CHAPTER 9
Krakk!Retakkan mula melakar di pintu itu menandangkan ia tidak mampu bertahan lagi.Ada nyawa yang bakal terkorban nanti.Tubuh Mi Joo mula lemah.Virus dari gigitan zombie tadi sudah menunjukkan kesan pada fizikalnya.Maknanya,dia tiada harapan untuk terus hidup.
Perlahan lahan Shin Hye mencipta langkah ke arah Mi Joo.
"Jangan datang sini.Bahaya!" Mi Joo menjerit.Shin Hye masih berdegil.Tetap di situ dengan tangisan sayu yang mula terhambur keluar.Dia sayang suaminya itu.Dia tidak sanggup kehilangan Mi Joo.Perkahwinan selama 6 tahun bersama Mi Joo cukup gembira apabila mereka bakal dianugerahkan seorang cahaya mata.Dia tak nak,Mi Joo tiada bersama ketika dia melahirkan anak mereka nanti.
"Chagi,tolonglah.Oppa merayu...pergi dari sini!"
Setapak pun Shin Hye tidak berganjak pergi.Mi Joo risau.Dia tak nak isterinya terkorban sama.Biarlah hanya dia sorang saja yang perlu pergi.....tapi jangan Shin Hye dan anaknya.
"Budak,aku mohon...tolong bawak isteri aku pergi dari sini."
"Tpi...macam mana dengan kau nanti."
"Aku kata pergi,pergi jelah.Jangan banyak songeh.Aku dah letih dengan semua ni.Kau tolong jagakan Shin Hye untuk aku ok?Pergi sekarang.Aku akan tahan zombie zombie ni." Kali pertama Taehyung melihat air mata Mi Joo tumpah turun dari tubir mata.
"Mianhae!Mianhae!"
Dengan rasa berat hati,Taehyung menjauhi pintu itu,pergi meninggalkan Mi Joo di sana.
"Kita harus pergi sekarang.Kita dah kesuntukkan masa!" Taehyung menarik lengan Shin Hye.Terpaksa jugak wanita itu berganjak pergi walaupun terpaksa.
"Park Shin Hye!" Sempat lagi Mi Joo memanggil nama isterinya.Shin Hye dan Taehyung berhenti sekejap.Ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Mi Joo.
"Jaga diri baik baik.Namakan anak kita ok.Mian kalau oppa takde masa chagi lahirkan dia.Bagitahu anak kita yang....oppa sayang dia.Faham tak?"Kata kata terakhir daripada Mi Joo.Lelaki itu mengukirkan senyuman di bibir.Pishh,pintu cermin tersebut pecah berkecai.Zombie zombie mula berasak keluar,menindih dan dan menyerang Mi Joo secara beramai ramai.
Bagaikan terkena histeria,Shin Hye menjerit kuat.Tidak terkata segala apa yang sedang disaksikan sekarang.Si suami menjadi korban zombie zombie tersebut.Cepat cepat Taehyung mengheret tubuh Shin Hye ke gerabak seterusnya.
Mi Joo di sana pula masih tetap berjuang melawan zombie zombie tersebut.Tumbukan demi tumbukan dilepaskan.Tidak cukup dengan itu,diangkat pula seekor zombie dan dijadikan penghadang.Zombie zombie mula menggigit tubuh Mi Joo.Bebola matanya bertukar putih.Tiada mata hitam.Dan ini bererti,Mi Joo jugak turut menjadi zombie,menandakan tamatlah segala perjuangannya untuk melindungi Shin Hye dan penumpang penumpang yang lain.
* * * *
Dengan bantuan Taehyung,pintu kedua gerabak 9 berjaya dibuka.Tolakan yang kuat menyebabkan Taehyung terpelanting ke seat.Sehun,Irene dan Ajusshi comot itu berjaya masuk ke dalam gerabak.Tinggal Shin Hye,Jung Kook,Ahjumma Hye Jung dan Namjoon saja yang masih terperangkap.Sepantas kilat dia menggapai lengan Shin Hye dan Jung Kook dan mengheret mereka berdua masuk.Zombie zombie semakin dekat berada di belakang mereka.
Malangnya,Namjoon dan Ahjumma Hye Jung tidak sempat diselamatkan.Nasib tidak menyebelahi mereka.Taehyung ingin meluru ke arah Ahjumma Hye Jung tetapi wanita tua itu menggelengkan kepala tanda tidak.Ahjumma Hye Jung sempat tersenyum apabila terpandang akan Hye Joo.Senyuman terakhir buat adiknya sebelum dia dan Namjoon menjadi mangsa zombie zombie tersebut.
Waktu seakan akan berhenti berputar.
Sebaik saja pintu slidding ditutup,pandangannya beralih ke hadapan.Sasarannya Jung Hoseok.Satu tumbukan padu dihalakan ke arah Hoseok dan tepat mengenai pipi lelaki tersebut.
"Kawan jenis apa kau ni hah.Sanggup kau buat kitorang macam ni,Hoseok.Kau memang pentingkan diri.Kau tak fikir pasal orang lain.Bitch!" Direntap kolar baju Hoseok erat.Rasa marahnya terhadap lelaki itu membuak panas.Dia tidak menyangka yang Hoseok sanggup lakukan semua ni padanya semata mata untuk kepentingan diri sendiri.
"Tolong!Dia dah dijangkiti.Dia zombie.Matanya.Lihat matanya!" Hoseok menolak tubuh Taehyung.Dia pergi ke arah penumpang penumpang yang lain.Mereka mula menjauhi Taehyung.Terpedaya dengan tipu helah Hoseok.
"Dia berbahaya.Bila bila masa saja dia boleh gigit kita.Adakah korang semua nak jadi zombie?Kita harus halau dia keluar dari sini"gertak Hoseok lagi.Semua penumpang sudah memihak kepadanya termasuklah pramugara train itu sendiri.
" Bagi kamu semua yang baru saja tiba,kamu tidak boleh tinggal di sini bersama kami.Sila pindah ke ruang hadapan sekarang."arah pramugara itu selaku pengurus di dalam train.
Suasana sunyi sekejap.
Semua penumpang memandang mereka dengan ekspresi takut dan marah.
"Pergi sekarang!"jerkah Hoseok.Taktiknya berjaya.Penumpang penumpang yang lain mula menunjukkan protes.
"Sial.Keluar sekarang!"
"Korang semua berbahaya.Kitorang tak nak dijangkiti dengan virus zombie tu!"
"Keluarlah!Cepat!"
"Pergi tinggalkan kami!"
Ruih di dalam train dengan jeritan maki hamun mereka.Taehyung,Jung Kook,Shin Hye,Ajusshi Comot,Irene dan Sehun dilayan seperti sampah busuk.Nak tak nak,mereka berenam terpaksa jugak keluar.
Ajusshi Comot bergerak terlebih dahulu.Sakit telinga mendengar bila terus dimaki oleh mereka semua.
Sehun pun buat keputusan yang sama.
"Kau akan lebih selamat bila kitorang keluar.Aku tak nak kau dijangkiti." katanya pada Irene.
"Tak nak.Aku tak nak duduk di sini.Aku nak stay bersama kau.Aku akan rasa lebih selamat bila kau ada bersama aku!" Irene tetap jugak mahu mengikuti Sehun.Risau juga dia dengan keadaan Irene bila dia tinggalkan gadis itu nanti.
"Oklah,jom kita pergi sekarang."Ditarik tangan Irene ke pintu keluar.Hanya tinggal Taehyung,Jung Kook dan Shin Hye saja di situ.
"Keluarlah sekarang!"
"Tunggu apa lagi.Keluarlah!"
Taehyung pandang ke arah Shin Hye dan Jung Kook.Mereka berdua mengangguk.
"Mari kita pergi!" Tanpa banyak soal,mereka bertiga pun bergerak keluar.Ketika melintas di hadapan Hoseok,Taehyung mencerlung tajam wajah lelaki itu.Hoseok hanya pamer airmuka selambanya.Buat buat tak kenal Taehyung.Langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya.Kawan sendiri dikhianati semudah itu.
Sebaik sahaja mereka keluar,terus ditutup pintu masuk gerabak itu.Pemegangnya diikat dengan kain.Suasana agak kecoh.Ada penumpang penumpang yang sanggup mendermakan pakaian mereka untuk dijadikan tali pengikat.
Ahjumma Hye Joo masih lagi trauma dengan kejadian tadi di mana kakaknya terkorban.Di depan matanya,tubuh Hye Jun digigit oleh zombie zombie.Sungguh menyakitkan.Sungguh menyedihkan.
Dia hanya duduk diam di atas seat belakang saja.Cuba untuk menenangkan diri.
"Jung Hye Jun!Disebabkan sikap pentingkan diri mereka kita berpisah.Mereka korbankan unnie jadi mangsa zombie zombie.Dasar bodoh.Orang macam mereka semua tak layak hidup.Lebih baik mereka jadi zombie dripada jadi manusia."Ahjumma Hye Joo berpaling ke hadapan.Kelihatan para penumpang sedang sibuk dengan kerja kerja mengikat pintu.Inilah peluangnya.
Ahjumma Hye Joo bangun dari seat.Perlahan lahan dia menuju ke pintu belakang gerabak.Pintu itu belum dikunci dan zombie zombie sedang berhimpun di sebalik pintu tersebut.
Dilekapkan tangannya pada kaca pintu itu.Hye Jung ada disebelah sana.Kakaknya itu masih tetap tersenyum.Bibirnya terkumat kamit seperti membicarakan sesuatu.Mungkin,Hye Jung sedang memanggil nama Hye Joo.
" Terima kasih untuk segala-galanya.Unnie,tunggu Hye Jung datang!Mulai sekarang,takan ada yang dapat pisahkan kita!"kata Hye Joo dengan linangan air mata.
Hoseok yang perasaan akan gerak geri wanita tua itu cuba menghalang.Namun semuanya sudah terlamba.Ahjumma Hye Jung terlebih dahulu menolak pintu tersebut,membiarkan zombie zombie masuk dan menyerang mereka semua.Puas hatinya!
Bersambung...
Vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro