kilometer ke arah utara. Namun, Tuanku tidak boleh melalui kawasan bukit kerana terlalu curam dan berbahaya. Hamba cadangkan, Putera Kentang dan lain-lain melalui sepanjang laluan air terjun ini sehingga ke hulu. Di hulu, Putera Kentang akan menemui dahulu Singkapan Emas yang dijaga oleh kaum bunian, sebelum menemui kawasan Lubuk Ikan Kaloi yang terbesar." Nenek Kebayan Merah Jambu memberikan arah yang cukup lengkap untuk perjalanan mereka berlima.
"Namun, haruslah di ingatkan bahwa Tuanku dan kumpulan haruslah menjaga tatatertib bercakap dan bertuturlah dengan sopan apabila berhadapan dengan kaum bunian. Mereka itu sebuah bangsa yang amat mementingkan kesopanan tutur kata yang tinggi." Nenek Kebayan Merah Jambu menitipkan nasihat buat mereka berlima.
"Baiklah. Terima kasih atas nasihat yang dititipkan itu. Amat lah berguna buat kami, terutamanya buat si Petir dan si Guruh." Putera Kentang berterima kasih kepada Nenek Kebayan Merah Jambu itu.
"Baiklah. Ayuhlah kita meneruskan perjalanan ini. Terima kasih, Nenek Kebayan Merah Jambu.
"Ampun Tuanku. Sama-sama Tuanku. Hati-hati ketika menjelajah. Raja kamilah yang menjaga kami nanti." Nenek Kebayan Merah Jambu menitipkan nasihat berguna buat mereka.
Mereka berlima termasuklah seekor ikan kaloi pintar yang berada di dalam balang kaca memulakan perjalanan mereka melalui batu-batuan air terjun yang licin itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro